Wednesday, September 8, 2010

LAPANNINESEPULUH

Perasaan sekarang sedang bercampur baur antara rajin bekerja dan malas memandangkan orang lain sudah mula bercuti untuk menyambut aidilfitri sedangkan aku gigih bekerja hingga ketitisan peluh yang terakhir.Walaupun setiap hari selang beberapa jam emak pasti akan menelefon bertanya lokasi anak kesayangan untuk membantu menyiapkan kuih tart tetapi di saat lagu raya berkumandang tiada apa yang dapat digambarkan melainkan perasaan sebak terasa seperti di oversea.Cis.

Kegembiraan untuk menyambut hari raya pada tahun ini tidak segembira tahun-tahun sebelumnya.Mungkin diri sudah gatal dah tak sabar nak duduk atas pelamin agaknya.Lempang laju-laju baru tau.Setiap hari pasti mengira berapa hari yang tinggal untuk ke second stage.Gasak kau lah memang tak menyabar.

Tapi,di saat memikirkan hari pertunangan yang bakal menjelma baru tersedar date pada hari ini sangat cantik 8.9.10. Semasa memilih date pertunangan lupa pulak dengan 8.9.10,kalau tidak pasti sudah save 2k untuk menjamu tetamu di waktu lunch.Menteri kewangan sungguh aku ni.Papepun,kepada mereka yang menyambut hari lahir pada hari ini terutamanya NURUL WAHIDA BT.ROSLI,HAPPY BIRTHDAY!

No comments: