Monday, May 17, 2010

CIKGU,TERIMA KASIH YE

Masa sekolah rendah dulu kan,bila nak dekat Hari Guru mesti aku lah orang paling excited dan kelam-kabut soh emak belikan hadiah untuk cikgu.Ye ar,budak kecik mana ada duit sampai rm20 nak beli hadiah.Ketuk emak sudah.Bukan satu hadiah tau aku soh emak belikan tapi setiap guru mata pelajaran aku akan bagi hadiah.Ko boleh bayangkan tak berapa banyak duit emak aku kuar sempena Hari Guru ni?Okay,tak boleh bayangkan.So,aku lah pelajar yang serupa Santa Claus pepagi hari angkut beg plastik besar pergi sekolah.Time tu muka kerek gila macam emak bapak kaya sangat siap mintak tolong kawan sama-sama angkat beg plastik tapi taktau emak dekat rumah dah pokai.Kesian emak.


Masuk sekolah menengah setiap kali Hari Guru masa tu lah hari nak memonteng duduk dekat rumah.Penat emak kejut tapi tetap pekakkan telinga.Time tu lah segala hujahan dikeluarkan cakap nanti dekat sekolah bukannya belajar,balik-balik dengar budak nyanyi blah blah blah.Hadiah??Wooo,masa ni lah waktu untuk menyimpan duit maka bajet untuk hadiah akan disekat dan hanya cikgu-cikgu best yang mana baik dengan aku je dapat hadiah termasuk cikgu kelas.Memilih siot.


Habis sekolah langsung tak ingat bila Hari Guru.Masa drive pagi tadi nak gi office baru terdengar si JJ berceloteh pasal Hari Guru.La,hari ni HARI GURU ke?Bertanya sendiri sambil menepuk dahi.Ewah,ayat penulisan gitu.Rindunya zaman sekolah tapi tak rindu zaman kena buli.Benci.


Kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar Nazirah Binti Ahmad di Tadika Kemas,Sekolah Rendah Kebangsaan Yahya Awal,Sekolah Rendah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2 dan Sekolah Menenah Kebangsaan Bandar Baru UDA.Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU.Mungkin tiada hadiah dari saya kerana kalau dikira-kira nak bagi hadiah kepada semua cikgu dari tadika hingga sekolah menengah mau kena wat part time cuci lantai McDonald's selama sebulan.


Walaupun tanpa hadiah kain batik dan tuala tetapi saya tetap mendoakan kesejahteraan cikgu-cikgu sekalian.Eh,saya pernah hadiahkan kotak tisu ke??Terima kasih kerana mengajar saya tanpa mengenal erti penat dan lelah.Kalau tak kerana cikgu,mana mungkin saya belajar sehingga di tiga institut pengajian tinggi.Perdana Menteri pun kalah.=)

No comments: