Tuesday, April 20, 2010

BARAH DAH MEREBAK

Aku tau korang geli tengok gambar-gambar aku ni sebab aku sendiri pun tengok macam geli-geli jelly siap nak buat muka sweet lah kononnya tapi takpe memang tuan empunya blog menggunakan wajah sendiri bagi membolehkan segala penyampaian dapat disampaikan dengan cara yang berkesan dan telus.


COP,asal ayat aku macam YB nak bagi ucapan ni??Dah,ignore je.


Aku tak tau lah samada aku sorang ada penyakit barah ni or wanita-wanita diluar sana juga mempunyai barah yang serupa dengan aku.Ye,BARAH.CANCER in inglish.Kalau bahasa cina aku tak tau lak cakap ape?BARAH BERGAMBAR ye pompuan bukan barah hati atau barah kulit.Aku diagnosis sendiri diri aku mempunyai BARAH BERGAMBAR kerana pantang jumpa kamera mesti nak berposing.Ko tengok gambar yang ketiga tu,tak ke rasa nak lempang-lempang buat mulut terjuih macam nak cium orang.Ye,sedar diri pun.Aksi sebegini memang dimana-mana boleh berlaku..dalam kete,dalam bedroom bahkan dalam toilet pun boleh janji ada kamera dah cukup.
Cuba tengok dekat mukabuku dan ruangsaya,berapa ramai wanita menggunakan gambar yang diambil oleh diri sendiri samada dengan kamera telefontangan atau kamera kompak?Yang tak boleh blah siap bergambar depan cermin membuat aksi gersang.Terseka mak!!Ye,tuan empunya blog juga menggunakan gambar yang diambil sendiri menggunakan SLR dengan theme 'lihatlah rambut ku,cantik kan'.Pegi tengok sekarang.
Muka ala-ala bangun tido selalunya menjadi pilihan untuk dijadikan profile picture.Takpun muka ala-ala honey,im so cute tapi caption tulis why im so ugly?Huhuhu..benar sungguh kata Hatim,orang spesis sebegini kita patut comment je..yes,you are so ugly dear.Terdiam jap kengkawan comment macam tu.Lepastu mulalah reply balik ade aku kesah??!!muka aku,biar lah.Hahaha.Tersentap.
Tak salah sayang ko nak beraksi comel sekalipun sebab kamera ko tapi make sure bila beraksi di depan kamera pakaian ko tak terlalu menjolok mata serta tekak sang arduna yang melihat sebab teknologi sekarang makin canggih.Takot-takot muka ko jadi display picture dekat web porn je.Ko nak macam tu??Orang zaman sekarang suka je ambil kesempatan.Lagi-lagi dengan adanya mukabuku tu senang-senang orang nak copy paste gambar ko.Ni kalau ko letak gambar ntah pape ntah pandai pulak marah bila orang lain sabotaj.
Akhir kata ye,ni semua adalah peringatan sesama wanita sebab aku sayang semua wanita-wanita di dunia.Amboi comel aku berkata.

2 comments:

Unknown said...

tempat aku penyakit ni dipanggil sawan lens. tala je lens kat muka gerenti muka senyum tangan wat peace.mcm haram hahaha

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

hahaha..tau xpe.
trademark tu bai.