Wednesday, March 24, 2010

KERANA KAMI PEREMPUAN

I got this from one of my friend status~Kenapa perempuan kena fikir macam macam? Baju satu almari pun still rasa macam takde baju nak pakai. Mascara yang latest, Eyeliner dah habis, fashion berubah rubah. DAMN!! Tak suka la macam ni. Nafsu nak beli baju baru dah meluap luap ni. Bila nak gaji? Dapat satu pun cukup lah :(


Lalalalalala~betol ar.Aku pun rasa macam tu.Sometime aku sendiri pening bila nak kuar dengan kengkawan or gi dating mesti ambil masa nak dekat 1 jam pilih baju mana nak pakai.Habis satu almari aku bongkar cari baju.Selalu aku emo sendiri rasa ketandusan baju padahal every month ko gi sedekah RM200 dekat Dorothy Perkin atau Topshop ape kes?Bila tengok baju ada je rasa yang kurang.Kalau keluar tengok wayang lebih kurang 2 jam campur makan 1 jam campur lagi jejalan cukup ar 4 jam aku merayap tapi pilih baju siap stress tension ngalahkan cubaan untuk menyelesaikan soduku.Emak aku yang tengok pun jadik stress siap tolong pilihkan baju.


Bila majalah GLAM,Intrend or CLEO keluar laju je langkah aku sebab nak tengok fashion terbaru.Time tu lah rasa apa yang model pakai semua kita nak beli tapi tak sedar diri model tu saiz 2-0 yang kita badan saiz 10.Dahsyat sungguh penangan model ni.Baju sebijik kain buruk pun kita rasa cantik dekat badan diorang.Kan baik ko gi gunting je kain buruk kat dapur tu tampal dekat baju MNG ko.Betol tak??


Before dapat gaji memacam pikir nak settlekan hutang credit card,bil handphone,hutang dekat emak bapak tapi dapat gaji perkara pertama yang dibeli baju baru.Arghh!!!stress macam ni lah.Tu lum campur beli make up padahal make up dekat umah belambak yang lum di pakai.Eyeliner siap buat stock takot Elianto gulung tikar.Isy,tak baik cakap macam tu.Ye,tak tipu.Eyeshadow semua warna ada tapi yang dipakai cuma earth colour.Kang pakai eyeshadow warna meriah sangat dah macam bendera pulak korang tengok aku.Memang best bila dok dalam bilik sesorang sebok main make up-make up pastu amek gambar konon paling comel tanpa disedari emak sedang memerhatikan gelagat anaknya serupa macam budak kecik baru pandai berjalan.Kantoi!!!


Lelaki selalu cakap,apehal susah sangat pompuan ni bila dating?Pakai jela baju yang ada.Tak pun pakai t-shirt dengan jeans lincah je.Ko senang lah cakap cuba ko jadik pompuan.Bila kita pakai simple-simple sebok mengomel soh make up sikit,ikat rambut pakai heel.Bila dah make up komplen plak macam muka wayang pekji la badut la itu la ini lah.Siot betol.Habis,kalau dah macam badut kenapa??Korang terus tak sayang lah heh?






Bila nampak baju yang cantik...Toleh sampai nak tekehel tengkuk dibuatnye.Tu lum lagi ko pegi membelek sampai cara jahitan pun ko cek.Gasak ko lah.




Kalau duit dalam purse hanya paras hidung memang muke geram-geram sangat Ashu ni tapi dalam hati istifar bebanyak untuk dapatkan baju.


Tapi,kalau memang ko dah sengkek dalam purse tinggal RM10 lebih afdal ko jalan tutup mata bagi mengelakkan ko sakit hati.

Tetapi memang lumrah hidup pompuan suka melawa.Bagi KAMI baju,kasut,make up itu sangat penting bagi menjaga keterampilan di mata umum.Kalau tak cantik-cantik macamana lelaki nak pandang??Hahaha....sengalnye hujahan aku.Okay what beli baju..Kalau dah tak pakai still boleh menderma.Hah,seeee...kan itu sudah dikira sebagai amal jariah.Tapi, kalau lelaki suka melawa siap make up??Sah-sahlah ko memang kecelaruan gender.Tolong lah nok,tak sanggup mak nak melihat!


Kepada adik cantik sekalian,beli lah apa pun korang nak beli dan hajati selagi termampu asalkan tak memakan diri sendiri.Nanti dah kahwin dah tak dapat dah ko nak melaram sebab kena pikir susu anak,baju anak.Ini petikan kata bakal kakak ipar aku.Acehhhh,mention kakak ipar nampak.

3 comments:

Elena Reeney said...

haha. at last zirah buat jugak tajuk ni. damnnnn sangat kan? ni pun dah habis duit shopping bagai sampai duduk dah takat hidung je. nanti balik jb nak shopping lagi. *sigh*
tu lah. nak beli product rambut lagi, syampoo, masker, lah itu lah ini lah. ohhhh..sangat sengal rasanya ye.
Memang la u, nanti kalau tak make up baju lebih kurang je cakap gf takde style. kang bf lari kat perempuan lain, nak salahkan siapa? belum lagi beli kasut handbag semua. pening kepala.
i rasa betul lah, now selagi tgh takde comitment ni apa lagi. layan je lah beli apa yg mmpu. kang dah beranak pinak takkan nak sumbat eyeliner elianto yg beli banyak buat stock tu kat dalam mulut anak kan?

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

reen: tau xpe..i ni pun konon nak saving bln ni tp haramm..beli gak bj.
tu ar,kang simple sgt ckp kte tak follow fesyen.susah2.hihihi..

ctpayong said...

perempuan, isteri dan ....(hah mesti dah pk #@$%$#). salah tu, jwp to fill in the blank adalah IBU. perempuan; lain dulu lain sekarang. lain bila dah jadi ibu berbanding waktu bujang.