Friday, January 22, 2010

DIA LELAKI

Wahai lelaki,

Dengarkan ini luahan hati,
Yang kukuh tersimpan rapi,
Bertahun lamanya aku mendiamkan diri,
Mencari kekuatan untuk membela diri.

Kau lelaki yang ku sayangi,
Tidak terlintas untuk dicurangi,
Setiap hari engkau memberi janji,
Untuk sehidup dan semati.

Siang dan malam aku memujuk diri,
Agar engkau tidak berubah hati,
Tetapi apalah nasib diri ini,
Sumpah seranah yang engkau beri.

Bukanlah kekayaan yang aku ingini,
Cukup sekadar untuk disayangi,
Tetapi apakan daya darjat yang dicari,
Kasih yang suci tidak dihargai.

Setiap hari aku memencilkan diri,
Hanya air mata peneman sejati,
Kerna aku tidak sanggup harungi,
Kenyataan yang amat menyakitkan hati.

.
.
.

Kini,cinta ku bersinar kembali,
Untuk merawat hati yang telah dilukai.
Terima kasih tidak terperi,
Kepada Faizal yang sangat disayangi.

Berdoa ku setiap hari,
Memohon hubungan diberkati,
Tidak lupa untuk direstui,
Oleh keluarga yang aku sayangi.

Terima kasih sentiasa di sisi,
Memberi semangat untuk ku harungi,
Semoga aku sentiasa mengingati,
Nasihat ibu yang dicintai.

Wahai lelaki,

Jangan kau hampiri dan dekati,
Kerna aku sudah tidak peduli,
Merayulah engkau beribu kali,
Aku tetap tidak akan menoleh lagi.

Selamat tinggal lelaki,

Tidak akan ku lupa pahitnya memori,
Walau bertahun ia terjadi,
Tetap ku ingat sampai mati,
Kerana engkau yang sangat ku BENCI.

Semoga Allah mengampuni,
Setiap perbuatan kau yang melampaui.



Author: Nazirah Ahmad
Mood: Angry + Sad
Soundtrack: Memori cinta luka by Naseer Wahab

No comments: