Ultraman mengangkut 3 anak raksasa yang comel tembam untuk membawa mereka ke Masjid Abu Bakar bagi menyaksikan pernikahan Echa.Semangat gila pukul 8 pagi dah tercegat depan rumah Nad lepastu ambil Dayah dan seterusnya Ika.
Okay,Ultraman yang merangkumi supper serta photographer yang tidak bertauliah tu yang macam datin wanabe,Cik Nazirah Ahmad (married).Thank you.
MASA: 2 petang
LOKASI: DEWAN JUBLI INTAN
Peh,merah menyala!Memang sengaja Ultraman dan raksasa-raksasanya memakai baju berwarna merah agar senang dari jauh orang dah boleh nampak kemunculan kiteorang.Kalah you family pengantin...
Tak makan pun takpe janji gambar memasing mesti banyak untuk tatapan semua.Balik rumah kena gastrik sebab makan ciput je.Padan muka ko!
Dan seperti biasa apabila berada di majlis perkahwinan yang dihadiri oleh rakan-rakan taulan yang sudah lama terpisah dek kesibukan belajar,kerja,berdating dan segala macam hal mulalah memasing kena sawan kamera.Pantang nampak kamera nak menyelit je.Dalam kamera aku ada 300+ photo but 80% memang gambar kiteorang.Gambar pengantin ciput je tapi takpe,dia ada official photographer boleh begambar sakan. Balik dari majlis Echa pukul 5.30 petang.Penat sangat.
TARIKH: 23 Mei 2010,Ahad
MASA: 10 pagi
LOKASI: OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
Sumpah memang aku dah tak larat nak pergi kelas but,aku gagahkan jugak because ni 1st tutorial for May semester.Kelas sampai pukul 4.30 petang non stop.Hamek ko tadah telinga!
MASA: 5 petang
LOKASI: LEISURE MALL
Kononnya nak berdating berdua je dengan Faizal tapi,cousin-cousin dia ajak tengok movie jadi untuk kedua kalinya aku menonton ROBBIN HOOD dengan mimik muka yang separuh bosan kerana dah hafal skrip.Isy,dari pagi tak makan lagi ni tapi Faizal kata sabar..'Malam ni kan nak makan besar'.
MASA: 8 malam
LOKASI: DEWAN MAWAR
Balik dari Leisure Mall terus salin baju bersiap bagi menghadiri persandingan Echa di pihak lelaki.Ika,Nad dan Dayah pergi saing jadi terpaksalah aku dengan Faizal tunggu diaorang.Aku memang hangin bila tunggu orang lelama ni pulak perot tengah lapar lagi.Janji pukul 8 malam tapi diaorang sampai pukul 9.15 malam.Isy..isy..cobaan.
Muka tetap control ceria padahal penat dari semalam tak habis lagi tambahan pulak perot berkeroncong lagu YOU MAKE ME SMILE.
Memang kiteorang nampak birulah sebab dari jauh dah boleh nampak kelip-kelip.Agaknya tetamu yang lain menyirap je tengok kiteorang yang sumpah buat macam majlis kawin sendiri menyemak nak bergambar dekat tengah jalan.Excuse me.
Seperti biasa,mintak berkat jadi kena duduk dekat tengah-tengah agar segala berkat dari pengantin lelaki dan perempuan terus menyerap dekat aku.
MASA: 5 petang
LOKASI: JUSCO TEBRAU CITY
Raksasa aku yang bernama Nad asyik tanya bila nak bawak dia berjalan sebab kepala otak dia dah tepu dengan keadaan Pekan Segamat.Kerana tak sampai hati asyik memungkiri janji maka balik dari kerja Ultraman gagahkan jugak membawa raksasa Nad dan Ika pergi berjalan.Kebetulan 30 Mei Ika konvo so,Ultraman membelanja mereka makan sebagai hadiah convocation Ika.
Muka puas dapat berjalan.
Raksasa riang yang teruja dapat makan
TARIKH: 26 Mei 2010,Rabu
MASA: 5 petangLOKASI: CITY SQUARE
Asalnya mau menjadik co-pilot Nad untuk mengajar dia menuju ke Landmark sebab raksasa sorang ni practical dekat situ.Tapi,amat malang kerana baru Ultraman nak berehat bersama KitKat boleh pulak kereta Nad buat hal tak boleh start.Sengaja tau!Biasalah,raksasa pun pandai menangis jadi terpaksalah Ultraman memulakan tugas bagi memujuk dia menenangkan pikiran untuk memakan Mcdonals.
TARIKH: 28 Mei 2010,Jumaat
MASA: 3 petang
LOKASI: CITY SQUARE
Sempena meraikan Wesak Day,sekali lagi aku menghabiskan masa bersama raksasa bernama Nad untuk menonton wayang dan memakan Sushi King.Memang heavenlah sebab dari last week tekak aku teringin bedal sushi.Ni Faizal takde dekat JB bolehlah aku jadik Ultraman bujang.Tapi,hari ni kaki aku kejang tengok si Nad drive.Belum pernah aku dengar orang yang dah 5 tahun ada lesen tak geti tengok side mirror.Wey Nad,ko bagi jela aku upah gerenti aku bawak ko round satu JB.