Saturday, January 30, 2010

REALITI

Hye!!Bertemu kembali kita di dalam rancangan Ewah Ewah bersama Cik Z.Ergghh...popular ke?Okay guys,sempena Valentine's Day yang bakal menjelma ni marilah kita mengupas topik mengenai perhubungan di dalam percintaan yang membuatkan sesorang wanita itu sangat fake.Ye,fake okay.Even tak semuanya fake apabila bercinta but,trust me memang ada wanita yang sangat fake bila di lamun cinta.


Pertama.Okay Tijah (bukan nama sebenar), aku tahulah ni first love ko tapi tak perlu lah ko pura-pura tak geti nak makan Big Mac tu time dengan Pian (bukan nama sebenar).Sebelum ni boleh je ko bedal burger sampai 4...Aku actually bukan lah nak mendownkan spesis wanita macam ni tapi aku telah temui spesis ini bersama emak serta kakak aku semasa makan di Mcd.Ko tak rasa geli ke tekak tetiba dengar alar yang,i tak pandai lah nak makan burger ni.Boleh tak u bukakan kertas dia then u suapkan i?Ko nampak disitu kegelian yang teramat?

Tidak dinafikan memang ada segelintir wanita-wanita yang comel tidak berapa mahir mengendalikan burger (ceh,cakap jela diri sendiri).Kalau makan burger tak melimpah sos dan mayonise tu bukan Cik Z lah namanya.Tapi takdelah pulak nak menggediq dan-dan lah time tu ko paralyse tak boleh guna tangan.Ko just perlu pegang burger tu siapkan tissue lepastu ngap!Kan easy-mudah tu.Ni kertas burger pun ko nak suruh si Pian bukakan.Gegadalah namanya tu.

Kedua.Tijah,ko tak perlu lah cakap dengan bf ko macam cakap dengan semut.Cakap jelah macam biasa.Terpekik terlolong menyanyi dekat rumah boleh pulak.Ni time dengan Pian ko tetiba jadik sangat sangat sangat sopan kenapa?Aku pun bukannya suruh ko ketepikan tata kesusilaan ko tu tapi ni nampak si Pian terus lidah kelu nak berkata ye?Si Pian dok lah suruh ko ulang banyak kali sebab tak dengar.Lepastu pandai pulak cakap si Pian pekak padahal ko tu hah yang cakap pun macam dah tenat sangat.Baik ko tulis je dari bercakap.Ye tak?

Ketiga.Aku tak jeles sebesar dinasour pun dekat ko Tijah kalau nak bermanja dengan Pian pujaan hati ko tu.Aku tahu tu bf ko memang tiada ruang untuk bermain mata tapi agak-agaklah.Ni tengah beratur nak beli pop corn dekat TGV cinema pun melekat macam kembar siam ko ingat orang lain nak sangat tengok drama tak berbayar ko tu?Lepastu ko tambah pulak scene merengek macam harimau betina gatal minta belikan Twisties perisa cheese.Cit.

Keempat.Ko takyah lah bergantung sangat dekat Pian.Ko ingat lelaki suka sangat ke perempuan yang terlalu bergantung ni?Oiii.......bukan maksud aku tempat gantung baju ko lah.Maksud aku ko tak boleh berdikari.Ada paham?Time sayang boleh la ko bersolek pun dia jadi tukang pegang cermin tapi cuba try test bila dah clash.Time tu lah keluar semua perangai ko yang sangat merimaskan dia.Dulu belum bercinta ko nak makan KFC boleh je pergi sendiri.Sekarang time ada Pian ko soh lak dia belikan padahal rumah dia dengan KFC 2km yang rumah ko tu just 500m je.Tak dapat KFC mulalah ko muncung 14.

Kelima.Ye Tijah aku tahu ko nak sentiasa cantik bila keluar dengan Pian tapi boleh tak ko jangan membodohkan diri ko bersolek tebal pakai baju liplap mengalahkan artis nak pergi Grammy Award.Paling jauh pun dia bawak ko pergi tengok wayang je.Ceh,dulu pakai jeans dengan shirt tu lah yang ko rasa paling stylo.Ada bf kacak macam Robert Pattinson sikit je terus shirt dikepikan dress menjadik idaman.Ko memang sangat fake!Sebab ko nak Pian selalu kata ko hot.Cik kak,kalau ko hodoh macamana pun kalau Pian dah sayang dia tetap kata ko cantik.


Kesimpulannya,BE YOURSELF.

Friday, January 29, 2010

DEFINISI TERSENTAP

Apesal plak tetiba ko nak tersentap tak dapat makan McD arini?Lain lah ko nak tersentap sebab tak dapat bli PSP even dah jenuh ko simpan duit syiling dari tahun lepas last2 duit tabung kena curik.

SENTAP..Apa maksud sentap atau tersentap??Sentap nie banyak definisi nya tetapi mengikut KAMUS BAHASA AKU sentap nie boleh dikategorikan sebagai TERKEJUT.Jika mengikut KAMUS PASAR sentap boleh dikategorikan sebagai SAKIT HATI or NAK MARAH TAK TENTU PASAL.Macam contoh yang telah diberi di atas.

Kenapa tetiba aku kuarkan entry sentap nie??Ntah,tetiba aku dapat idea setelah dengar pekataan sentap dari kawan baik aku si Ika tu.Mari kita cuba gunakan pekataan sentap ni dalam situasi yang berlainan..

Mak Tijah tersentap kerana terpijak ekor gajah di hutan.

Latif tersentap kerana dirinya digelar anak ikan oleh rakan-rakannya.

En Jamal tersentap apabila anak daranya kahwin lari.

Nie lah antara perkataan tersentap yang aku boleh boleh huraikan.Tapi,klo setakat benda kecik ko nak melalut siap tersentap segala.Itu tidak dipanggil sentap tapi ko dipanggil meroyan. Eh,btol ke?



Kalau ko dapat pegi Disneyland untuk mengubat hati yang lara sebab ko amek keputusan berenti belajar.Tu dikira tersentap ke??Hoooraaay!!!

JODOH

Selepas membace entry terbaru Hatim yang bertajuk SINOPSIS NUR KASIH SEASON 2 BOCOR..Terus aku bepikir..Ha ah lah,btol dier kate.Memang manusia tak boleh lari dari menilai orang lain.Tetiba lak idea aku mucul nak menaip entry terbaru walaupun apa yang aku nak katakan memang takde kena-mengena dengan Hatim punya entry.Terima kasih Hatim.


.....Macamana aku nak pandang dia?....
.....Dia pandang aku tak?....
....Dia suka aku lagi ke?....
....Apa aku nak buat nie?....
....Girlfriend or Boyfriend baru dia tak marah ke?....
.....Girlfriend or Boyfriend baru dia boleh ke terima aku?....
....Macamana ek perasaan mak dengan abah bila nampak aku?Serba salah ke dia bila Girlfriend or Boyfriend baru anak dia pun ada sekali dekat sini??....

Hah...korang mesti tertanya2 kenapa aje si Zirah nie?Tertanya2 tak?Musykil tak?Oooo...tak musykil..Ermm takpa..Aku tetap nak menaip sebab ini blog aku.Hahaha..Sakit atie la tu.
'Ayat2 skema dalam atie' yang aku tulis ni perpunca dari atie dan otak yang selalu aku dan Faizal bepikir tentang relationship kteorang.Eh,bukan kteorang dah clash split break crash lah..Kiteorang cuma buat perbincangan dari atie ke atie dan beri pandangan memasing klo lah kiteorang nie takde jodoh macamana lah agaknya.
Korang penah tak tepikir macam kiteorang nie?Yela,korang rasa gf/bf korang lah yang terbaik untuk korang tapi macamana keadaan korang if korang takde jodoh??Mesti tak sanggup kan nak pikir sebab aku pun sampai sakit kepala pikir macamana nak handle situation macam tu .Dengan nak jaga atie mak bapak.Campur plak nak jaga atie saudara-mara.Jaga atie sendiri..Issy,sakit lah kepala.Pulak klo ex-bf aku dah ada gf baru boleh ke aku doakan yang terbaik untuk diaorang ke aku gi sumpah laknat pompuan tu sebab happy dengan ex-bf aku?Ok,aku tak kan sumpah laknat segala tu sebab aku baik.Kenapa Zirah perasan nie?Bukan perasan tapi kenyataan.Klo aku tak baik masa kan aku boleh FRIEND FOREVER dengan ex-bf aku punya gf dan ex-gf Faizal??Ye..kan aku kata aku memang baik.Korang je taknak caye.
Okay,memang mula2 aku rasa sakit sangat atie sebab ex aku dah jumpa pengganti baru sedangkan aku siap makan pil nak bunuh diri masuk wad segala konon tak boleh terima hakikat dipermainkan.Time tu lah aku maki hamun ex dan gf dia cakap tak kan bahgia lah segala. Drama ke nie??Time tu sumpah ilang pedoman,menangis je siang malam.Tapi,nasib baik aku ada EMAK yang sangat supportive.Ko ingat klo takde mak aku boleh aku sehat macam skang sampai makan nasi 2 pinggan (even berat aku maintain 45-47kg je.).Lagi satu,ko jangan lupa apa yang terjadik pasti ada hikmahnya.Dekatkan diri dengan Tuhan sebab hanya dia lah yang Maha Mengetahui.Macam tu jugak aku dengan ex-gf Faizal.Takde sebab aku nak begaduh dengan dia tak tentu pasal.Dia dengan Faizal tu cerita lain.Apesal lak tetiba aku nak jeles tak tentu pasal kan.Sekarang Aku dengan Faizal.Yang penting Aku dengan Faizal kena pandai jaga diri dan jaga relationship.
Kesimpulannya,itu semuanya adalah JODOH.Tipu lah klo aku kata tak menangis if break dengan Faizal.Memang take time...Tapi,lama2 kita akan bepikir sendiri yang terjadik tu pasti ada hikmahnya.Lagi satu,banyak2 kan berdoa.Now,just follow the journey.

Tuesday, January 26, 2010

QASEH KE QASEHAN??

QASEH
QASEHAN with her cousin


Actually anak sedare aku baru sorang.Nama dier NUR QASEH ADELIA.Attention please,Qaseh adalah PEREMPUAN bukan lelaki seperti ramai orang tersalah anggap.Hello..Ko tengok dengan mata atie plz.Jangan pkai sunglasses (eh,apa kena-mengena?)Dier sangat comel macam Ashu dier (angkat bakul sendri).Hahaha...

Memang lah tidak dinafikan sometime aku tengok dier pun terbayang dier nie lelaki coz perangai pun kekadang macam lelaki. Sorry la NO TEDDY BEAR for her coz barang permainan dier remote control Astro,handphone segala bagai tu.Jadi,if korang jumpa dier tolong simpan segala Iphone or BB korang klo taknak berkecai jadi puzzle.Parah beb if dah kene lempar ngan dier.Masuk ICU lah jawabnye handphone korang tu tak pun silap2 kena bli baru.Ini bukan tipu bai,ini btol2 sebab handphone mak dier,bapak serta Ashu tersayang penah kena lempar.Nasib ko budak kecik Qaseh.

Oleh disebabkan Ibu Lia penat untuk menjawab pertanyaan orang ramai mengenai jantina Qaseh makanya Ibu Lia telah memakaikan bracelet untuk Qaseh.Wey,penat tau klo gi jemputan kawin jumpa 50 orang.50 orang tanya benda yang sama.Agak2 perlu tak akak ipar aku tu gantung manila card dekat leher Qaseh 'IM A BABY GIRL'?

BTW,Qaseh ada nama samaran untuk lelaki.Jeng jeng jeng....QASEHAN lah.Nie semua angkara Aunty Adib dier coz since Ibu Lia memakaikan dier jeans amboi bukan main lagi lagak macam lelaki..Whatever la,janji dah besar Qaseh tak alami kecelaruan gender.Amin.

LUNCH

Hye guys!!!I just came back from lunch with Faizal at Old Town White Coffee.Im really hungry even ate Nasi Lemak Ayam Goreng for my breakfast.Lalalala..Our menu for today:

1. Hazelnut White Coffee (cold)

2 White Milk Tea Iced Cold

3. Drinking Water (Warm)

4. Kaya & Butter ( Single)

5. Kaya & Butter Thick

6. Curry Egg Noodles

7. Soup Egg Noodles


Total included tax 5% and service charge= RM33.00.



The picture was taken on 27 Dec 2009

Monday, January 25, 2010

PUTIH SANGAT BERNILAI

After 3 hari kemangkatan Sultan Johor yang ke-4, Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail semua rakyat Johor masih sedih dan merasai pemergiannya.Tak kira kaum Melayu,Cina dan India semua berkabung dimana lelaki melayu memakai songkok dengan lilitan putih,wanita melayu memakai tudung putih dan bangsa lain memakai lilitan hitam disebelah lengan kiri.Rakyat Johor diwajibkan untuk berkabung selama 7 hari makanya hingga Sabtu depan la.Tu pun tak geti kira.
Time nie lah makcik2 jual tudung untung besa sebab semua tudung putih laris dijual.Alhamdulillah.Ramai btol yang bertaubat (temasuk aku nie hah).Tak kesah lah ko nak jenis tudung ape pun...jenis Mawi Siti Manohara Ekin Wardina semua licin disapu dek wanita2 muslim. Harga jangan cakap la...dari rm100+ hingga rm8 pun menjadik pilihan.Mengikut kajian aku selama 2 hari di beberapa tempat,dimana hari pertama makcik2 jual tudung ni telah menjual lebih kurang 30-50 helai tudung putih sahaje.Ko tengok...Mane tak aku kate dorang memang untung besa.Jeles.Nape aku nak wat survey plak? Ye ar,sebab aku pun sebok carik selendang putih.Hehehe..
Empat kali aku tawaf Plaza Angsana tu carik selendang jenis Siti.Masuk kedai tak sempat nak tanye dorang siang2 dah cakap klo akak carik tudung warna lain semua ada kecuali warna putih.Em,ok.Aku pun mula lah wat muka 'eh sape nak beli tudung warna putih?acehh' belek tudung warna lain konon2 bukan putih yang aku carik.Hakhak.. Tapi,nasib baik memang dalam simpanan aku ade beberapa helai tudung putih yang masih putih bersih dan suci since sekolah menengah lagi.Selendang Siti tu aku saje je nak wat koleksi.Gatal,time selendang tu baru kuar taknak plak ko pandang.Time nie jugak la kedai barang hantaran kawin buat side income dengan pasang lilitan putih di songkok dengan charge dikenakan rm2-rm5.Untung2..Klo mak aku wat tak sampai pun rm2.Dier amek je kain baju sekolah lama aku pastu gunting-lilit-jahit-siap.Kan sangat mudah tu.
Dah2...jangan aku nak sebok nak kire bape income makcik jual tudung untuk minggu nie.Baik aku sebok becerita gelagat budak2 yang pendek akal bila menggayakan tudung dan songkok.Ok kanak2.Ko tau kan skang Johor nga minggu berkabung?Tau kan??Tau ke tak tau???OK..ko tau.So,tak boleh ke ko pkai elok2 skit?Aku trus terang aku bukanlah wanita yang bertudung tapi sebagai rakyat Johor yang menghormati Sutannya aku tetap pkai tudung siap berpin untuk kekemasan (semoga mendapat hidayah suatu hari nanti).Ni ko budak lelaki pkai songkok tapi pkai short pants ape kes??Pastu ade lak lilit je tali putih kat dahi.Tu fesyen ape plak??Aku tau lah ko taknak cemarkan rambut ko yang tajam macam duri landak tu tapi tak boleh bepikir ke?Yang pompuan,aku tau ade yang lum besedia nak pkai tudung ngan nak cantik sentiasa tapi ni pkai selendang siap dengan skirt pendek.Ko giler ke ape??Rizalman tengok pun mengucap panjang.Tak salah kan ko pkai selendang tu ngan baju lengan panjang dan suar panjang??Selama nie ko lahir memang trus pakai skirt je ke??Klo pkai suar panjang npe ko kena sakit kulit??Tak paham aku..Tu ade aku jumpe wat lilitan putih lak kat lengan kiri.Sayang...ko kan pompuan melayu.Dah sah2 kenyataan dikuarkan bahawa pompuan melayu kena pkai tudung putih.Nie muke jawe ade hati nak pkai lilitan kat lengan..Eh,aku tengok plak rase nak pegi saman.
Erm,da lah,aku tak nak membebel.Kang aku plak yang sakit atie.Korang pikir sendri lah ok.Klo ade tekasar bahase aku mintak maaf.Renung-renungkan dan selamat beramal.

ADNAN SEMPIT

Finally after main tarik2 tali antara aku,Faizal,Huda ngan Fadhli.Kteorang gi gak tengok wayang.Cit.Mula2 kate nak main bowling la memanah lah tapi hampehhh semua taknak.Oooo...jangan lupa k pkai tudung white colour coz masih berkabung.Kteorang tengok cter Jackie Chan tu yang Spy Next Door tak silap (aku pun lupa tajuk cter tu) ngan Adnan Sempit.Mula2,kteorang tengok cter Jackie Chan tu dlu.Emm...bagi aku cter Jackie Chan tu seperti biasa lah penuh dengan aksi cuma this time ada scene yang nampak macam kaku coz maybe budak2 tu pelakon baru Hollywood.Ketawe ketawe gak tapi sometime aku boring je siap tunggu bile lah cter nie nak habis.Salute lah gak kat Jackie coz boleh wat aksi yang agak extreme .

Pas abis cter Jackie Chan kteorang sambung lak tengok cte Adnan Sempit.Lawak gler bleh tak...Tak bleh???Bleh lah...Serius aku memadah gelak walaupun masih ayu memakai tudung.Terima kasih kepada penulis skrip kerana ko lah aku gelak. Aku mula2 macam nak taknak je tau tengok cte Adnan Sempit tu tu.Biase ar aku kan jahat..Selepas dipaksa oleh Faizal aku gagahkan jugak kaki untuk masuk balik wayang.Cter orang putih yang sah2 tipu tu nak lak aku gi tengok.Cite melayu haram taknak tengok konon jatuh standard.Issy,tak baik macam tu.Mari lah beramai-ramai sokong Industri Perfileman Melayu.Ko bayangkanlah dalam wayang semua bantai gelak takde pikir malu punye.Semua pekataan aku dengar (tutup telinga bagi mereka yang masih kanak2).Serius korang memang tak rugi tengok citer nie.Berbaloi-baloi.Ajaklah mak bapak korang pegi tengok citer nie.Mungkin kite akan dapat melihat mak bapak yang ketawe sampai terkuar gigi palsu mereka.

Sunday, January 24, 2010

MORNING

Tutup mata...tutup mata...Surprise!!!
Hahahaha...ape kejadahnye nak bersurprise pukul 11pagi nie..


Good morning 1Malaysia!


Ye,aku tau tak baik anak dara bangun lambat sebab nanti tak laku tapi nie tahun 2010.Ko bangun awal pun klo laki taknak same jugak kan?Sekarang yang penting tingkah laku,kepandaian dan yang sewaktu dengannya.Berbalik pada alasan aku yang tido lambat tu adalah kerana:
1. Aku pegi jemputan 40 ari kelahiran adik sedara Faizal dekat Rumah Limas,Danga Bay..Putra ape ntah aku tak tau lah nama dier.
2. Balik umah aku trus on9 berFB,berLIME WIRE ngan post entry.
3. Ahad lah ari aku nak bangun lambat sikit.Klo tak 6 ari seminggu aku bangun pagi nak gi keje.
Sempena kemangkatan Sultan Johor yang ke-4 makanya aku memakai selendang putih bagi menghormati baginda.Daulat Tuanku.

BECAUSE YOU LOVE ME

Dalam minggu nie memang aku takde mood nak menulis entry (walaupun actually aku dah post 4 entry).Memang blur je..Tulis pun ayat skema darjah 1.Bukan ape pun,aku nie actually dah terkena sindrom 'SAKIT HATI' tak dapat makan cake time birthday tue yang semacam je.Ye,aku tau memang poyo setakat tak dapat chocolate cake nak hangin satu badan.Hahahaha..aku jahat.
Oleh disebabkan aku dah mengentan Faizal siap tulis warkah chinta meluahkan segala yang terbuku di hati pastu saja je kan letak surat tu dekat atas meja biar cepat dier perasan surat aku tu cuma aku takde lah nak tabur bedak wangi segala sampai satu botol macam korang nak bagi hint surat ada kat situ..Dalam surat aku just mention nak makan apa siap draw lagi picture cake,ice cream dengan birthday card.
Akhirnya,on 22 january Faizal bawak aku dinner dekat Season makan brownies + ice cream + half spring chicken + black pepper seafood pasta.Ko rase tu kire dinner atau faizal mengentan aku balik???Jadilah takde cake,brownies pun dah kira ok.Serius,aku memang kenyang bangat sampai orang sebelah pun mengucap panjang tengok aku makan.Hellloo...sorry heh,aku takde lah makan macam orang kebulur sangat.Makan dengan tertib tanpa toleh kiri kanan dan disudahi dengan Alhamdulillah ye.Pas kteorang makan dekat Season Faizal bawak tengok movie TOOTH FAIRY.Aku bagi 3/5.Best memang best tapi biasa lah biler perut dah kenyang sure mengantuk tahap cipan tu yang sampai gelak besar sorang2 dekat part yang tak lawak dengan rase tak bersalah cepat2 tengok handphone pura2 bace messsage.Cit.
Eh,cop..aku lupa lak nak bagitau korang yang Faizal wat surprise dekat aku..Hehehe...Tak lain tak bukan dier bagi aku 23 roses.Surprise kali nie tak macam tahun lepas bukak bonet kete nampak bunga tapi this year time aku bukak gate umah,tekejut aku roses dah terselit dekat gate.Ceh,mulalah aku wat muka comel tekejut macam orang gila.Baru je aku ingat nak kecik hati tak dapat bunga this year.Hehehe... Aku memang pandai buat muka.Masuk kete aku senyum2 kambing cakap time kasih pastu ape lagi amek camera mulalah aku posing sakan bergambar dengan bunga..
Oooo..mintak maaf,biler dah kemaruk begambar dengan bunga aku dah lupa Faizal dekat sebelah.

Sebelah mata je coz aku memang nak tunjuk roses je.Sakit hati lah tu.



MENU:


Black pepper seafood pasta


Half spring chicken (Ko nampak tangan Faizal yang dah tak sabar nak siat ayam tu?)

Brownies with strawberry ice cream

Ice jelly tea + Tea + Iced chocolate (picture tak sempat amek sebab Faizal dah sedut dulu)


Tangan yang laju macam ikan Phirana tu korang boleh agaklah kan tangan empunya siapa.

Orang baru lepas balik keje tengah lapar tu yang sampai pasta aku pun dier bedal dulu.


BTW,thank you very much Chinte kerana melayan kerenah PRINCESS kamu yang sorang nie.Yang lain jangan nak jeles heh.Klo korang jeles gak adalah lebih baik beristifar.Muah muah.

Friday, January 22, 2010

DIA LELAKI

Wahai lelaki,

Dengarkan ini luahan hati,
Yang kukuh tersimpan rapi,
Bertahun lamanya aku mendiamkan diri,
Mencari kekuatan untuk membela diri.

Kau lelaki yang ku sayangi,
Tidak terlintas untuk dicurangi,
Setiap hari engkau memberi janji,
Untuk sehidup dan semati.

Siang dan malam aku memujuk diri,
Agar engkau tidak berubah hati,
Tetapi apalah nasib diri ini,
Sumpah seranah yang engkau beri.

Bukanlah kekayaan yang aku ingini,
Cukup sekadar untuk disayangi,
Tetapi apakan daya darjat yang dicari,
Kasih yang suci tidak dihargai.

Setiap hari aku memencilkan diri,
Hanya air mata peneman sejati,
Kerna aku tidak sanggup harungi,
Kenyataan yang amat menyakitkan hati.

.
.
.

Kini,cinta ku bersinar kembali,
Untuk merawat hati yang telah dilukai.
Terima kasih tidak terperi,
Kepada Faizal yang sangat disayangi.

Berdoa ku setiap hari,
Memohon hubungan diberkati,
Tidak lupa untuk direstui,
Oleh keluarga yang aku sayangi.

Terima kasih sentiasa di sisi,
Memberi semangat untuk ku harungi,
Semoga aku sentiasa mengingati,
Nasihat ibu yang dicintai.

Wahai lelaki,

Jangan kau hampiri dan dekati,
Kerna aku sudah tidak peduli,
Merayulah engkau beribu kali,
Aku tetap tidak akan menoleh lagi.

Selamat tinggal lelaki,

Tidak akan ku lupa pahitnya memori,
Walau bertahun ia terjadi,
Tetap ku ingat sampai mati,
Kerana engkau yang sangat ku BENCI.

Semoga Allah mengampuni,
Setiap perbuatan kau yang melampaui.



Author: Nazirah Ahmad
Mood: Angry + Sad
Soundtrack: Memori cinta luka by Naseer Wahab

KASIHNYA PADA KUCING - PART 2.

Selepas 3 ekor anak kucing aku tu mati.Ayah aku letak kan bangkai mereka di atas surat khabar dan menyuruh abang aku tanam di belakang umah disebabkan ayah aku dah terlambat ke tempat keje.

Sedih aku melihat anak2 kucing aku kaku tanpa bunyi meow...meow..Sementara menunggu abang aku mencangkul tanah di belakang umah.Aku mengambil air bersih dan tisu untuk membersihkan jasad mereka. Emak aku hanya mampu menggelengkan kepala kerna aku merajuk padanya dan tidak sudi untuk berkata2.

Selepas habis operasi membersihkan jasad anak2 kucing tu tetiba aku rasa seperti tidak kena.Bukan disebabkan badannya yang kaku atau bulu dan mata tapi aku perhatikan kuku2 anak kucing sangat panjang dan hitam.Tanpa berlengah aku capai sepit kuku dan mula memotong satu persatu kuku2 anak kucing dengan atie yang tenang..

Abang aku yang baru selesai cangkul tanah terkejut 'Dik,kenapa potong kuku bangkai kucing tu?'
Jawab aku' Biarlah,nanti dekat syurga kucing tak cekau orang.'

Abang aku angguk tanda 'SETUJU' dengan jawapan adiknya.

KASIHNYA PADA KUCING - PART 1

Telah ditakdirkan sejak azali bahawa aku adalah salah seorang pelindung haiwan kesayangan Rasulullah,kucing.Tetapi, pabila niat murni aku sebagai pelindung boleh dikategorikan hingga ke tahap EXTREME adalah lebih afdal aku menjauhi kucing kerna ia hanya mengelirukan.

Dari kecik aku memang sukakan kucing.Masa tu umur aku baru 5 tahun dan masih menetap di umah yang usang di atas tanah orang.Selepas kucing abang aku yang bernama CICAK berketurunan kampung tu telah membuntingkan kucing parsi jiran aku (kucing pun pandai memilih tau).Makanya,lahirlah 3 ekor anak kucing yang comel lagi lebat bulunya.Makin hari makin sayang aku pada anak2 kucing tu hinggakan berlakulah tragedi yang sangat memilukan.

Aku kesian sangat tengok anak2 kucing tu.Dorang semua takde umah,tido hanya berlantaikan simen sedangkan anak2 patung aku semuanya tersimpan rapi dalam kotak.Time tu la aku da mule berpikir alangkah seronoknye anak2 kucing itu klo dapat tido atas tilam yang empuk macam kucing dalam cter CINDERELLA.

Hurmm,malam tu mulalah aku merengek mintak emak watkan umah kotak siap tingkap tilam segala untuk anak2 kucing aku.Ko ingat emak aku nak layan kehendak 'PRINCESS WANABE' aku tu.Akhirnya aku mengambil keputusan drastik untuk wat sendri umah kucing.Ceh,time tu aku siap cakap 'Takpe la mak taknak tolong,Za leh wat umah kucing Za sendri la' ngan nada geram + kecewa versi kanak2.

Mula2 aku perlukan kotak tapi disebabkan kotak takde jadinya,aku amek je tong motor ayah aku yang tertera YAMAHA kat tepi pintu (ayah aku kekadang pas blk keje bwk masuk tong motor takot orang curik).Seterusnye,aku amek sarung bantal mak aku wat alas untuk anak2 kucing.Aku tambahkan lagi hiasan tong motor tu dengan letak sikat dan cermin BARBIE.Mane tau kot2 kucing aku nak sikat bulu badan dorang.

p/s: harus diingatkan bahawa aku baru berusia 5 tahun semasa kejadian.

Kebetulan malam tu hujan lebat.Kesian lak aku tengok anak2 kucing kesejukan.Mak dier entah kemane??Dengan rasa kasih sayang yang amat menebal di dalam diri kerna takot dorang mati kesejukan jadi,aku tutup la tong motor tu siap berkunci berbagai.Mana tau kucing2 aku lari membawa dri di dalam hujan untuk mencarik mak dorang.

Esok paginya time ayah aku nak gi keja,macam petir dier jerit tekejut sebab 3 ekor anak kucing kesayangan aku tu mati katak dalam tong motor disebabkan tiada oksigen.Aku dengan muka tanpa rasa bersalah dengan selamba jawab 'Za kesian tengok anak kucing sejuk semalam sebab tu Za tutup tong biar dorang tak sejuk sangat..Emmm,dorang mati heh??Pasni Za tau..Za kena tambah tong oksigen la dalam tu..'

Ayah aku ngan muke nak marah terpakse akur dan menerima kenyataan bahawa anak bongsu dier teramat sayang pada kucing dan sangat 'BIJAK'.


Ni lah contoh rupa tong motor yang digunakan tetapi motor itu bukan milik ayah ku.

Tuesday, January 19, 2010

.BIRTHDAY.23.

HAPY BDAY TO ME
HAPPY BDAY TO ME
HAPPY BDAY TO ME NAZIRAH
HAPPY BDAY TO ME..


Yeah...cepat tiup lilin..Fuh,wak lu.Takde maknenya tiup lilin sebab bayang kek pun aku tak nampak.Hari nie genap 23 tahun 1 hari usia aku..Ermm,ye tau memang da tua tapi tak kesah lah kan.Cuma yang aku kesah kenapa this year aku tak dapat kek?One slice sekalipun aku terima tapi nie sisa pun aku tak dapat.Sedih sungguh.

Ooo...this year Faizal takder lah belikan hadiah mahal2.Ko giler tiap2 tahun memadah mintak Coach.Giler demand.Tapi,alhamdulillah setelah aku insaf,aku hanya mintak bawak jejalan.Hah,tu yang 17 jan kteorang gerak gi Kota Kuala Lumpur.Kata Faizal nak bawak gi Genting.Wah,seronok tu.Kteorang tumpang semalaman tido di rumah Kak Adib dan Abang Azrul.

Muka semangat nak ke Kuala Lumpur

Sampai je Pavillion kteorang jumpa Kak Adib dengan Abang Azrul dulu.Dah puas pusing2 macam orang giler baru gi makan.Ingat nak makan dekat Victoria Station tetapi disebabkan Kak Adib bawak ke tempat lain.Erm,ok..Makan saja lah walaupun baju aku khas untuk dinner di VS.

Tepat pukul 12 Faizal wish bday sambil menghayati citer korea manakala akak aku dok melantak maggie kari.Dier kata penat ber'rock' climbing.Tapi apa kena mengena rock climbing dengan ko macam orang kebulur makan maggie kak?Bukan aktiviti tu include BBQ??Tak paham aku.Sampai pukul 1 je handphone aku berbunyi untuk wish bday.Lepas tu aku tido dah sampai ke London.
Pagi aku bangun dengan semangatnya siap2 kejutkan Faizal untuk menuju ke destinasi.Ok,kami bawak bodyguard.Bejalanlah aku dengan gembira nya naik ke puncak Genting walaupun semasa naik cable car Faizal agak gayat.Ermmm,masalah.Sampai atas kteorang gi makan di Pizza Hut.Kenyang la jugak.Habis makan kteorang tawaf sampai buntu sebentar sebab dah tak tau nak pegi mana.Last2,kteorang masuk rumah hantu dan Ripleys Believe it or not.Aku ingat nak gi Outdoor theme park tapi bila Faizal tengok rollercoaster je awal2 dier da cakap tidak mahu.So,kesimpulannya tak perlulah menghabiskan duit klo aku sorang je yang nak main macam tak penah tengok theme park.Aku turun dengan wajah ceria walaupun hati sedih tak dapat main rollercoaster.Stress aku dibuatnya.
Muke bosan di Genting.
Jomlah kita balik.Stress ingatkan Coach.
Petang,kiteorang gi The Curve and One Utama.Faizal gi The Curve untuk beli Canterbury,yang aku macam sengal itik tak tau nak beli ape?Da try baju letak balik.Memang takder mood nak shopping sebab dekat kepala aku nampak pump shoes Coach je..Arghhh!!!terok nye penangan Coach dekat aku..Serius aku tak tipu...Padahal banyak je barang aku nak beli tapi disebabkan mind set aku dekat pump shoes Coach yang aku tengok dekat Pavillion tu semua barang aku nampak biase je.Last2,Faizal yang beshopping.Malam kteorang balik johor dengan selamatnya.Tapi,agak mendukacitakan pabila satu apa aku tak beli dekat KL.Baju pun tak,kasut pun tak.Menyesal giler.Da ar tengah Sale.

Friday, January 15, 2010

KANSER MATA


Kesian ikan emas nie tau.Korang nampak je mata dier normal tapi,aku sebagai doktor haiwan yang tak bertauliah telah mengkaji dengan sedalam-dalamnya selama satu minggu bahawasanya ikan emas milik mak Faizal nie telah diserang kanser mata (memandai je si Zirah nie..).Cuba ko tengok mata ikan nie betol2.Kan terjojol keluar dari soket mata dier tu.Kalau ikan emas biasa,mata dier still boleh bergerak2 mencarik makanan.Kalau gambar nie zoom in.Korang akan nampak mata dier diselaputi dengan katarak lepas tu muka dier bengkak.Sedih tau tengok.Ok,ni mata sebelah kanan yang sakit.Cuba ko tengok mata sebelah kiri dier nie hah...



Kan normal kan mata sebelah kiri dier.Memang la besar..Tapi takde lah sebesar mata sebelah kanan tu.Kesian..Ikan Emas nie berenang dekat tempat yang sama iaitu berdekatan dengan kapal karam TITANIC tu.Tak pun dier diam je.Isnin lepas tak silap ada ke bibik Faizal yang bernama Halimah tu nak buang ikan emas nie coz dier ingat dah mati..Memandai je.Nasib mak Faizal nampak,tekejut bibik dengar jeritan mak Faizal yang boleh gegarkan struktur rumah dier tu.

Kepada kawan2 yang dikasihi sekalian.Marilah kita beramai2 mendoakan kesejahteraan ikan emas nie semoga cepat sembuh dan dipanjangkan usianya.

P/S: Gambar agak kabur disebabkan aku hanya menggunakan kamera handphone aku.Sorry la,handphone aku tak secanggih handphone Blackberry korang.

Wednesday, January 13, 2010

18 JANUARI

Yeah!!!Bulan Januari...bestnye..
ADA APA DENGAN JANUARI???
Haruslah aku gumbira yang teramat kerna januari kan bulan kelahiran aku..Tuppp..Tupp...18 januari 2010 nie genap dah usia aku 23 tahun..Peh,dah tak comel ar klo da 20-an nie..Ingat baru 17 tahun.Citt,perasan plak...Sedar la cik adik oiii...kamu tu da semakin tua...Takpe tua usia tapi tak tua muka...Hahaha..
Sempena bulan kelahiran aku nie,aku nak bekongsi cerita dengan korang tentang memori di hari lahir ku pada 18 januari 2000.Mase tu umur aku baru je cecah 13 tahun..Sapa yang tak mo dengar cerita aku korang leh gerak sekarang ke website lain.Terima kasih.

18 januari 2000.Second day aku menjejakkan kaki ke alam sek.menengah.Takot gler sebab classmate aku semuanya dari sek. berlainan.memang aku langsung takde kawan melainkan aku selalu kena buli dengan beberapa budak lelaki class aku.( siap ko sapa yang aku maksudkan tu.Aku jumpa ko lagi memang aku gigit2 ko).Takde sorang pun yang tau aku punya birthday hari nie.Ye ar,tak kan aku nak poyo2 lak gi bagitau kat dorang kan..so,aku diam jela.Tapi,yang agak mendukacitakan aku pada hari lahir aku adalah beberapa kemalangan yang agak bangang + bengong.Sumpah klo doremon nak bawak aku balik ke tahun 2000 pun aku tak nak.

Ikuti cerita selanjutnya...

1.Aku rehat sorang2 dekat kantin..Takde sape nak ajak aku rehat sesama.Biase ar,orang tak comel,dari sek.rendah tak famous sape je kan nak bekawan dengan aku.So,aku membawalah diri berdiri di tepi tembok sambil melihat gelagat rakan2 yang muka sumpah memang rakus nak terjah makcik kantin tu.Ko kena paham,aku nie pemalu jadiknye memanglah aku tak kan pegi beli air ke nasik kat kaunter dengan budak2 yang kebuluran tu.So,aku decide beli je donut yang senior2 ade jual.Aku makan perlahan2 sebab kebetulan gigi aku sakit.Tetiba.Tapp...alamak!!!darah!!!kat donut.Nie dah sah gigi aku patah...Aku cover je muka cun aku gi buang donut tu then tutup mulut sampai ar jam loceng bebunyi.Bebudak semua dah start masuk class.Aku tinggal sorang kat kantin.Nasib pengawas tak nampak.Cepat2 aku basuh mulut,cuci gigi aku yang tertanggal tu pastu bismillah...aku baling gigi aku atas bumbung kantin..Semoga cepat2 ar gigi aku tumbuh.(doa aku dalam atie).Hihi...makcik,klo ada nampak gigi jatuh dalam longkang time hujan itu gigi saya tau.

2.Lega aku dapat baling gigi aku dengan jayanya di atas bumbung kantin..Masuk class cikgu belum masuk..Ok,mari lah kte melukis ye adik2.Penuh buku latihan aku conteng2..Tapi disebabkan aku nie memang kreatif memang cantik la contengan aku tu.Hehehe..Tetiba budak lelaki yang dok baris sebelah aku cakap...'Eh,awak...napa kain blakang awak gelap je?'Gelap???Mane ade gelap...Kan biru je tu...'Eh,tak ar,kain belakang awak macam warna coke'.Gelabah siot aku time tu..Budak2 pompuan semua tengok aku.Aku diam je pastu trus lari gi toilet.
Alar....period ar pulak..Sabar za..sabar...dugaan di hari lahir nie..Dengan beraninya aku pegi office call mak aku soh bawak kain sekolah yang baru...Kesian mak,da lah tekejar2 dier nak hantar kain dekat aku pastu nak pegi keje lagi.Mak aku sampai je trus aku tukar kain..Mak pesan..'Adik,kain nie lum jahit habis tau.Ada jarum lagi.Adik pakai je dulu...Malam nanti mak jahit habis ok?'Ok mak.Tesenyum aku masuk class semula dengan wajah yang puas even jarum peniti terbuai2 dekat kaki kain.Hahaha...Whatever..

3.Kringggggggggg!!!!Yeah,jom balik.Laju je aku angkat beg kuar class lalu pintu belakang.Mintak maaf cikgu..Saya dah tak sabar nak makan cake dekat umah..Hari nie aku kena naik bas sekolah...Mak cakap bas sekolah tu besar..Soorrryyyy,masa pegi sekolah mak yang hantar.Jadi aku memang tak kenal pakcik bas yang akan amek aku nanti...Aku tunggu dekat bawah pokok...6.30...6.40...6.50...7.05..Mana bas besar nie??Ke aku da tertinggal??Nak call mak,gate sekolah dah kunci..Hujan turun dengan lebatnya...(fuh,macam cerita hindustan la aku lencun satu badan).Aku keseorangan di bawah pokok meminta simpati tapi tiada sapa peduli.Habis kasut sekolah baru ku bertukar warna biru kerna kain sekolah ku menurun warna..Maakkkkkkkkkkkkk!!!!!Air mata kuar tanpa henti.Kemana harus ku pergi..(ceh,dramatic sungguh ayat).Jarum jam menunjukkan 7.45 malam..Tiba2,aku nampak ada lampu besar.Apa tu??Bas ke kereta??Ooooo...bas sekolah rupanya.Bas berenti depan aku.'Adik,awak Nazirah ke??'Aku angguk...'Naik la,mak awak call pakcik tanya da amek awak ke belum?' 'Maaf la,pakcik lupa awak budak baru dalam bas..Tu pakcik patah balik..Nasib baik awak ada lagi.'..Kurrennnggggggggg..Aku ingat aku yang tetinggal bas sekolah..

Sampai rumah aku sambung menangis depan akak dan ayah aku...Sedih...Memang malang nasib ku pada 18 januari 2000.Papepun,malam tu family aku celebrate birthday aku dengan meriahnya.Birthday present??Aku lupa la tapi tak silap ayah aku belikan beg sekolah jenama Deuter orange colour.

Tahun nie hadiah apa pulak???=)

Saturday, January 9, 2010

BLUR

I have no idea to post entry,Give me more and more time to find new idea.Here, i put my picture.Mana tau korang rindu aku.Hakhak..