Thursday, October 28, 2010

NAMPAK UFO,SERIUS TAK TIPU

Selama berdekad-dekad dunia disajikan dengan berita penemuan UFO dan Alien sehingga membuatkan ramai pengarah terkenal mengambil inspirasi membikin filem mengenai makhluk asing tersebut.Filem E.T antara filem terawal yang menjadi satu fenomena diikuti Alien,Alien VS Predactor dan tidak terkecuali Michael Bay yang begitu taksub sehingga terlahirnya Transformer.Ehh ehhh..transformer tu boleh masuk kategori Alien tak????

Mula-mula memang aku macam musykil dengan
segala bentuk cerita yang disampaikan.Sampai satu tahap mind set aku 'Dengan adanya adobe photoshop apa-apa ko boleh edit hareemmmmmmm'.Tapi lama-kelamaan aku akur dengan kekuasaan Allah S.W.T kerana kalau Tuhan nak tunjuk bila-bila masa pun boleh.Tu yang sampai sekarang aku macam tak percaya je bila aku ternampak UFO berlegar-legar di ruang udara Bukit Indah,Johor pada Ahad lepas.Peh,skema ayat aku.Serius wey tak tipu.Tak caya tengok ar video yang sempat aku record ni.Tapi,seperti biasa la dengan keadaan mobile phone yang tidak menepati citarasa remaja zaman sekarang maka UFO yang terang benderang pun nampak macam kunang-kunang kehabisan cahaya.. 

 
Actually yang bergerak-gerak tu tangan aku sebab nak menunjukkan ada tiga UFO yang mengeluarkan cahaya merah,biru,hijau dan kuning.Siap buat corak tiga segi lagi.Mula-mula ingat kapal terbang tapi bila kapal terbang lalu sebelah benda alah yang pegun ni,boleh disimpulkan bahwa kapal terbang umpama lagau.Owh,,macam tak percaya UFO ke ni?

Laju je aku call ibu bagitahu cerita howt ni tapi dari rumah ibu tak nampak apa pun.Jadi keterujaan untuk berkongsi cerita lenyap begitu sahaja.Lepas tu call pulak Kak Diana untuk kepastian.Teruja memang teruja tapi selamba je Kak Diana cakap 'Ooo..yang Zirah nampak tu layang-layanglah.Dari rumah akak pun nampak.Dekat situ ada padang tempat orang main layang-layang so pihak pengurusan tambah layang-layang elektrik biar cantik malam-malam nampak cahaya warna-warni'.Aku tergelak besar 'So,Zirah tak boleh report dekat news ar ni?Cit,mati-mati ingat UFO tadi.'

Hampehhh,ingatkan aku antara orang yang terpilih.

2 comments:

ctpayong said...

woie zirah..nko mmg lemau. ibu nye nak tengoklah "UFO" tu..lari punyalah laju kalahkan cam kena kejar "alif nun..." (anjing lah).

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

ibu: hahahaha...sorry bu..teruja sgt time tu.biasa lah manusia tak lari dari mmbuat kesilapan.hahahaha