Sunday, August 22, 2010

REPEKAN KU TERLAHIR GURINDAM

Kenapa dalam diri engkau selalu ada hasad dengki?
Kenapa dalam diri engkau selalu ada perasaan cemburu?
KERANA DALAM FIKIRAN TERTANAM SIFAT BENCI.
Kasihannya engkau,dalam hati selalu memberontak.
Kasihannya engkau,dalam hati selalu berdendam.
Sungguh kasihan engkau,kerana hati sentiasa busuk.
Menangislah engkau setiap hari,
Memendam segala ketidakpuasan hati,
Ada saja hendak dikelahi,
Mengungkit segala kisah azali.
Aduhai,untuk apa diingati?
Sedangkan engkau sudah memiliki.
Letihnya mendengar cerita,
Kerana setiap hari adalah sama.
Teruskan hidupmu wahai manusia,
Jangan diingati segala memori,
Kerna engkau akan sakiti,
Melihat yang lain bahgia sekali.
Cubalah belajar untuk menghargai,
Di depan mata sudah memadai,
Apa lagi hendak dimarahkan lagi,
Sedangkan dia cinta sejati.
................................
Kasihannya dia kata si cinta hati,
Kerna dirinya masih dibayangi,
Buat apa meneruskan ikatan lagi?
Jika hati sentiasa tidak mempercayai.

Kesian terima kasih kerana sudi membaca repekan ini.Entah bila idea mendatang.Tanpa sedar mengisafkan diri.Supaya lebih menghargai insan-insan yang dikelilingi.BERSYUKURLAH DENGAN SEGALA NIKMAT YANG DIBERI.

Friday, August 20, 2010

SUJUD SYUKUR DEPAN LAPTOP

Seorang anak gadis yang sedang duduk di depan laptop sambil menghirup milo panas tiba-tiba menjerit kegembiraan apabila melihat setiap butir patah perkataan yang terpampang di skrin laptop.Sedangkan pada saat itu penghuni rumah yang lain sedang nyenyak tidur menantikan waktu untuk bersahur.Tangisan kegembiraan yang jelas kedengaran membuatkan ibu tercinta terbangun dan bergegas meluru ke arah anak.'Kenapa ko dik?!'

Dengan keadaan diri yang tak terurus selama beberapa bulan di samping mengalami tekanan maha hebat untuk memulaukan segala macam bentuk aktiviti yang membuang masa dari menyiapkan thesis.Akhirnya,segala kepayahan itu berbayar apabila thesis aku mendapat A.A you know bukan E.Jikalau korang rasa iri hati dan berpendapat tak perlulah aku poyo-poyo nak hebah di blog ini.Mari sini aku cakap,ini thesis bukan test sekolah rendah ye adik-adik maka,sekiranya aku terlalu gembira rasa macam nak masak maggie sambil berbogel itu boleh dikatakan perlu.

Syukur kepada Illahi dan terima kasih yang terhingga kepada ibu bapa yang tercinta kerana bersusah-payah bersekang mata di tengah malam menjawab questionnaire anakmu ini.Tidak lupa kepada bestfriend forever aku Cik Nurul Nadiah Mohd Noor yang banyak membantu meringankan beban dengan mencari article yang berkaitan.Kepada Encik Faizal,terima kasih membawa saya keluar dating bagi menghirup udara yang nyaman di saat keadaan diri umpama zombie taman munsyi.Akhir sekali,terima kasih kepada keluarga serta rakan-rakan yang sudi menjawab questionnaire Zirah walaupun dengan menggunakan pensil Old Town White Coffee.Sayang semua.

Wednesday, August 18, 2010

MENGERTILAH DAN KETAHUILAH

WAHAI LELAKI,

MENGAPA KAU KEMBALI LAGI,
SEKADAR MENGANGGU DIRI INI,
MEMBERI SMS DI MALAM HARI,
UNTUK BERKONGSI SEGALA MEMORI.

MAAF,SUDAH LAMA KU BENCI,
SAMA SEKALI TIDAK AKAN PEDULI,
APATAH LAGI UNTUK INGATI,
SEGALA KENANGAN YANG KITA LALUI.

BERTAHUN AKU MENYESALI,
SEGALA KESILAPAN YANG TELAH DILAKUI,
AKU MENGKHIANATI CINTA SEJATI,
SEDANGKAN SI DIA SETIA MENANTI.

WAHAI LELAKI,

ANTARA KITA TIADA JANJI,
UNTUK SEHIDUP DAN SEMATI,
TIDAK MUNGKIN AKU KEMBALI,
KEPADA KAU YANG SELALU MENDUSTAI.

................................................................

CUKUP!CUKUP!CUKUP!SAMPAI DI SINI,
HARAP KAU AKAN FAHAMI,
BAHWA AKU TIDAK AKAN MENOLEH LAGI,
TIDAK MUNGKIN SESEKALI....

Thursday, July 15, 2010

WAKTU YANG SANGAT KRITIKAL

Diharapkan semua dapat bertenang dan menunggu cerita-cerita Cik Z dengan penuh kesabaran yang jitu memandangkan Cik Z sedang berhempas pulas menyiapkan thesis beliau.Sama-samalah mendoakan kesejahteraan Cik Z agar tidak mengalami depresi atau tekanan yang melampau.Memang agak drama apabila diberi assignment memadah buntu tak tahu nak buat padahal malas.

Apabila cubaan menyiapkan thesis di dalam bilik tidur selalunya terkandas di atas tilam yang empuk maka,back-up plan harus ada bagi menghindarkan diri dari terus hanyut dibuai mimpi dengan menukar lokasi yang lebih strategik iaitu McDonald,Im love it!!

Sumpah lebih rela mengadap laptop dari melihat aksi-aksi manusia makan burger siap titisan peluh di muka.Cis,hilang selera.

Thursday, July 1, 2010

PUTEH

Post sebelum ini sudah heboh satu kampung bahawa anak Pak Mat gi fashion show.Peh,memang wartawan hiburan tak boleh lawan wartawan kampung aku.Ingat takde orang nak baca rupanya segala informasi mendapat perhatian.Wah,kepoh gitu..

Terima kasih kepada Rizalman dan staff beliau yang sangat friendly.Teruja okay jumpa dia.Nasib lelaki,kalau perempuan dah lama peluk.Ceh.


Ni bukti mak dapat undangan.

Mula-mula memang sangat malu anjing sebab sampai je venue terus kepala stuck tak tau nak pergi mana.Nasib ada Datin X yang baru tiba dengan anak-anak daranya yang sebijik macam 'Alice' dalam cerita Alice In Wonderland.Sumpah memang ingat Alice tersesat sampai ke Malaysia.Aku yang sememangnya pemalu (pemalu ke?) ni ikot jela bontot kemana Datin X tu pergi sampai one of the Alice toleh ke arah aku dengan wajah yang ke-Red Queen-an.Alamak,dia marah lah.
One of the staff asked me which i invited by Rizalman or Puteh?Then,i said Rizalman.Masuk je main entrance terus terharu macam nak nangis pinjam bahu Datin X because Rizalman bagi seating area special for the bloggers.Not only me but there are 17 lucky bloggers seat at the front row.Jawab ko!Datin X dengan Alice pun setakat duduk belakang.
Duduk penuh ayu gitu untuk menjaga tertib.Lepastu mulalah..Eh,Datin Nina Juren lah..Hah,Pn Wirda Adnan pun ada.Yang tu macam Dayang Nurfaizah..dalam hati sumpah memang sangat excited tapi pura-pura cool tidak mau dibilang riuh.Tapi,tak sampai 20 minit laju je tangan hamek kamera gedabak yang tersembunyi di dalam handbag untuk merakam aksi.Takot nanti menyesal di kemudian hari.

VIP

Antara koleksi PUTEH yang bisa membuatkan pereka lain makan hati.Sumpah yang baju berwarna hitam tu menjadi pujaan.Kalau pakai di hari raya mau tak tukar 3 hari berturut-turut.


Actually banyak lagi gambar tetapi senjaga tidak di upload.Kalau nak tengok add lah aku di facebook ye.

Tuesday, June 22, 2010

OOPSS!!! I DID IT AGAIN

BERITA TERKINI
Pada 17 Jun Khamis petang seorang wanita montel gebu mengandung yang sedang memandu SLK berwarna silver telah bergesel dengan sebuah treler di lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Bandaraya Johor Bahru.Wanita tersebut tidak keseorangan tetapi ditemani oleh seorang wanita yang bergelar emak.
BERITA SELANJUTNYA....
Semasa kejadian,wanita mengandung ini telah memberi signal untuk ke line sebelah kanan akan tetapi treler di belakang telah membunyikan hon dengan begitu kuat sekali Tinn!!!!!!Tinnn!!!!!Driver itu pun menjerit 'Oii,tepilah!!!!Treler aku banyak besar mana boleh break ini macam!!'.Eh,tipu.
Tetapi,wanita mengandung yang sangat yakin tawaduk fatonah akan kemampuannya untuk menyelit di hadapan treler telah tersalah kiraan apabila dengan bangga smoothnya treler itu mengesel kereta tanpa belas kasihan.
Wanita mengandung hanya mampu mengucapkan 'OMG!!OMG!!My baby!!'.Wah!!class gitu terkejut pun siap speaking London.Manakala emak di tepi terkejut sambil menoleh 'Ha ah!!!'Kita lihat siapa yang kena!.Double tipu.

Alhamdulillah,sangat bersyukur wanita yang bermula dengan huruf F bukan nama sebenar serta emak selamat dari mengalami sebarang kecelakaan dari segi fizikal mahupun mental.

Selepas kejadian,emak menelefon abang Jambu untuk menolong menukarkan tayar kereta yang telah pancit.

Balik rumah cepat-cepat tunjuk jari 1,2,3,4,5.Yes,konfem mereka semua okay.
Akan tetapi,pintu kereta sudah boleh dijual sebagai besi buruk.Bak kata abang Jambu 'Ooo..i malu okay.Sangat loser drive kereta sport dengan tayar spare'.Triple tipu.

ULASAN DARI PEMILIK KERETA

'Wah!!!tak sangka kakak sponsor rim baru'.