Sunday, August 22, 2010

REPEKAN KU TERLAHIR GURINDAM

Kenapa dalam diri engkau selalu ada hasad dengki?
Kenapa dalam diri engkau selalu ada perasaan cemburu?
KERANA DALAM FIKIRAN TERTANAM SIFAT BENCI.
Kasihannya engkau,dalam hati selalu memberontak.
Kasihannya engkau,dalam hati selalu berdendam.
Sungguh kasihan engkau,kerana hati sentiasa busuk.
Menangislah engkau setiap hari,
Memendam segala ketidakpuasan hati,
Ada saja hendak dikelahi,
Mengungkit segala kisah azali.
Aduhai,untuk apa diingati?
Sedangkan engkau sudah memiliki.
Letihnya mendengar cerita,
Kerana setiap hari adalah sama.
Teruskan hidupmu wahai manusia,
Jangan diingati segala memori,
Kerna engkau akan sakiti,
Melihat yang lain bahgia sekali.
Cubalah belajar untuk menghargai,
Di depan mata sudah memadai,
Apa lagi hendak dimarahkan lagi,
Sedangkan dia cinta sejati.
................................
Kasihannya dia kata si cinta hati,
Kerna dirinya masih dibayangi,
Buat apa meneruskan ikatan lagi?
Jika hati sentiasa tidak mempercayai.

Kesian terima kasih kerana sudi membaca repekan ini.Entah bila idea mendatang.Tanpa sedar mengisafkan diri.Supaya lebih menghargai insan-insan yang dikelilingi.BERSYUKURLAH DENGAN SEGALA NIKMAT YANG DIBERI.

No comments: