I tau sekarang sudah terlambat 12 hari tapi,takpelah.Bak kata orang at least ingat dari melupai.Oleh itu,dengan ini saya Nazirah Bt.Ahmad ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam yang berada di dunia ini tidak kira samada kita berbeza bangsa,warna kulit,warna mata.Yang penting Islam.Tapi,kot-kot ada segelintir manusia yang beragama lain sama-sama berpuasa.I doakan suatu hari nanti u'oll akan diberi hidayah.Aminnnnn.
Alhamdulillah,hingga ke hari ini I belum ada buang puasa.Kesihatan badan ditahap normal cuma biasalah kadang-kala letih sampai pitam memandangkan cuaca di Johor yang tak menentu.Tengah-tengah panas kang tetiba hujan.Hujan kalau 1-2 jam takpe,ni kekadang tak sempat feel sejuk dekat oversea tup tup eh,hujan dah berenti?Tapi,bagus jugak hujan sekejap-sekejap je takpun pukul 3 pagi baru hujan.Kang kalau setengah hari hujan semua orang layu je nak bekerja.Cuma,sekarang ni I taktaulah samada orang JB perasan ke tidak or I sorang je yang perasan,I rasa tahun ni sangat bersepah bazar Ramadhan.Dimana-mana ada bazar sampai dalam fb siap ada orang list pulak harini nak gi bazar Taman Dahlia,esok BBU,tulat dekat Kampung Melayu seterusnya blah blah.Honestly,I dah 4 kali pergi itu pun sebab nak berjalan buat cuci mata takpun teman kakak I beli kulit ayam.But, seriously kesana kemari I lalu semua bazar.I know lah bazar Ramadhan ni dapat menambah pendapatan sesorang disamping ia jugak dapat mengeratkan silaturrahim.Tapi,actually yang paling penting ia sangat membantu kaum isteri atau wanita dari bersusah payah berperang didapur untuk memasak juadah berbuka.Kaum wanita,anda dipersilakan gantung periuk sekarang.
Berdasarkan dari perhatian I sebanyak 4 kali ke bazar sepanjang bulan Ramadhan ni boleh dikatakan orang Melayu sangat suka membazir.Mana taknyer,selagi nampak makanan semua nak beli.Laksa Johor,roti jala,nasi padang...kang teringat pulak suami suka kuih so,beli kuih sampai tiga jenis.Tu tak masuk bab air.Nampak air kathira Abu Bakar nak beli,nampak air bandung macam sedap pun beli jugak padahal tawar nauzubillah.Yang tak boleh tahan,air sirap limau pun nak beli.Apalah salahnyer amek je limau dalam freeze belah dua,amek pewarna merah,lepastu amek gula pasir tuang air masak.Hamek ko step by step I ajar.Time buka kalau makan sampai habis takpe,ni baru 4 suap dah surrender kenyang.Lepastu baki makanan buang dalam tong sampah.Kakak I lah salah seorang contohnyer,beli kulit ayam dan tongkeng ayam sampai RM4 last-last kucing jugak yang habiskan.Not good,not good..
Tapi,I puji lah emak I sebab tak suka membazir.Ni kira I bagi tips lah untuk u'oll berjimat cermat di bulan Ramadhan.Emak I memang seorang yang rajin memasak dan pandai memasak (Bodek je ni).Oleh kerana emak I seorang wanita bekerjaya maka,selalunya menu berbuka puasa kami sekeluarga adalah sama selama 3 hari berturut-turut; contohnya,haritu emak I masak sambal udang satu periuk besar untuk 3 orang makan je sebab I kureeennng sikit seafood-seafood ni tapi kalau tak habis makan time berbuka simpan dalam freeze,esok panaskan semula...makan lagi.Tak habis lagi,simpan semula...sampai akhirnya I stress biarkan je sambal udang tu terdedah bagi lalat menjamah.Puas hati aku!Lagi satu,emak I memang expert bab mempelbagaikan juadah.Misalannya, hari ni emak beli seekor ayam maka juadah berbuka puasa adalah ayam goreng berempah,ayam masak kari dan kacang panjang goreng bersama ayam.Semua juadah ada ayam,lama-lama muka memasing dah macam ayam.~makan sambil tutup mata.Bagi mereka yang teringin nak berbuka di hotel tapi, bila tengok harga RM80 per person takpe jangan kecewa.U'oll amek je gelas berkaki,bancuh air sirap belah nipis lemon or orange selit dekat mulut cawan lepastu served ajelah dengan murtabak daging pakai garfu dengan pisau. See,dah siap murtabak chop with Island red syrup.Air sirap RM1 + Murtabak daging RM5.Hah,kan dah jimat RM74 dekat situ.Selamat mencuba.
Papepun,di bulan puasa ni elakkanlah membazir.Mungkin RM20 bagi u'oll adalah nilai yang kecil tapi bagaimana mereka yang sangat daif?Tak salah sekiranya sesekali u'oll nak makan banyak tapi biarlah berpada.Macam juadah I ni...
Ni juadah berbuka puasa I haritu dekat Anjung Tokoh iaitu Laksa Johor, nasi berlauk ayam kari,ulam-ulam,semangkuk puding kastard dan segelas fresh orange.Nampak memang macam bela saka boleh ke habis tapi,Alhamdulillah berkat kesabaran yang jitu wassalam licin semua.Ni bukan makan ikot nafsu ye tapi mengelakkan pembaziran.Ko bayar RM18 makan secara buffet takkan setakat makan karipap je.Ye tak? ;p
No comments:
Post a Comment