Wednesday, August 31, 2011

SALAM LEBARAN & MERDEKA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI and HAPPY MERDEKA DAY to everyone.Dah masuk hari raya kedua baru nak wish,maaf terlambat.Dikesempatan ini,I nak say sorry kepada mereka yang mengenali diri I dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki.Halalkan segala makan minum & duit if I terguna.Sifat manusia tak boleh lari dari melakukan kesilapan.Oleh itu,diharapkan raya kali ini dapat mengeratkan tali silaturrahim disamping bersyukur kerana diberi peluang merasai kemerdekaan yang ke-54 tahun.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!



Seriously,persiapan raya tahun ni tak sehavoc seperti tahun-tahun lepas cuma sehari sebelum raya thats mean esoknyer raya lah kan..pukul 7 pagi tepat I dah bukak mata luas-luas sebab mak dah menjerit sebelum subuh lagi soh bangun kemas rumah.Ewah Mak Yam ni,mentang-mentanglah this year tahun terakhir before I bertukar status memang kaw kaw punye mak bagi arahan keje.Mula-mula dia soh lap tingkap lepastu panjat grill berus kasik bersih sambung lap sliding door bagi kilat nampak gigi disudahi berus lantai depan rumah.Ni kalau mak mentua tengok kagum setahun tak habis pujian sebab menantu da serupa Spiderman.Kecut badan kena air setengah hari.Ingatkan penderitaan berakhir disitu tapi,jangkaan meleset sama sekali kerana mak soh kemas bilik dia dengan bilik tetamu.Adoii,tak kan lah orang datang beraye siap nak menjengah master bedroom plak.Pitam sekejap.

Sambungan di malam raya selepas orang datang bertakbir,langsir bilik masih tak terpasang sebab kain langsir lama benangnya tertetas habis tempat cucuk pin langsir terburai.Masuk semula langsir dalam almari sebab ada orang tu bajet artis takot jari terluka kalau menjahit tercucuk jarum.Oucchhh.

Di pendekkan cerita raya tahun ni sangat ala kadar,

LANGSIR = Pakai yang sedia ada
SARUNG KUISYEN= Last year punya
CARPET= Satu family tak suka carpet jadi tukar dengan alas buluh
BAJU RAYA = Seorang sepasang je
KASUT RAYA = Tak beli,pakai je yang da berlambak atas almari
KUIH RAYA = Beli dekat IKEA,beli dekat kawan & buat sendiri
BARANG KEMAS = Tak minat barang kemas,pakai rantai emas turun-temurun

Walaupun raya ini takde apa pun yang barang baru melainkan baju kurung tapi I tetap happy sebab dapat berkumpul dengan sanak saudara.Maklumlah semua orang duduk jauh-jauh jadi bila hari raya ni la peluang semua orang berkumpul untuk bercerita.Kepada u'oll semua.SELAMAT HARI RAYA SEKALI LAGI.Kalau memandu,berhati-hati dan ingat orang yang tersayang.


Ni baru sikit saudara mara.Muka I memang takde dalam gambar ni sebab terpaksa jadik cameraman.Sedih.


No comments: