Thursday, February 25, 2010

DIARY LIVER KU

Siapa ada diary?Angkat tangan plz.1,2,3,4,5..5orang je?Biar benar.Korang memang tak suke menulis heh?Tak suke..Erm,okay.If tak suka aku nak cakap ape lagi kan.Korang ni tak boleh satu group ngan aku lah.

Aku penc.i.n.t.a diary.Aku suke tulis diary even bukanlah tiap-tiap hari aku ngadap diary menulis panjang berjela aktiviti dari subuh sampai ke malam but,memang aku akan curi sikit mase tulis diary.Nie umur dah 23 means aku da ada 6 diary.6 diary je?Yela...6 diary je ar..asal 6 diary je?Actually aku ada 7 diary tapi diary 2003-2004 adalah diary yang paling aku benci and aku da bakar pun diary tu..So,tak perlu lah aku nak ingat kenangan2 aku masa tahun yang sangat looser tu..Okay,aku gunakan diary yang page belambak giler..2 tahun pun lum tentu habis satu diary.Tak macam diary korang yang siap pakai kunci segala,last-last orang lain pun dapat baca diary ko coz mangga diary korang if ditarik pun boleh tebukak.Takyah guna kunci yang kecik siap ada extra lagi. Tak guna punya diary.Da lah mahal lepastu bagi mangga bebudak tadika.Siot btol.


Okay,now aku dah jarang tulis diary coz sebok tulis blog dengan berfb.Takpelah kan..At least dekat blog pun aku becerita gak dekat korang pasal life aku.Tak pun aku akan tulis dekat organizer keje,laptop or handphone.Peh,mati aku klo organizer tu hilang.Jawabnya memang orang yang baca tu gelak kan aku sampai mati la.Isy,jangan berani-berani curi organizer aku yang colour biru ngan merah tu heh.Biru ngan merah??Ha ah..Thats mean organizer aku ader dua la kak oiii.Ceh...nak jugak aku mention.Hehehe..


Asal aku suka tulis diary??Eh..tanye diri sendiri lak.Ye ar,dah korang tak tanye aku tanye ar diri sendiri.Okay,actually bagi aku biler tulis diary ni jiwa aku tenang coz aku dapat luahkan segala perasaan serta emosi aku dekat diary.Tu yang sampai bekas air mata aku pun ada dekat diary,nangis punya pasal lah.Sometime tak semua benda kita boleh berkongsi dengan orang lain.Macam aku nie hah,selalu aku cerita dekat emak,akak,Faizal ngan bestfriend aku but,ada certain part aku simpan sorang.Bukan maksud aku nak berahsia dengan dorang.Tapi,penah tak ko feel bila ko sorang je yang tau benda tu akan jadi something more sweet.Let say,ko admire dekat someone time sek.men then on valentine's day ko bagi dier coklat and dekat card ko tulis from your secret admire (bukan aku heh). Mesti budak tu pikir sampai nak giler sape ar secret admire dier even ko actually satu kelas je dengan dier.Mesti ko rasa seronok kan?Mak bapak sure lah takyah nak tau rahsia ko yang gatal nak budak lelaki tu.Yang kengkawan lak if ko bagitau gerenti lelama pun dorang tak boleh simpan rahsia.So,cara yang paling menyeronokkan adalah dengan simpan rahsia sendiri.Logik tak?Logik kan.


Then,aku ni memang suka recall balik apa yang aku lalui ngan aku buat.Memory aku kuat beb.Makan ar ikan bebanyak.Sure korang punye memory pun boleh sampai ingat detik-detik kelahiran ko.Hahaha..Tipu je.Eh,btol la.Emak aku kan nurse mesti ar aku tau cuma memory time lahir tu sumpah la memang aku tipu.Sometime biler tengah free taktau nak buat apa tu aku selak balik diary2 lama aku.Baca balik apa aku lalui.Ketawe,sedih semua ada.Tu lum campur memory kena sebat ngan cikgu disiplin sebab bising dekat kelas.Tapi,sampai sekarang yang paling aku ingat time darjah 6 aku tunjuk penumbuk dekat muka guru penolong kanan sebab aku tak puas hati ngan dier yang nyemak kacau time aku ngan ajar bebudak tarian zapin.Ampun cikgu.Hehehe.


Berapa banyak ek pekataan yang aku tulis campur dengan yang aku cakap dalam hidop ni?Emak kata mulut aku ni macam bertih jagung.Cakap!cakap!cakap!sampai tengah dier tido pun aku boleh kejut soh bangun dengar cite hot aku.Kesian emak.Tapi dulu emak kata time ngandungkan aku takde pulak dier ngidam makan radio.Time ngandungkan aku emak suka melawa dengan makan kuih yang manis-manis.Sebab tu dia dapat anak kuat melawa ngan muka tak cantik tapi memang manis..Hurmmm...pelik pelik pelik. (ceh,perasan btol minah nie).


Okay,kepada sesiapa yang suka menulis diary 'welcome to the club'.Pada yang tak suka menulis aku sure memory korang memang kalahkan computer.Nasib otak ko tak hang kan.Yang penting apa-apa pun yang ko lalui dalam hidop.Ko mesti tabah.Klo tak tabah ko tulis diary la.Kan senang.Hehe...Merapu je aku ni.Tue ar dulu kecik-kecik tertelan garfu tu da besar asyik merapu.


Nie la laptop yang aku gunakan untuk tulis blog dengan notepad.Sorry,organizer aku tak boleh tunjuk takot korang carik.Hehehe.Camera aku tu korang abaikan jela (ceh,cakap jela nak menunjuk) okay coz pasal camera aku akan cerita di entry akan datang.

2 comments:

farahajar said...

jeles siot dgn minah gedik ni....
i nk gak camera mcm tu..tp mhl la..
my bro bli nikon d300s almost rm6k..++lence almost 10K..mak oiiii..x mampu aden..

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

fara: takpe...nnt u bli lah..
boleh kita amek gmbr sesame post kt fb..hihi