Sunday, December 27, 2009

ADAKAH???

ADAKAH AKU DILAHIRKAN UNTUK MENJADIK SEORANG KAUNSELOR???
Wah,gempak betol soalan aku kan?hihihi...ok lah, aku tau dalam idop nie setiap orang ada cita-cita sendiri temasuk aku.Time umur 5 tahun aku dengan banggenye becita-cita mau menjadik konduktor bas mini di sekolah tadika sebab aku suka tengok konduktor tekan penebuk lubang resit tu..Heh,ko gelak??Ko ingat pekejaan tu tak mulia ke???Ko ingat klo takde konduktor bas,boleh tauke bas jalankan operasi bas dorang ngan dapat untung klo tak kerana konduktor pegi pungut tambang dekat setiap pelanggan dengan niat yang jujur untuk tidak songlap duit syiling dalam beg selempang tu....Hah,logik kan???
Lepas tu,masuk tahun 1 aku da mula mempamerkan bakat semulajadi aku untuk menyanyi.Ceh..time tu aku antara yang hot la (perasan) sebab setiap kali PIBG ngan majlis tahunan sekolah,Klo takde muke aku atas pentas menyanyi memang tak sah.Sampai aku rasa guru besar pun da bosan dengar aku melalak feeling sesorang macam Ziana Zain.Tapi,hakikatnya time tu akunye ambition adalah seorang doktor!!Dan yang agak malang ye nasib aku biler dalam rekod abis persekolahan rendah cikgu awal2 da letak dekat korum cita-cita tulis 'PENYANYI'.Sekarang ko pilih,agak2 perlu tak aku gi serang cikgu kelas aku dengan botol air aku yang corak mickey mouse tu?Perlu ke tidak?Perlu ke tidak???Ok,tak perlu...

Walaupun aku dapat malu time registration day dekat sekolah menengah.Sebabnye,cikgu yang baca rekod aku semua bekerut dahi umpama garisan baluk.Yela,ko tak rase ke rekod aku tu poyo sebab kerana cita2 yang tak logik tu.Lain la suara aku nie memang sedap macam Mariah Carey kan.Habis disitu.Form 2 aku active ngan hockey sampai form 5..Helloo..aku main bukan untuk daerah je tau.Aku main untuk negeri jugak.Ko plak??Time nie la aku da mule becita2 jadi Mirnawan Nawawi walaupun hakikatnye kadang2 pukulan back stick aku tak menjadik dan stick tak kena bola.Ye..perasaan sedih dan malu disitu.Habis sekolah aku dapat tawaran poly (mechanical engineering).
Satu sem je dekat poly sebab aku dapat UiTM.Di UiTM Segamat,aku dapat jurusan Diploma In Banking..Sekarang cuba ko cek balik..relate tak semua cita2 aku antara satu sama lain??Tak kan?Hah...time dekat UiTM la aku dapat rasekan yang aku nie bukan la dilahirkan untuk menjadik next Zeti Aziz.Honestly,first sem aku failed Account sebab time sekolah menengah aku kelas Sains Tulen ye.Makanye, aku lah antara student yang agak bangang di dalam Account class sebabnye classmate aku semua ade basic account.Aku pun tak tau la nape UiTM tawarkan aku course banking.Mungkin sebab matematik aku time SPM agak cemerlang (ceh,belagak sungguh).
Dalam aku melayari idop aku sebagai student...aku perasan yang aku nie ada potensi untuk menjadik kaunselor.Eh,korang jangan ar terus kata aku perasan.Dengar dulu cerita aku nie..Yela, klo kengkawan aku ade masalah cinta + keluarga + wang.Aku la antara orang pertama dengar masalah dorang.Tak kesah la dorang nak melalak ke jadik berok ke yang penting aku pun akan sakit kepala memikirkan solution masalah dorang nie.Satu ari tak tido pikir.Time nie la aku akan kuarkan hujah2 aku yang bernas dan cara penyelesaian yang terbaik.At last,dorang terima dan masalah selesai.

Mungkin memang aku dilahirkan mempunyai mulut macam bertih jagung.Bak kate mat saleh,non stop talking.Tu yang membuatkan aku sentiase mempunyai jawapan bagi setiap masalah2 yang dihidapi oleh generasi aku (nie kire aku perasan sesorang ke atau korang setuju??).Aku suka biler orang mintak pandangan aku.Tapi,tahukah kalian,adakalanye aku sendiri tidak mempraktikan cara2 yang telah disampaikan oleh aku sendiri di dalam perhubungan aku dengan keluarga dan teman lelaki aku??Acehh...geli pulak ayat aku nie. Ye,ini adalah fakta.Sometimes aku sendiri beremosi berlebihan apabila mempunyai masalah.Tetapi mengikut perkembangan terkini,semakin ramai pula yang memerlukan khidmat aku untuk memberi nasihat.Kesimpulannya tuan2 dan puan2,adakah aku memang dilahirkan untuk menjadik kauselor??sedangkan aku skang telah menyambung jurusan HUMAN RESOURCE.Relate kah semua cita2 ku itu???Adoiii...nasib2.

Time nie aku tengah pikirkan masalah cuaca dunia.

6 comments:

ejatt said...

hahahaha..anda di lahirkn untukk menjadi seorang adikk yg manja!!!hahahaha..love&miss u c biru...

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

hahaha..saye malu (ceh,padahal suke..macamtak kenal dri sendri plak).

Omel said...

sengal ar zira nie.. hahaha!!

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

omel: hihihi...konduktor bas tau cita2 za...hihih

fradz global resources said...

jumpa aku dulu laaa...

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

abg: apebenda yang jumpe aku dlu la??masuk air..