Saturday, April 10, 2010

JANGAN BILANG TIDAK

Semangat memiliki SLR sudah lama tersemat di dalam hati.Malah,melihat rakan sebaya menayang SLR mereka hati meronta-ronta untuk memilikinya juga.Memang sangat malu pada mulanya dengan rasa konfiden diri yang menebal kamera kompak memakai filem itu juga aku fikirkan SLR.Hahahaha.Sangat malu okay.


Ni kamera zaman aku sambut hari jadi ke-8 tahun.Tengah dok berposing dengan cake boleh pulak filem habis dah terkial-kial nak tukar filem baru.



Cop,dari tadi aku sebut SLR korang tahu ke maksud dia?Okay,untuk lebih clear SLR actually stand for Single Lens Reflex.SLR itu kamera ye adik-adik.Ada lima jenis SLR dekat pasaran sekarang kalau tak silap iaitu cropped sensor,micro 4/3,4/3rd,full-frame sensor dan video/still camera.Clear?If tak clear silalah meringankan jari untuk google sendiri okay.


Berbalik pada cerita aku yang sangat konfiden tu terus balik rumah google SLR camera lepastu baru ar tahu serba sedikit mengenai SLR.Entah kenapa aku suka SLR keluaran NIKON.Maybe sebab easy to use.Bila tengah search tetiba terjumpa ini..



Terus hati terpaut tanpa rasa berbelah-bagi hanya idamkan ini sahaja walaupun di pasaran belambak SLR jenama yang lain.Wah,memang jodoh kita berdualah d60.Kebetulan time beli d60 ni d80 dan d90 belum keluar lagi so korang tak payah nak poyo-poyo cakap aku ketinggalan zaman.Okay what d60,memang sesuai untuk amatur macam aku ni.Aku ada gak SLR,korang ada??Ceh,kerek gila minah ni.


Masih terbayang lagi saat aku berjanji dengan ayah jika dia membelikan aku SLR makanya monthly payment akan ku bayar rm200.Wah!!!bersungguh-sungguh ini budak mau SLR.Sangat annoying gila bila iklan d60 di tv terus cakap wah,bestnya kalau pakai SLR.Tak payah susah-susah pakai filem.Nanti gambar keluarga time raya tak payah pergi studio.Save duit bergambar di rumah je.Cewah cewah..Manja betol bunyinya.


Mungkin berkat doa aku yang tidak pernah putus asa atau sebab ayah aku memang dah tak larat dengan perangai aku yang sangat menjengkelkan bila pergi shopping complex terus meluru ke kedai kamera membuat muka kesian pandang d60 sambil calculate berapa ratus lagi baru cukup rm2+k sampai kena tarik tangan baru mau berganjak.Siap tinggalkan bekas bibir lagi di cermin kedai. Hello!!itu strategi okay.Korang boleh tiru jika mau.

Gambaran sebenar kegembiraan aku mendapat SLR boleh di terjemahkan dengan..

.

.

.


Gambar muka sendiri disamping menunjukkan skill memegang SLR dengan cara yang betol.Bajet..

Gambar awan yang coraknya seakan ying dan yang walhal satu apa pun aku tak nampak pelik.

Gambar koleksi teddy bear yang sebelum ni sumpah aku tak penah ambil kesah pun.

Gambar ayam goreng.Bila pergi MCD sebok gambar ayam pun mau di fokus konon ingin menjadi kenangan terindah.

Gambar bersama teman sejati.Tapi,orang terer pun kekadang salah setting,tu gambar si ika serupa pontianak harum sundal malam.Eh,rambut saya terkena karat la.Hihihi.

Setelah almost 3 tahun aku memiliki SLR,keadaan SLR aku masih seperti keluar dari kotak lagi tanpa tambahan flash atau lens baru.Kenapa?Kerana bila mau beli mesti berpikir panjang mengenangkan amount fulus yang bakal terbang.Membazir katanya justeru wang disimpan di dalam purse lalu beredar ke tempat lain.Tapi,bila terpandangkan baju takde pulak ko pikir membazir ye.

p/s: SLR masih digunakan okay untuk kegunaan harian.

No comments: