Tuesday, February 9, 2010

YOU ARE THE QUEEN IN MY LIFE

Siapa yang akan sentiasa mendoakan keselamatan ku setiap hari?
Siapa yang akan mententeramkan aku pabila mempunyai masalah?
Siapa yang akan kejutkan aku solat subuh?
Siapa yang akan memarahi aku sekiranya melakukan kesilapan?
Siapa yang akan menangis pabila aku sakit?

Kalau bukan emak..
Sayunya hati aku apabila melihat wajah emak sewaktu dia tidur di suatu malam.Menangis aku keseorangan di dalam bilik memikirkan bagaimana agaknya hidup aku jika tiada emak di sisi.Selama 23 tahun dia menatang aku bagai minyak yang penuh.Bolehkah aku membalas segala jasanya sedangkan aku kadangkala menyakitkan hatinya,degil,meninggikan suara.
Argh!!memacam lagi lah kesalahan aku pada emak.
Emak hanya mampu menangis dan memaafkan setiap kesilapan anak-anaknya.Emak..sucinya hatimu emak...

Emak,
Bagaimana lagi 10 tahun?Adakah kau masih disisi ku memberi nasihat dan mendengar masalah ku?
Atau adakah kau akan meninggalkan aku selama-lamanya?

Emak,
Anak mu belum bersedia untuk menerima hakikat ini.Aku cuma maukan kau sentiasa berada disisi ku hingga nafas yang terakhir.Jangan tinggalkan diri keseorangan.Aku tidak sanggup.

Siapa yang akan menjerit supaya aku mengemas rumah?
Siapa yang akan bangun ditengah malam untuk menyapukan ubat?
Siapa yang akan mengusap dada ku apabila sakit menyerang?
Siapa yang akan menemani aku untuk berjumpa doktor pakar setiap bulan?

Hanya kau emak...Satu-satunya engkau emak yang sanggup bersusah payah bersama ku.
Emak,jika aku mempunyai suami,bolehkah dia menjaga aku seperti kau lakukan kepada ku?

Bolehkah dia mendengar semua masalah ku?
Bolehkah dia berlari sambil mendukung aku mendapatkan rawatan di hospital pada pukul 3 pagi?
Bolehkah dia memujuk ku sekiranya aku kesedihan?
Bolehkah dia memenuhi segala kehendak ku?
Bolehkah dia memanjakan diri ku seperti kau lakukan?
Bolehkah dia memasakkan bubur halia semasa ku sakit?
Bolehkah dia menemani aku untuk berjumpa doktor?
Bolehkah dia lakukan semua itu seperti kau emak???

Sekiranya Faizal membaca entry ini.Renungkanlah samada kau mampu atau tidak untuk memikul tanggungjawab sebagai pelindung untuk diri ku.Bukanlah banyak yang diingini.Sekadar peneman dikala sunyi.Sekian.

2 comments:

qasehlia said...

dik berdoa la semoga emak dipanjangkan umur dik....x ada siapa yg boleh ganti tempat mak n cara mak layan kita dik.....semua org sifat n cara lain2.....doa la semoga faizal boleh jadi mcm mak walaupun x 100% tp 50% or 60% pun kira okey........doa semoga mak n ambok dipanjang kan umur......bahagia kan la mereka sebelum mereka tiada.....:-)

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

k.lia: insyaallah kak.