Friday, August 20, 2010

SUJUD SYUKUR DEPAN LAPTOP

Seorang anak gadis yang sedang duduk di depan laptop sambil menghirup milo panas tiba-tiba menjerit kegembiraan apabila melihat setiap butir patah perkataan yang terpampang di skrin laptop.Sedangkan pada saat itu penghuni rumah yang lain sedang nyenyak tidur menantikan waktu untuk bersahur.Tangisan kegembiraan yang jelas kedengaran membuatkan ibu tercinta terbangun dan bergegas meluru ke arah anak.'Kenapa ko dik?!'

Dengan keadaan diri yang tak terurus selama beberapa bulan di samping mengalami tekanan maha hebat untuk memulaukan segala macam bentuk aktiviti yang membuang masa dari menyiapkan thesis.Akhirnya,segala kepayahan itu berbayar apabila thesis aku mendapat A.A you know bukan E.Jikalau korang rasa iri hati dan berpendapat tak perlulah aku poyo-poyo nak hebah di blog ini.Mari sini aku cakap,ini thesis bukan test sekolah rendah ye adik-adik maka,sekiranya aku terlalu gembira rasa macam nak masak maggie sambil berbogel itu boleh dikatakan perlu.

Syukur kepada Illahi dan terima kasih yang terhingga kepada ibu bapa yang tercinta kerana bersusah-payah bersekang mata di tengah malam menjawab questionnaire anakmu ini.Tidak lupa kepada bestfriend forever aku Cik Nurul Nadiah Mohd Noor yang banyak membantu meringankan beban dengan mencari article yang berkaitan.Kepada Encik Faizal,terima kasih membawa saya keluar dating bagi menghirup udara yang nyaman di saat keadaan diri umpama zombie taman munsyi.Akhir sekali,terima kasih kepada keluarga serta rakan-rakan yang sudi menjawab questionnaire Zirah walaupun dengan menggunakan pensil Old Town White Coffee.Sayang semua.

1 comment:

ctpayong said...

ishh..ko dah ilang akal pe masak maggie sambil berbogel. ghentikan idea hamlau ko tu. anyway congratulation!!!