Saturday, February 27, 2010

C.I.N.T.A.DIFFERENT.S.A.Y.A.N.G

Korang tau tak actually c.i.n.t.a dengan s.a.y.a.n.g adalah berbeza?Aku sure ramai makhluk tuhan di dunia nie ngak ngerti sama sekali cinta ngan sayang memang different.So,let me tell you..

Aku bagi contoh yang paling senang.Ermm...couple lah senang cerita.Memang orang time bercinta akan cakap 'I LOVE YOU,tak boleh hidop tanpa awak and whatever la'.Then,bila ada masalah sikit korang terus melenting ngan tak trust each others sampai korang clash.Mula lah korang maki sesama sendiri last-last korang gaduh and kebaikan ex couple korang pun korang tak ingat.See,i told you.Thats mean korang just sayang dier.Korang just ingat dier dalam waktu yang singkat and after that you just said let it go right?Kumbang,pepatung bukan seekor.Ye tak?

Cinta means korang betol-betol fall in love.Korang rasa your life really meaningful and perfect.Maybe ada korang yang pernah clash with your girl or boy then sambung balik relationship bcoz biler korang duduk sesorang or with your friend.You will realize that you feel alone without your ex.Korang sentiasa ingatkan ex korang ( cakap jela diri sendiri kan senang).Then,you try to take him back.You are so lucky if your ex pun feel benda sama.Tapi,memang kesian lah klo ko sorang je yang syok sendiri padahal ex ko lagi suka clash ngan ko.Hahaha.Padan muke!!!

Dah-dah..tak kuase aku nak ngajar korang bab cintan cintun nie.Korang blajar sendiri sudah.Time tackle pandai plak.Whatever pun,good luck for your relationship.Sesiapa nak mintak pandangan aku boleh lah layari www.bagisoalanakujawab.com Heh,web tu aku memain jela.Jangan lak korang beriye-iye post soalan.Nak tanye,tanye dekat blog okay?okay tak?klo tak okay aku majuk.Bye

Thursday, February 25, 2010

DIARY LIVER KU

Siapa ada diary?Angkat tangan plz.1,2,3,4,5..5orang je?Biar benar.Korang memang tak suke menulis heh?Tak suke..Erm,okay.If tak suka aku nak cakap ape lagi kan.Korang ni tak boleh satu group ngan aku lah.

Aku penc.i.n.t.a diary.Aku suke tulis diary even bukanlah tiap-tiap hari aku ngadap diary menulis panjang berjela aktiviti dari subuh sampai ke malam but,memang aku akan curi sikit mase tulis diary.Nie umur dah 23 means aku da ada 6 diary.6 diary je?Yela...6 diary je ar..asal 6 diary je?Actually aku ada 7 diary tapi diary 2003-2004 adalah diary yang paling aku benci and aku da bakar pun diary tu..So,tak perlu lah aku nak ingat kenangan2 aku masa tahun yang sangat looser tu..Okay,aku gunakan diary yang page belambak giler..2 tahun pun lum tentu habis satu diary.Tak macam diary korang yang siap pakai kunci segala,last-last orang lain pun dapat baca diary ko coz mangga diary korang if ditarik pun boleh tebukak.Takyah guna kunci yang kecik siap ada extra lagi. Tak guna punya diary.Da lah mahal lepastu bagi mangga bebudak tadika.Siot btol.


Okay,now aku dah jarang tulis diary coz sebok tulis blog dengan berfb.Takpelah kan..At least dekat blog pun aku becerita gak dekat korang pasal life aku.Tak pun aku akan tulis dekat organizer keje,laptop or handphone.Peh,mati aku klo organizer tu hilang.Jawabnya memang orang yang baca tu gelak kan aku sampai mati la.Isy,jangan berani-berani curi organizer aku yang colour biru ngan merah tu heh.Biru ngan merah??Ha ah..Thats mean organizer aku ader dua la kak oiii.Ceh...nak jugak aku mention.Hehehe..


Asal aku suka tulis diary??Eh..tanye diri sendiri lak.Ye ar,dah korang tak tanye aku tanye ar diri sendiri.Okay,actually bagi aku biler tulis diary ni jiwa aku tenang coz aku dapat luahkan segala perasaan serta emosi aku dekat diary.Tu yang sampai bekas air mata aku pun ada dekat diary,nangis punya pasal lah.Sometime tak semua benda kita boleh berkongsi dengan orang lain.Macam aku nie hah,selalu aku cerita dekat emak,akak,Faizal ngan bestfriend aku but,ada certain part aku simpan sorang.Bukan maksud aku nak berahsia dengan dorang.Tapi,penah tak ko feel bila ko sorang je yang tau benda tu akan jadi something more sweet.Let say,ko admire dekat someone time sek.men then on valentine's day ko bagi dier coklat and dekat card ko tulis from your secret admire (bukan aku heh). Mesti budak tu pikir sampai nak giler sape ar secret admire dier even ko actually satu kelas je dengan dier.Mesti ko rasa seronok kan?Mak bapak sure lah takyah nak tau rahsia ko yang gatal nak budak lelaki tu.Yang kengkawan lak if ko bagitau gerenti lelama pun dorang tak boleh simpan rahsia.So,cara yang paling menyeronokkan adalah dengan simpan rahsia sendiri.Logik tak?Logik kan.


Then,aku ni memang suka recall balik apa yang aku lalui ngan aku buat.Memory aku kuat beb.Makan ar ikan bebanyak.Sure korang punye memory pun boleh sampai ingat detik-detik kelahiran ko.Hahaha..Tipu je.Eh,btol la.Emak aku kan nurse mesti ar aku tau cuma memory time lahir tu sumpah la memang aku tipu.Sometime biler tengah free taktau nak buat apa tu aku selak balik diary2 lama aku.Baca balik apa aku lalui.Ketawe,sedih semua ada.Tu lum campur memory kena sebat ngan cikgu disiplin sebab bising dekat kelas.Tapi,sampai sekarang yang paling aku ingat time darjah 6 aku tunjuk penumbuk dekat muka guru penolong kanan sebab aku tak puas hati ngan dier yang nyemak kacau time aku ngan ajar bebudak tarian zapin.Ampun cikgu.Hehehe.


Berapa banyak ek pekataan yang aku tulis campur dengan yang aku cakap dalam hidop ni?Emak kata mulut aku ni macam bertih jagung.Cakap!cakap!cakap!sampai tengah dier tido pun aku boleh kejut soh bangun dengar cite hot aku.Kesian emak.Tapi dulu emak kata time ngandungkan aku takde pulak dier ngidam makan radio.Time ngandungkan aku emak suka melawa dengan makan kuih yang manis-manis.Sebab tu dia dapat anak kuat melawa ngan muka tak cantik tapi memang manis..Hurmmm...pelik pelik pelik. (ceh,perasan btol minah nie).


Okay,kepada sesiapa yang suka menulis diary 'welcome to the club'.Pada yang tak suka menulis aku sure memory korang memang kalahkan computer.Nasib otak ko tak hang kan.Yang penting apa-apa pun yang ko lalui dalam hidop.Ko mesti tabah.Klo tak tabah ko tulis diary la.Kan senang.Hehe...Merapu je aku ni.Tue ar dulu kecik-kecik tertelan garfu tu da besar asyik merapu.


Nie la laptop yang aku gunakan untuk tulis blog dengan notepad.Sorry,organizer aku tak boleh tunjuk takot korang carik.Hehehe.Camera aku tu korang abaikan jela (ceh,cakap jela nak menunjuk) okay coz pasal camera aku akan cerita di entry akan datang.

Tuesday, February 23, 2010

TQVM

After almost 5 years aku sengsara dek penangan chicken pop yang masih berbekas dekat muka serta menghantui hidup ku finally...




jeng...jeng...



Mau aku tak suka coz at least kurang sikit sengsara aku if ngadap cermin tengok muka terok.Even,bukan 100% hilang but boleh dikatakan 80% muka aku dah elok seperti sedia kala.Bukanlah aku tak terima kenyataan tapi aku cuba untuk merawat.Betol tak?Helloo...konfiden diri pun boleh terjunam terus tau if korang berhadapan dengan orang ramai then orang asek tanya 'eh,nape dengan muka ko?teroknya' 'eh,muke ko dah macam lubang rekoder dah.Tinggal aku tiup je' .See,tu aku try merawat hingga titisan ubat yang terakhir..Hahaha.

Okay,meh reramai tengok picture aku semasa dilanda wabak CHICKEN POP yang menjahanamkan muka aku..




Hah,nie baru satu picture aku letak.Lum yang lain lagi.Tapi,cuba ko bayangkan picture nie captured 2007 after 2 years aku kena chicken pop.Kan masih terok lagi muka aku kan??Masa nie aku baru try 3 bulan makan ubt yang doctor suggestkan.
But,berkat kesabaran dan tidak putus asa akhirnya aku jumpa solution untuk membaikpulih muka aku nie. (kan bagus kalau aku belajar pun tak penah putus asa)

1.KLINIK KULIT SEAH (Dr.Seah Hood Pau)
8A, Jalan Harimau,
Taman Century,
80250 Johor Bahru.
Tel: 07-332 7386

2. LASERLIPOLISIS & MEDICEUTICAL CLINIC (Dr. Ungku Mohd Shahrin)
Suite 23A-03,
City Square Office Tower,
Jalan Woong Ah Fook,
80000 Johor Bahru.
Tel: 07-222 9300

3. KINERASE daily foam
RM 90.00

Hah,nie lah semua solution yang aku pergi dan pakai..Peh,doktor bak tang RM100 sorang aku dah promote klinik memasing nie.Tapi,yang paling tak dilupakan kepada emak dan emak Faizal yang banyak membantu mencari ubat yang terbaik untuk aku.Love you emak!!!Pada mereka yang penah kutuk aku muka macam bulan ke rekoder ke...Cit.siap ar korang nanti.

HELLO.

Miss you guys!!!cewah.Macam lah ada orang nak rindu dekat aku nie.Isy,lama gak kan aku tak post entry?Really big sorrrrrrrrrrrryy.Banyak benda nak buat.Mana nak mengadap kelas dari pagi sampai petang lepas tu kerja lagi.
Ooooo...lupa nak inform.Ingat tak pasal ikan emas mak Faizal yang aku bagitau tu?Alar...yang ikan kena kanser mata tu.Hah,ikan tu da okay tau.So,kesimpulannya aku dah salah tafsir lah.
Dia bukan kena kanser mata tapi KANSER KULIT.Kesian tau,mata dier dah tak terjojol macam hari tu lagi but,kulit dier still terok macam kena toreh.Korang tolong doakan kesejahteraan ikan emas mak Faizal tu okay.Tq.

Wednesday, February 10, 2010

KEPADA SEMUA

MORNING SUNSHINE.
Tenangkan diri.Senyum sentiasa.Ikhlas pergi kerja.
Ada orang bertanya.Eh,Zirah blog ko tu memang tempat untuk melepaskan geram ke?Geram macamana?Yela, kejap ko back up budak lelaki kejap ko back up budak perempuan.Lepastu ko tulis kekadang macam menyindir orang lain.
Em,mana ada.Blog tu kebanyakkannya kisah-kisah yang dilalui oleh aku lah sepanjang 23 tahun hidup di dunia ni.Ada entry aku just bagi pandangan je sebagai seorang wanita.
Bagi sekalian umat yang membaca blog aku,sekiranya membaca blog aku ni berkait rapat dengan kehidupan dan diri korang aku minta maaf okay kerana apa yang di tulis hanya berdasarkan apa yang dilalui oleh aku dan pandangan-pandangan mengenai kelakuan lelaki atau wanita itu adalah berdasarkan contoh sekeliling.Sekian harap maklum.

Tuesday, February 9, 2010

YOU ARE THE QUEEN IN MY LIFE

Siapa yang akan sentiasa mendoakan keselamatan ku setiap hari?
Siapa yang akan mententeramkan aku pabila mempunyai masalah?
Siapa yang akan kejutkan aku solat subuh?
Siapa yang akan memarahi aku sekiranya melakukan kesilapan?
Siapa yang akan menangis pabila aku sakit?

Kalau bukan emak..
Sayunya hati aku apabila melihat wajah emak sewaktu dia tidur di suatu malam.Menangis aku keseorangan di dalam bilik memikirkan bagaimana agaknya hidup aku jika tiada emak di sisi.Selama 23 tahun dia menatang aku bagai minyak yang penuh.Bolehkah aku membalas segala jasanya sedangkan aku kadangkala menyakitkan hatinya,degil,meninggikan suara.
Argh!!memacam lagi lah kesalahan aku pada emak.
Emak hanya mampu menangis dan memaafkan setiap kesilapan anak-anaknya.Emak..sucinya hatimu emak...

Emak,
Bagaimana lagi 10 tahun?Adakah kau masih disisi ku memberi nasihat dan mendengar masalah ku?
Atau adakah kau akan meninggalkan aku selama-lamanya?

Emak,
Anak mu belum bersedia untuk menerima hakikat ini.Aku cuma maukan kau sentiasa berada disisi ku hingga nafas yang terakhir.Jangan tinggalkan diri keseorangan.Aku tidak sanggup.

Siapa yang akan menjerit supaya aku mengemas rumah?
Siapa yang akan bangun ditengah malam untuk menyapukan ubat?
Siapa yang akan mengusap dada ku apabila sakit menyerang?
Siapa yang akan menemani aku untuk berjumpa doktor pakar setiap bulan?

Hanya kau emak...Satu-satunya engkau emak yang sanggup bersusah payah bersama ku.
Emak,jika aku mempunyai suami,bolehkah dia menjaga aku seperti kau lakukan kepada ku?

Bolehkah dia mendengar semua masalah ku?
Bolehkah dia berlari sambil mendukung aku mendapatkan rawatan di hospital pada pukul 3 pagi?
Bolehkah dia memujuk ku sekiranya aku kesedihan?
Bolehkah dia memenuhi segala kehendak ku?
Bolehkah dia memanjakan diri ku seperti kau lakukan?
Bolehkah dia memasakkan bubur halia semasa ku sakit?
Bolehkah dia menemani aku untuk berjumpa doktor?
Bolehkah dia lakukan semua itu seperti kau emak???

Sekiranya Faizal membaca entry ini.Renungkanlah samada kau mampu atau tidak untuk memikul tanggungjawab sebagai pelindung untuk diri ku.Bukanlah banyak yang diingini.Sekadar peneman dikala sunyi.Sekian.

LELAKI JUGA HIPOKRIT TAPI SUSAH MAHU MENGAKU

Ye,aku memang meniru sebiji sebentuk sebulat tajuk entry Hatim kerna aku terlebih dahulu memberitahu dia untuk membalas hujahannya.Sekarang clean and clear.Hatim!!!Hatim!!!Hatim!!!Siapa dia??Kan aku dah kata dia seorang blogger.Ada lah tu nak membusukkan hati sendiri menjaja kononnya aku menduakan Faizal.Ooo..tidak...Hatim sendiri tidak pernah ku jumpa.Untuk menyulam cinta bersama insan yang jauh diperantauan bukanlah satu idea yang bijaksana bagi diri aku kerna aku memerlukan cinta jarak dekat.Ye,macam jarak 10km antara rumah aku dan rumah Faizal.Kan senang untuk mengintip dan makan bersama.Ewah.
Lelaki,mengapa ko tidak mahu mengaku yang kau juga hipokrit?

Oooo...ye,memanglah lelaki sangat memuja wanita kan (memerli).Lagu-lagu seperti Kasih Latifah,Norkia dan Rozanna tu seperti mahu muntah aku apabila mendengarnya.Jangan korang nak buat kontraversi disini.Ianya satu contoh.Bukan apa,sesetengah lelaki memancing dengan ayat-ayat manis umpama gula melaka apabila inginkan wanita.'Ko umpama bulan yang sentiasa menerangi hidupku' adalah salah satu ayat yang sentiasa lekat di telinga aku sejak menonton cerita P.Ramlee lagi.Tapi,ko tengok bila lelaki dah dapat wanita.Kalau ko tu kurus,salah sikit je dah lama ko kena rembatan David Beckham tau.Salah ke aku kata?Betul kan?Kalau tak betul tak kan banyak sangat cerita penderaan sang isteri oleh sang suami atau teman wanita dipukul oleh teman lelaki di dalam surat khabar.Okay,tu satu topik.
Sekarang topik hipokrit.Memang wanita inginkan lelaki kaya wahai lelaki.Tapi,kaya tak semestinya anak dato' atau ko mesti ada SLK 200 baru boleh ngurat.Kalau ko pakai kereta Viva sekalipun ko tetap boleh mengurat asalkan ko mampu menyara anak Lebai Leman tu.Ni kalau gi dating pun pakai duit mak bapak macamana?

Zaman kita bukan macam zaman mak bapak kita yang wanita terima je pilihan mak bapak buat jadi suami.Wanita sekarang harus memilih kriteria seperti kedudukan kewangan kerana duit sangat bernilai pada zaman sekarang bagi meneruskan kelangsungan hidup di bumi Allah s.w.t ini.Sanggup ko kahwin dengan lelaki yang tiada pekerjaan?Duit mengharapkan dari mak bapak?Apa,ko ingat mak bapak ko tu cop duit?Bila ajak tunang jual motor untuk menampung kos perbelanjaan hantaran.Habis,kalau time tunang dah jual motor,time kahwin ko nak jual apa pula?Dah jadi isteri ko nak bagi dia makan apa?Pasir?Tauge setiap hari?Bahkan,karipap sardin rm1 pun ko tak dapat beli.Kalau ada wanita yang sanggup makan pasir setiap hari.Ya,ko memang wanita yang sangat terpuji.

Wanita sahajakah yang memilih paras rupa?Bagaimana pula dengan lelaki.Jangan tipu.Lelaki juga utamakan paras rupa.Bila kita baca URTV dan majalah Mangga seumpamanya,artis-artis lelaki Malaysia segelintirnya bila diajukan pertanyaan mengenai kriteria wanita idaman mahukan yang cantik sahaja.Pendidikan dan agama?Ada tu siap highlight lagi inginkan mata yang bulat,bibir merah bak delima,dahi licin tanpa sebiji jerawat pun.Habis...dimana pula keadilan bagi wanita-wanita yang muka tak cantik tak lawa tapi sedikit manis???Mulalah ni aku nak mengungkit cerita salam perkenalan di sekolah menengah yang tidak di layan hanya kerna aku tak cantik dan pendek.Siot betol ko reject aku depan kengkawan heh.Malu.Ada lelaki nampak wanita berkulit hitam sikit mulalah panggil dayang senandung.Yang gemok dipanggil tong dram.Berselisih bahu siap tepuk-tepuk bahu takot kuman hitam merebak.Ceh.Muka tak ensem ada hati nak hina orang.

Harus di ingatkan bahawasanya menjadi lumrah manusia apabila nampak kereta mahal akan toleh 3,4 kali.Bukan niat dihati untuk meminggirkan kereta nasional seperti kancil tapi itu adalah satu semangat jiwa bangsa untuk berbangga apabila anak melayu pakai kereta buatan Jerman dan Itali.Nak beli duit tak cukup.Jadilah kalau setakat dibuat angan-angan.Lelaki pun sama berangan inginkan kereta mahal besar seat tujuh orang bonet muat peti sejuk.Betul tak?Betulkan??kan?

Tetapi,bukan semua wanita yang tergediq mencari lelaki kaya.Tengah duduk makan di Starbuck tiba-tiba datang pelayan layangkan kertas untuk meminta no telefon.Bila di tanya mengapa,dikatanya pelanggan lelaki di sana meminta.Cit.Wanita jugakah yang salah?Tidak diberi kata hidung tinggi sombong bongkak.Bila diberi kata gatal miang keladi.Habis kalau ko dah follow aku kesana kemari ko ingat aku tak rimas untuk menyelamatkan diri?

Memang adakalanya wanita tidak tahu pun teman lelakinya itu anak tan sri atau dato' sebab tidak dicerita masakan hendak menyelidik pula.Tapi,bila berdating bawa Porshe haruslah mind set kata 'Ko mesti anak orang kaya' walaupun hakikatnya lelaki itu hanya anak driver (tidak hina pekerjaan driver itu).Salah wanita jugakah sedangkan lelaki yang bajet kaya macam Pavillion tu mak bapak dia punya.Apa ruginya jika lelaki berterus-terang menerangkan kedudukan sebenar.

Kesimpulannya disini,carilah pasangan yang terbaik untuk diri sendiri supaya tidak berlaku ungkitan dimasa depan.Berdoa sangat penting.Harta benda hanya di dunia tetapi amalan kekal selamanya.

Monday, February 8, 2010

A WEEK

Aduh..rindu bangat sama belog ku.Sudah 6 hari tidak menaip dek kerna penangan kucing-ku-mati-lagi menyebabkan aku tiada mood untuk meng'pos' kemasukan terbaru.Ewah.Sebenarnya kesedihan yang melanda apabila kucing mati itu hanya bertahan selama 2 hari je.Hari yang selebihnya tu aku busy dengan kerja di pejabat untuk mengisi buku tender yang ada 6 buah banyaknya,menghadiri lawatan tapak yang sangat membosankan aku kerna dikelilingi kontraktor tua ditambah pula dengan adegan aku mengintip pekerja yang curi tulang (ko beli nombor ekor ye??kantoi..) dan pada hari Ahad memenuhi kelas dari pukul 1000-1830.Ye,aku tahu memang sangat penat.Itu belum campur lagi aktiviti bersama keluarga dan berdating bersama insan tersayang sambil menonton wayang walaupun hakikatnya mata ku sudah letih.Bodoh kau Legion!!Membazir rm18 untuk tiket wayang.


Oooo..sepanjang minggu ini aku telah membuat jadual waktu bagi memudahkan perjalanan hidup yang sangat berliku-liku nie.Ceh,poyo.Biasalah...aku kan superwoman.Kalau tiada jadual waktu bagaimana mau membahagikan masa.Elelelehh,yela tu.



JADUAL WAKTU CIK Z

ISNIN: Aku hanya ingin lepak di rumah sambil mengulangkaji pelajaran.Jangan ko ganggu aku.Bahasa bugisnya DONT DISTURB ME.Ada faham?

SELASA: Agenda seperti hari Isnin cuma tambahannya adalah pergi ke Landmark Plaza untuk membeli ink printer.

RABU: Selepas balik kerja aku mahu berjalan bersama emak pergi ke SSF sambil mencuci mata dan mencari ilham membuat barang hantaran.(Sesiapa yang ingin menempah barang hantaran boleh la beritahu aku)

KHAMIS: Adalah hari berdating.Aku nak main bowling atau memanah di Danga City Mall.Tak pun ajak Faizal tengok movie dan makan McDonalds.

JUMAAT: Hari membuat assignment.

SABTU: Menghadiri majlis perkahwinan rakan sekolah bersama rakan-rakan Ribena.Wah,tak sabar mau bergosip.

AHAD: Jogging dan membuat aktiviti luar.



Okay,sekarang korang nampak disitu kesibukan aku sepanjang minggu ini umpama mau menyambut raya cina.Lalala..Sesiapa yang ada hati mau keluar bersama aku sila cek dulu jadual waktu aku okay.Sekarang diam ko aku tengah menjana minda mencari idea untuk entry terbaru.Adios.

Monday, February 1, 2010

MY ARANG

Entry kali ini bukan untuk berceloteh macam Makcik Kepoh tetapi entry kali ini adalah entry belaian jiwa kerana aku masih dalam mood kesedihan mengenangkan satu-satunya anak kucing jantan berwarna hitam milik aku iaitu Arang atau Black Rose telah menemui ajal pagi tadi semasa bersenggayut di enjin kereta aku.Sedih.Kecuaian aku kerana tidak pastikan dahulu tiada Arang dibawah kereta.
Semasa dalam perjalanan ke pejabat hati aku tidak sedap memikirkan Arang...dan secara automatiknya aku terpandang cermin belakang dan dapati dia baru sahaja terjatuh dari kereta dan masih hidup.Mimpikah aku?Berhalusinasikah aku?Tidak!!!Itu memang Arang.GOSH!!!!!Aku menjerit di dalam kereta tetapi aku tidak sempat untuk berhentikan kereta kerana jalan sangat sesak.Cepat-cepat aku telefon emak untuk kepastian samada Arang ada di rumah atau tidak.Apabila emak mengatakan Arang tiada terus aku meraung kesedihan.Cepat-cepat aku u-turn untuk selamatkan Arang dari kena langgar.Tetapi sangat malang kerana Arang telah mati ditengah jalan.Aku tidak dapat berfikir semasa itu.Aku hanya mampu lari ditengah jalan untuk mendapatkan Arang tanpa mempedulikan orang lain melihat aku meraung seperti orang hilang anak.Aku tetap gagahkan diri untuk mengutip Arang.Pedihnya hati.
Mungkin bagi orang lain adalah lumrah dengan kematian kucing tetapi tidak bagi aku kerana selagi kucing itu bersama aku.Aku akan sayang seperti anak walaupun tidak dinafikan adakalanya aku marahkan Arang dan tidak mempedulikannya apabila inginkan perhatian.
Maafkan aku Arang tidak sempat menyelamatkan engkau tadi......Beremosi sekali aku hari ini.


p/s: Sesiapa yang baik hati ingin berikan aku hadiah kucing jantan silalah add aku di facebook.Mungkin ada dikalangan korang yang mempunyai banyak kucing.Aku sangat mengharapkan..please...