Thursday, October 28, 2010

NAMPAK UFO,SERIUS TAK TIPU

Selama berdekad-dekad dunia disajikan dengan berita penemuan UFO dan Alien sehingga membuatkan ramai pengarah terkenal mengambil inspirasi membikin filem mengenai makhluk asing tersebut.Filem E.T antara filem terawal yang menjadi satu fenomena diikuti Alien,Alien VS Predactor dan tidak terkecuali Michael Bay yang begitu taksub sehingga terlahirnya Transformer.Ehh ehhh..transformer tu boleh masuk kategori Alien tak????

Mula-mula memang aku macam musykil dengan
segala bentuk cerita yang disampaikan.Sampai satu tahap mind set aku 'Dengan adanya adobe photoshop apa-apa ko boleh edit hareemmmmmmm'.Tapi lama-kelamaan aku akur dengan kekuasaan Allah S.W.T kerana kalau Tuhan nak tunjuk bila-bila masa pun boleh.Tu yang sampai sekarang aku macam tak percaya je bila aku ternampak UFO berlegar-legar di ruang udara Bukit Indah,Johor pada Ahad lepas.Peh,skema ayat aku.Serius wey tak tipu.Tak caya tengok ar video yang sempat aku record ni.Tapi,seperti biasa la dengan keadaan mobile phone yang tidak menepati citarasa remaja zaman sekarang maka UFO yang terang benderang pun nampak macam kunang-kunang kehabisan cahaya.. 

 
Actually yang bergerak-gerak tu tangan aku sebab nak menunjukkan ada tiga UFO yang mengeluarkan cahaya merah,biru,hijau dan kuning.Siap buat corak tiga segi lagi.Mula-mula ingat kapal terbang tapi bila kapal terbang lalu sebelah benda alah yang pegun ni,boleh disimpulkan bahwa kapal terbang umpama lagau.Owh,,macam tak percaya UFO ke ni?

Laju je aku call ibu bagitahu cerita howt ni tapi dari rumah ibu tak nampak apa pun.Jadi keterujaan untuk berkongsi cerita lenyap begitu sahaja.Lepas tu call pulak Kak Diana untuk kepastian.Teruja memang teruja tapi selamba je Kak Diana cakap 'Ooo..yang Zirah nampak tu layang-layanglah.Dari rumah akak pun nampak.Dekat situ ada padang tempat orang main layang-layang so pihak pengurusan tambah layang-layang elektrik biar cantik malam-malam nampak cahaya warna-warni'.Aku tergelak besar 'So,Zirah tak boleh report dekat news ar ni?Cit,mati-mati ingat UFO tadi.'

Hampehhh,ingatkan aku antara orang yang terpilih.

Tuesday, October 26, 2010

REVOLUSI

Semangat mengupdate blog berada di tahap yang tidak memberangsangkan sejak dua tiga menjak ni disebabkan bila view page orang lain semua advance upload gambar siap ada ruang untuk caption ngan tulisan pun boleh strikethrough.Yang tak bleh blah, ibu yang baru setahun jagung kenal blog pun page dier ngalahkan orang yang dah 2 tahun ada blog.Sekarang kalau aku tanya "Eh ibu macamana ibu buat page macam ni,macamana nak buat link macam tu?'.Jawab ibu,'Alah Za,senang jela.Za pergi kat sini blah blah blah'Wah,mantappp seh!!!Aku ajar ibu register blog pun dier terkial-kial lagi skang dier pulak 1000 tapak ke depan.Bravo ibu.

After berbual dengan ibu terus aku mengadap skrin computer.Otak ligat berpikir 'Wey,tak bleh jadik ni..Aku dah boleh masuk kategori AKU-JAUH-KETINGGALAN'.So,perkara pertama adalah aku wajib khatam home page blogger.Aku baca lah dulu apa yang patut walhal selama ni aku tak amek kesah pun apa yang dorang tulis.Kalau dorang kata klick 100 kali boleh dapat voucher Pizza Hut $50 sumpah aku lah orang terakhir yang tahu.Explore punya explore baru aku jumpa apa yang nak dicarik.Tak sampai 5 minit okay aku upgrade ke version Blogger In Draft.Ya Allah!!Ko ampunilah hambamu ini.Ko dekat 2010 blog still version sekolah pondok.'____' 

Ashu...Ashu..benda simple pun taktau..Isy isy isy

Sunday, October 10, 2010

SEPULUH.OCTOBER.TEN

Terlebih dahulu aku ingin berterima kasih kepada keluarga tercinta serta saudara-mara yang banyak membantu bagi menjadikan majlis pertunangan aku pada hari ini berjalan dengan lancar.Tidak lupa juga kepada sahabat handai yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis.Tanpa korang tak menjadilah gambar adegan melempar kelopak bunga tu.Kepada mereka yang ada terkecil hati atau tidak berpuas hati,aku memohon maaf sekiranya majlis tadi terdapat banyak cacat celanya.Kita manusia tidak pernah sempurna.Akhir kata,semoga korang enjoy dengan post kali ini yang berunsur scrapbook.Jadi tunangan orang saham jatuh merundum...Auww.

 

Putih bersih pilihan hati,
Ditambah reben berwarna-warni,
Hari bahgia ingin dikongsi,
Terimalah undangan ikhlas dari hati.


 Dress labuh rekaan sendiri,
Berjahit labuci penambah seri.
 
Aku memakai selendang warisan,
Berperincian emas berjahit tangan.
Sengaja ingin mencari kelainan,
Tema arab menjadi pilihan.
Sembilan dulang akan diberi,
Sebagai balasan tujuh menanti,
 
Empunya diri gementar sekali,
Menanti ketibaaan belah lelaki.

Memohon restu keluarga tercinta,
Agar ikatan bahagia selamanya.

Bertahun lamanya kita bersama,
Bermacam dugaan ditempuh jua,
Setiap hari aku berdoa,
Agar dirahmati Tuhan yang ESA.

Rakan-rakan hadir sama,
Meraikan hari bahagia.

 Terimalah cincin idamanmu ini,
Sebagai tanda kasih di hati.


....Wahh,terharu gitu...


p/s: Hari ni genap 2 tahun aku ada blog.Happy Birthday