Monday, June 21, 2010

KING IN MY HEART


Walaupun sudah terlewat sehari tapi aku tetap mau mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada ayah aku serta mereka yang bergelar ayah dimuka bumi ini.Disebabkan tahun ini aku tidak berkesempatan membelikan present (ceh,padahal setiap tahun memang tak bagi hadiah pun) maka aku dedikasikan post kali ini kepada KING di dalam rumah aku iaitu,
ENCIK AHMAD BIN HJ MARTAN

Kalau korang semua memanggil bapa korang dengan panggilan abah,ayah,bapak,daddy,dad atau pupi berlainan pulak dengan aku tiga beradik kerana aku memanggil ayah aku dengan panggilan AMBOK yang sama jugak membawa erti bapa kerana ayah aku berketurunan bugis maka bagi mengelakkan anak cucu cicit lupa daratan takot feeling omputeh jadik panggilan itu diselitkan agar sentiasa beringat.Tapi,serius aku memang tak geti berbahasa bugis.Kalau ada majlis besar di kampung sure aku terpinga dengar dorang bercakap.Time ni lah jika terdapat segelintir manusia yang ingin mengumpat aku memang mereka menggunakan kesempatan tersebut dengan sebaik-baiknya.
Ambok seorang yang pendiam,suka tersenyum sampaikan uncle Faizal called him MAT SENYUM tapi ambok tak kesah sebab ambok memang pemurah dengan senyuman.Memang susah nak nampak ambok marah tapi bila ambok dah marah semua orang tak berani berbunyi termasuk kucing aku.Takot.
Ambok bukan doktor tetapi ambok boleh bukak mini clinic kerana beliau mempunyai beberapa keperluan untuk kegunaan sendiri sekiranya anak-anaknya tidak sihat. Nak cek tekanan darah,degupan jantung semua ada.Kalau setakat demam batuk cirit-birit ni small matter jelah.Dekat rumah aku berlambak ubat.Ko ada?
Ambok bukan fashion consultant tetapi selalunya taste ambok adalah lebih baik dari wanita yang bekerja sebagai fashion consultant kerana beliau tahu baju apa yang cantik dipakai oleh anak-anak serta isteri beliau atau apa yang sedang 'in' di pasaran.Ambok akan kritik pakaian atau warna pakaian emak sekiranya beliau tidak berkenan.Sebab itu emak kalau mau beli kain langsir hari raya lebih suka pergi dengan ambok dari anak-anaknya.Kalau ambok berkenan sesuatu beliau akan sentiasa puji cantik tapi kalau tak berkenan,tengok sekali imbas sudahh.

Ambok bukan arkitek tetapi jangan sesekali ko tipu ambok tentang drawing kerana beliau akan calculate dan teliti setiap inci bahagian drawing.Senang cerita bila rumah hendak di renovate ambok sudah siapkan drawingnya terlebih dulu before arkitek membetulkan mana yang salah.

Ambok bukan jutawan seperti orang lain apabila hari jadi isteri diberinya Gucci handbag,dress Von Furstenberg atau jam tangan Rolex.Apa lagi untuk membelikan anak-anak beliau Porsche Carrera GT sebijik sorang adalah amat mustahil tetapi ambok tidak pernah lupa setiap tahun memberi RM100 sebagai hadiah hari jadi atau membelikan barang yang dihajati oleh isteri dan anak-anaknya.

Ambok adalah seorang lelaki yang serba boleh.Cakap je apa mesti ambok boleh buat cuma tolong jangan suruh ambok goreng ikan kalau korang taknak makan ikan goreng hangus.TERIMA KASIH AMBOK di atas segala pengorbanan dan kasih sayang selama 23 tahun Zirah hidup bersama ambok.Muah.Syahdu.

1 comment:

Anonymous said...

Rindu ambok ngn mak. Our Superhero!!!