Showing posts with label blank. Show all posts
Showing posts with label blank. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

TORA DATANG LAGI

Mak aiii...lama benar I tak publish new post.Hidup mengalahkan Lady Gaga kemain busy lagi dier.Last post I bulan April,ni skang dah nak masuk bulan Ogos means lebih kurang 2 bulan lebih ke arah 3 bulan I takde pok pek pok pek dekat blog.Kalau ikotkan banyak je I nak story morry dengan u'oll but,selalu niat murni ini akan tercemar dengan lambakan kerja so,memang tak dapatlah den nak menolong.Yang lagi loser bila I sign in blogger sepatah haramm icon publish new post takde appeared dekat dashboard I.Mengelabah telefon sana sini tanye apehal I nye blog tak bleh post pape?Jawapan yang I terima semua orang soh setting blogger semula even actually I menggunakan Blogger in draft ye tuan-tuan dan puan-puan.


Okaylah,after dipikirkan dan dipertimbangkan I sangat konfiden try click sana click sini macam software engineer lagaknyer sehinggalah........Hye!!!Im back!Gempak siot boleh setting sendiri tapi adatlah harus ada kecacatan because my blogger back to old version.Huwaaaaaaa T_T Orang lain dah maju dashboard semua version orange + gray tapi, I terpaksa gunakan version yang colour biru + hijau + coklat cair + putih.Cis!sakit mate tengok colour berselerak ni semua.


Its okay la as long I masih boleh pok pek dekat sini.Insyaallah jika di izinkan Allah S.W.T I akan bercerita dan terus bercerita sampai mulut korang bernanah nak membaca.Tapi,sebelum itu marilah kita bersama-sama menghayati gambar pemandangan di Kota Bandung yang sempat I snap pada pukul 5 pagi.








P/S: Di dalam hidup,jangan takut untuk mencuba kerana belum cuba belum tahu.Pesanan ini ditaja oleh Nazirah Ahmad.



Tuesday, October 26, 2010

REVOLUSI

Semangat mengupdate blog berada di tahap yang tidak memberangsangkan sejak dua tiga menjak ni disebabkan bila view page orang lain semua advance upload gambar siap ada ruang untuk caption ngan tulisan pun boleh strikethrough.Yang tak bleh blah, ibu yang baru setahun jagung kenal blog pun page dier ngalahkan orang yang dah 2 tahun ada blog.Sekarang kalau aku tanya "Eh ibu macamana ibu buat page macam ni,macamana nak buat link macam tu?'.Jawab ibu,'Alah Za,senang jela.Za pergi kat sini blah blah blah'Wah,mantappp seh!!!Aku ajar ibu register blog pun dier terkial-kial lagi skang dier pulak 1000 tapak ke depan.Bravo ibu.

After berbual dengan ibu terus aku mengadap skrin computer.Otak ligat berpikir 'Wey,tak bleh jadik ni..Aku dah boleh masuk kategori AKU-JAUH-KETINGGALAN'.So,perkara pertama adalah aku wajib khatam home page blogger.Aku baca lah dulu apa yang patut walhal selama ni aku tak amek kesah pun apa yang dorang tulis.Kalau dorang kata klick 100 kali boleh dapat voucher Pizza Hut $50 sumpah aku lah orang terakhir yang tahu.Explore punya explore baru aku jumpa apa yang nak dicarik.Tak sampai 5 minit okay aku upgrade ke version Blogger In Draft.Ya Allah!!Ko ampunilah hambamu ini.Ko dekat 2010 blog still version sekolah pondok.'____' 

Ashu...Ashu..benda simple pun taktau..Isy isy isy

Wednesday, September 8, 2010

LAPANNINESEPULUH

Perasaan sekarang sedang bercampur baur antara rajin bekerja dan malas memandangkan orang lain sudah mula bercuti untuk menyambut aidilfitri sedangkan aku gigih bekerja hingga ketitisan peluh yang terakhir.Walaupun setiap hari selang beberapa jam emak pasti akan menelefon bertanya lokasi anak kesayangan untuk membantu menyiapkan kuih tart tetapi di saat lagu raya berkumandang tiada apa yang dapat digambarkan melainkan perasaan sebak terasa seperti di oversea.Cis.

Kegembiraan untuk menyambut hari raya pada tahun ini tidak segembira tahun-tahun sebelumnya.Mungkin diri sudah gatal dah tak sabar nak duduk atas pelamin agaknya.Lempang laju-laju baru tau.Setiap hari pasti mengira berapa hari yang tinggal untuk ke second stage.Gasak kau lah memang tak menyabar.

Tapi,di saat memikirkan hari pertunangan yang bakal menjelma baru tersedar date pada hari ini sangat cantik 8.9.10. Semasa memilih date pertunangan lupa pulak dengan 8.9.10,kalau tidak pasti sudah save 2k untuk menjamu tetamu di waktu lunch.Menteri kewangan sungguh aku ni.Papepun,kepada mereka yang menyambut hari lahir pada hari ini terutamanya NURUL WAHIDA BT.ROSLI,HAPPY BIRTHDAY!

Sunday, August 22, 2010

REPEKAN KU TERLAHIR GURINDAM

Kenapa dalam diri engkau selalu ada hasad dengki?
Kenapa dalam diri engkau selalu ada perasaan cemburu?
KERANA DALAM FIKIRAN TERTANAM SIFAT BENCI.
Kasihannya engkau,dalam hati selalu memberontak.
Kasihannya engkau,dalam hati selalu berdendam.
Sungguh kasihan engkau,kerana hati sentiasa busuk.
Menangislah engkau setiap hari,
Memendam segala ketidakpuasan hati,
Ada saja hendak dikelahi,
Mengungkit segala kisah azali.
Aduhai,untuk apa diingati?
Sedangkan engkau sudah memiliki.
Letihnya mendengar cerita,
Kerana setiap hari adalah sama.
Teruskan hidupmu wahai manusia,
Jangan diingati segala memori,
Kerna engkau akan sakiti,
Melihat yang lain bahgia sekali.
Cubalah belajar untuk menghargai,
Di depan mata sudah memadai,
Apa lagi hendak dimarahkan lagi,
Sedangkan dia cinta sejati.
................................
Kasihannya dia kata si cinta hati,
Kerna dirinya masih dibayangi,
Buat apa meneruskan ikatan lagi?
Jika hati sentiasa tidak mempercayai.

Kesian terima kasih kerana sudi membaca repekan ini.Entah bila idea mendatang.Tanpa sedar mengisafkan diri.Supaya lebih menghargai insan-insan yang dikelilingi.BERSYUKURLAH DENGAN SEGALA NIKMAT YANG DIBERI.

Monday, January 25, 2010

PUTIH SANGAT BERNILAI

After 3 hari kemangkatan Sultan Johor yang ke-4, Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail semua rakyat Johor masih sedih dan merasai pemergiannya.Tak kira kaum Melayu,Cina dan India semua berkabung dimana lelaki melayu memakai songkok dengan lilitan putih,wanita melayu memakai tudung putih dan bangsa lain memakai lilitan hitam disebelah lengan kiri.Rakyat Johor diwajibkan untuk berkabung selama 7 hari makanya hingga Sabtu depan la.Tu pun tak geti kira.
Time nie lah makcik2 jual tudung untung besa sebab semua tudung putih laris dijual.Alhamdulillah.Ramai btol yang bertaubat (temasuk aku nie hah).Tak kesah lah ko nak jenis tudung ape pun...jenis Mawi Siti Manohara Ekin Wardina semua licin disapu dek wanita2 muslim. Harga jangan cakap la...dari rm100+ hingga rm8 pun menjadik pilihan.Mengikut kajian aku selama 2 hari di beberapa tempat,dimana hari pertama makcik2 jual tudung ni telah menjual lebih kurang 30-50 helai tudung putih sahaje.Ko tengok...Mane tak aku kate dorang memang untung besa.Jeles.Nape aku nak wat survey plak? Ye ar,sebab aku pun sebok carik selendang putih.Hehehe..
Empat kali aku tawaf Plaza Angsana tu carik selendang jenis Siti.Masuk kedai tak sempat nak tanye dorang siang2 dah cakap klo akak carik tudung warna lain semua ada kecuali warna putih.Em,ok.Aku pun mula lah wat muka 'eh sape nak beli tudung warna putih?acehh' belek tudung warna lain konon2 bukan putih yang aku carik.Hakhak.. Tapi,nasib baik memang dalam simpanan aku ade beberapa helai tudung putih yang masih putih bersih dan suci since sekolah menengah lagi.Selendang Siti tu aku saje je nak wat koleksi.Gatal,time selendang tu baru kuar taknak plak ko pandang.Time nie jugak la kedai barang hantaran kawin buat side income dengan pasang lilitan putih di songkok dengan charge dikenakan rm2-rm5.Untung2..Klo mak aku wat tak sampai pun rm2.Dier amek je kain baju sekolah lama aku pastu gunting-lilit-jahit-siap.Kan sangat mudah tu.
Dah2...jangan aku nak sebok nak kire bape income makcik jual tudung untuk minggu nie.Baik aku sebok becerita gelagat budak2 yang pendek akal bila menggayakan tudung dan songkok.Ok kanak2.Ko tau kan skang Johor nga minggu berkabung?Tau kan??Tau ke tak tau???OK..ko tau.So,tak boleh ke ko pkai elok2 skit?Aku trus terang aku bukanlah wanita yang bertudung tapi sebagai rakyat Johor yang menghormati Sutannya aku tetap pkai tudung siap berpin untuk kekemasan (semoga mendapat hidayah suatu hari nanti).Ni ko budak lelaki pkai songkok tapi pkai short pants ape kes??Pastu ade lak lilit je tali putih kat dahi.Tu fesyen ape plak??Aku tau lah ko taknak cemarkan rambut ko yang tajam macam duri landak tu tapi tak boleh bepikir ke?Yang pompuan,aku tau ade yang lum besedia nak pkai tudung ngan nak cantik sentiasa tapi ni pkai selendang siap dengan skirt pendek.Ko giler ke ape??Rizalman tengok pun mengucap panjang.Tak salah kan ko pkai selendang tu ngan baju lengan panjang dan suar panjang??Selama nie ko lahir memang trus pakai skirt je ke??Klo pkai suar panjang npe ko kena sakit kulit??Tak paham aku..Tu ade aku jumpe wat lilitan putih lak kat lengan kiri.Sayang...ko kan pompuan melayu.Dah sah2 kenyataan dikuarkan bahawa pompuan melayu kena pkai tudung putih.Nie muke jawe ade hati nak pkai lilitan kat lengan..Eh,aku tengok plak rase nak pegi saman.
Erm,da lah,aku tak nak membebel.Kang aku plak yang sakit atie.Korang pikir sendri lah ok.Klo ade tekasar bahase aku mintak maaf.Renung-renungkan dan selamat beramal.

Saturday, January 9, 2010

BLUR

I have no idea to post entry,Give me more and more time to find new idea.Here, i put my picture.Mana tau korang rindu aku.Hakhak..


Sunday, June 14, 2009

AKU + BLANK

Eh,susahnye carik idea.Bukak blogger bace post sendri,tapi xtau nak tambah ape lagi.Ni aku tetibe memujuk diri.Ringankan jari taip sesuatu yang tak pasti..Eh,ape aku merepek nie??Ok lah,aku memang tengah buntu.Bukan buntu sebab lelaki tapi buntu sebab assignment tak buat lagi.Isyhh,ni malas aku nak start nie.Sebab korang hanye bleh simpati.Tapi,memang aku sakit x teperi ngadap assignment yang menuju puncak tinggi.K,dengar la sni...Aku ada 2 assignment yang memang bleh wat aku mati..1 management 1 english.Nanti..Jangan trus kate senang nak mati sebab bukan korang yang harungi..Emm,topic yang diberi memang la susah nak mati.First,aku kena wat report,pastu speech.Tu aku xkesah lagi..Yang paling aku kesah lastly kne present.Bencinya macam nak membunuh diri.Aku xsuka bediri sendiri.Malu aku nanti.Ngadap mereka,memberi explanation oleh aku yang keding ni.Mak aiii,lemahnye kaki.Aku menghitung setiap hari,sebab deadline 2 Ahad lagi.Tidakkkk!!!!Otak aku da xbleh nak befungsi.Untuk huraikan masalah dunia yang satu ni.Arghhh!!!da la,aku mau pergi.Pergi untuk bermimpi.Assignment akan aku pikirkkan nanti.Sekejap.Hari esok aku kena hadapi.Hadapi realiti.