Friday, June 18, 2010

ORANG KAMPUNG BOLEH JELES SEKARANG

AKU CUMA INGIN MEMBERITAHU
12.30 tengahari tadi ringtone Supermassive Black Hole by Muse menjerit minta di jawab.Oii!!!Sabar-sabar..Eh,no KL?Bil Maxis aku dah bayar..Apa lagi ni?

Aku tarik nafas sedalam-dalamnya menekan answer bersedia menadah telinga.



RI:Hello..Boleh saya bercakap dengan Zirah?

NA:Ye,saya bercakap.

RI:Ni nama memang Zirah ke apa?

NA:Nazirah nama saya.

RI:Em,okay,awak ada masuk contest Rizalman yang dekat blog tu tak?

NA:Em,ada.Kenapa ye?

RI:Saya dari Pejabat Rizalman Ibrahim.Saya ingin memberitahu bahawa awak telah terpilih menyaksikan Pertunjukan Fesyen Rizalman Ibrahim di Menara Mustaffa Kamal pada 26 Jun ini.

NA:OH MY GOD!

RI:Ye,betol.Boleh bagi alamat awak supaya mudah bagi kami pos fashion show ticket.
......................................

RI:Ooo,orang Johor.Awak boleh datang tak ni?
NA: Boleh.Saya boleh datang.
RI:Okay,kalau ada apa-apa awak boleh menelefon di no ini.Terima Kasih.

NA:Terima kasih,bye.


Cop,aku mimpi ke apa ni??Cepat-cepat aku bukak blog Rizalman cek balik slogan aku.


Saya ingin pergi menonton pertunjukan fesyen Rizalman Ibrahim kerana bagi saya Rizalman Ibrahim adalah ALEXANDER MCQUEEN MALAYSIA dimana setiap rekaannya pasti menjadi bualan hangat dan ikutan terutamanya koleksi BLANC 2008.

Hohohoho...gempak jugak slogan aku kan.Hahaha..sekarang korang silalah jeles dengan aku sebab next week aku akan berjumpa sama ALEXANDER MCQUEEN MALAYSIA dengan anak dia yang comel gebu si Umar tu.Wah,hati berbunga riang terus tangan laju menaip entry baru.



p/s: Sekarang mau carik baju yang GLAM uuuuu!!!!

2 comments:

ctpayong said...

chit!!!

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

ibu: anda boleh menangis kejelesan sekarang.hahaha