Monday, January 14, 2013

DUNIA BARU KATENYER

Opocot!!Melatah katenyer...Last post tahun 2011?Seriously?Wow!Kagum dengan diri sendiri boleh berhenti berceloteh selama setahun lebih.Ni kalau tinggalkan rumah bukan setakat bersawang,frame pintu pun dah selamat dimakan dek anai-anai.I ni actually bukannya merajuk,takde masa u know.Banyak benda berlaku sepanjang setahun lebih I mendiamkan diri...ecehhh ecehh ayat artis sangat.

I dah jadik isteri orang uolls!Ok,lupe plak semua dah tahu but,ni mesti korang excited!!Jeng jeng....I dah jadik mak orang.Taraaaaaa!!!!Ok,loser.Heh,bukan senang tau jaga baby thats why la I kekurangan masa nak mengadap blog.Kalau rajin membebel,confirm duit I banyak masuk macam Si Hanis Zalikha tu.Serious,I memang takde masa.Kalau ada masa pun I buatkan takde masa sebab 3 bulan after gave birth I letih teramat.Every night berjaga sampai ke pukul 4-6 pagi because my baby jenis yang berjaga malam.So,tune waktu tido I pun dah kelaut biler pagi terpaksa qada' waktu tido.Now,my baby dah nak masuk 5 month Alhamdulillah waktu tido pun dah cantik je.

Ape lagi ek I nak cerita?Kalau ikotkan nak cerita banyak je tapi,kita ni kalau dah namanyer excited sangat,cerita yang tak berfaedah pun nak diceritakan jugak.Jadik,apa kata tunggu jela my next post ape yang terlahir kat otak.Adios.


Friday, September 23, 2011

JANGAN KATAKAN PEROT JESSICA ALBA,PEHA VICTORIA BEKHAM PUN TAK NAMPAK BAYANG

Every raya memang tak lengkap sekiranya tak beraya dengan gediq-gediq I.Dah macam kewajipan we all akan spent time together untuk beraya ke rumah kengkawan yang lain.Berbeza dengan tahun-tahun yang lepas,we all hanya peruntukkan sehari untuk beraya ke rumah kengkawan tapi pada tahun ini semua menggediq nak beraya sakan hamekk ko 2 hari berturut-turut habis hilang kisah nak berdating di hari Ahad petang.

Terus terang menu hidangan pada tahun ini adalah sangat mencabar bagi diri I memandangkan selama sebulan berpuasa,I menjalani diet pemakanan menghindari segala menu berunsur kolestrol yang tinggi walaupun kadang-kadang tersungkur jugak tapi tetap dalam kuantiti sedikit bagi mendapatkan perot flat Jessica Alba di dalam filem HONEY.

Hari pertama,permulaan menu adalah hidangan nasi himpit dan kari ayam di Majlis Pertunangan Maisarah & Khairul.Selamat Bertunang u'oll semoga ikatan terjalin hingga ke jinjang pelamin.Amin.Seterusnya we all redah ke Majlis Perkahwinan Adik Ekin Mawi.Actually I tak kenal pun adik Ekin tu tapi memandangkan dia berkahwin dengan abang ex schoolmate so,datang jela minum air sirap dengan kuih lapis.Selepas berpikir banyak kali at last rumah Shukor sebagai next destination.Mee goreng pedas sebagai hidangan minum petang dimasak oleh girlfriendnya bersama air karbohidrat.Eh eh..salah pulak air karbornat la.Sedapppkan Senah?Hilang kesah diet ko.Tidak lupa jugak spaggeti di rumah Dayah.Walaupun perot dah kenyang,tetap digagahkan jugak menyumbat ke dalam mulut.Kesian pukul 10 pagi Dayah dah message bagitahu dia buat spaggeti jadi agak kurang sopan kalau tidak menjamah walaupun sesudu.Last destination sebagai penutup acara we all pekena Tutti Frutti sempena meraikan Birthday Girl,Cik Zalikha Othman yang ke-24 tahun.HAPPY BIRTHDAY MONSTER.Pukul 11 malam baru balik rumah.Sambung esok.

Sesi bergambar wajib ceria walaupun perot memasing sudah boncit penuh makanan dengan air.


Hari kedua,rumah pertama yang dituju adalah rumah Ika dengan hidangan stew daging dan garlic bread.Dugaan dugaan.Mula-mula I nak menjamah je.Malangnya,daya ketahanan sangat rapuh dengan godaan stew yang panas baru keluar dari periuk mengakibatkan bekas stew licin hanya tinggal kuah.Nafsu tak terkawal bak kata orang tua.Rumah kedua,kunjungan ke rumah bakal mak mentua I.Hidangan kali ini berunsur ala-ala easy simple gitu iaitu hidangan kuih-muih serta air anggur.Selepas 1/2 jam berpok pek,we all meneruskan pula kunjungan ke beberapa rumah kengkawan sekolah dengan menu kuih raya dan disudahi ke rumah Murni dengan menu penutup adalah Mee Rebus Hj Wahid.Gila melantak tanpa was-was.


Dekat mana-mana wajib bergambar tak kiralah tempat,memasing buat macam rumah sendiri tak perasan tuan rumah mengerling di tepi.

Penyudahnya,dalam masa 2 hari berat badan I naik 1.5 kg dan terhasillah extra perot yang comel bernama boncit.Dah!!Dah!!! I nak gi buat sit up dengan jogging ni.Insaf terus.Sape nak buat open house pastikan ada epal hijau sebakul.


Wednesday, August 31, 2011

SALAM LEBARAN & MERDEKA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI and HAPPY MERDEKA DAY to everyone.Dah masuk hari raya kedua baru nak wish,maaf terlambat.Dikesempatan ini,I nak say sorry kepada mereka yang mengenali diri I dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki.Halalkan segala makan minum & duit if I terguna.Sifat manusia tak boleh lari dari melakukan kesilapan.Oleh itu,diharapkan raya kali ini dapat mengeratkan tali silaturrahim disamping bersyukur kerana diberi peluang merasai kemerdekaan yang ke-54 tahun.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!



Seriously,persiapan raya tahun ni tak sehavoc seperti tahun-tahun lepas cuma sehari sebelum raya thats mean esoknyer raya lah kan..pukul 7 pagi tepat I dah bukak mata luas-luas sebab mak dah menjerit sebelum subuh lagi soh bangun kemas rumah.Ewah Mak Yam ni,mentang-mentanglah this year tahun terakhir before I bertukar status memang kaw kaw punye mak bagi arahan keje.Mula-mula dia soh lap tingkap lepastu panjat grill berus kasik bersih sambung lap sliding door bagi kilat nampak gigi disudahi berus lantai depan rumah.Ni kalau mak mentua tengok kagum setahun tak habis pujian sebab menantu da serupa Spiderman.Kecut badan kena air setengah hari.Ingatkan penderitaan berakhir disitu tapi,jangkaan meleset sama sekali kerana mak soh kemas bilik dia dengan bilik tetamu.Adoii,tak kan lah orang datang beraye siap nak menjengah master bedroom plak.Pitam sekejap.

Sambungan di malam raya selepas orang datang bertakbir,langsir bilik masih tak terpasang sebab kain langsir lama benangnya tertetas habis tempat cucuk pin langsir terburai.Masuk semula langsir dalam almari sebab ada orang tu bajet artis takot jari terluka kalau menjahit tercucuk jarum.Oucchhh.

Di pendekkan cerita raya tahun ni sangat ala kadar,

LANGSIR = Pakai yang sedia ada
SARUNG KUISYEN= Last year punya
CARPET= Satu family tak suka carpet jadi tukar dengan alas buluh
BAJU RAYA = Seorang sepasang je
KASUT RAYA = Tak beli,pakai je yang da berlambak atas almari
KUIH RAYA = Beli dekat IKEA,beli dekat kawan & buat sendiri
BARANG KEMAS = Tak minat barang kemas,pakai rantai emas turun-temurun

Walaupun raya ini takde apa pun yang barang baru melainkan baju kurung tapi I tetap happy sebab dapat berkumpul dengan sanak saudara.Maklumlah semua orang duduk jauh-jauh jadi bila hari raya ni la peluang semua orang berkumpul untuk bercerita.Kepada u'oll semua.SELAMAT HARI RAYA SEKALI LAGI.Kalau memandu,berhati-hati dan ingat orang yang tersayang.


Ni baru sikit saudara mara.Muka I memang takde dalam gambar ni sebab terpaksa jadik cameraman.Sedih.


Saturday, August 13, 2011

DAH NAMA PUN BULAN PUASA...SENDIRI MAU INGATLAH

I tau sekarang sudah terlambat 12 hari tapi,takpelah.Bak kata orang at least ingat dari melupai.Oleh itu,dengan ini saya Nazirah Bt.Ahmad ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam yang berada di dunia ini tidak kira samada kita berbeza bangsa,warna kulit,warna mata.Yang penting Islam.Tapi,kot-kot ada segelintir manusia yang beragama lain sama-sama berpuasa.I doakan suatu hari nanti u'oll akan diberi hidayah.Aminnnnn.

Alhamdulillah,hingga ke hari ini I belum ada buang puasa.Kesihatan badan ditahap normal cuma biasalah kadang-kala letih sampai pitam memandangkan cuaca di Johor yang tak menentu.Tengah-tengah panas kang tetiba hujan.Hujan kalau 1-2 jam takpe,ni kekadang tak sempat feel sejuk dekat oversea tup tup eh,hujan dah berenti?Tapi,bagus jugak hujan sekejap-sekejap je takpun pukul 3 pagi baru hujan.Kang kalau setengah hari hujan semua orang layu je nak bekerja.Cuma,sekarang ni I taktaulah samada orang JB perasan ke tidak or I sorang je yang perasan,I rasa tahun ni sangat bersepah bazar Ramadhan.Dimana-mana ada bazar sampai dalam fb siap ada orang list pulak harini nak gi bazar Taman Dahlia,esok BBU,tulat dekat Kampung Melayu seterusnya blah blah.Honestly,I dah 4 kali pergi itu pun sebab nak berjalan buat cuci mata takpun teman kakak I beli kulit ayam.But, seriously kesana kemari I lalu semua bazar.I know lah bazar Ramadhan ni dapat menambah pendapatan sesorang disamping ia jugak dapat mengeratkan silaturrahim.Tapi,actually yang paling penting ia sangat membantu kaum isteri atau wanita dari bersusah payah berperang didapur untuk memasak juadah berbuka.Kaum wanita,anda dipersilakan gantung periuk sekarang.

Berdasarkan dari perhatian I sebanyak 4 kali ke bazar sepanjang bulan Ramadhan ni boleh dikatakan orang Melayu sangat suka membazir.Mana taknyer,selagi nampak makanan semua nak beli.Laksa Johor,roti jala,nasi padang...kang teringat pulak suami suka kuih so,beli kuih sampai tiga jenis.Tu tak masuk bab air.Nampak air kathira Abu Bakar nak beli,nampak air bandung macam sedap pun beli jugak padahal tawar nauzubillah.Yang tak boleh tahan,air sirap limau pun nak beli.Apalah salahnyer amek je limau dalam freeze belah dua,amek pewarna merah,lepastu amek gula pasir tuang air masak.Hamek ko step by step I ajar.Time buka kalau makan sampai habis takpe,ni baru 4 suap dah surrender kenyang.Lepastu baki makanan buang dalam tong sampah.Kakak I lah salah seorang contohnyer,beli kulit ayam dan tongkeng ayam sampai RM4 last-last kucing jugak yang habiskan.Not good,not good..

Tapi,I puji lah emak I sebab tak suka membazir.Ni kira I bagi tips lah untuk u'oll berjimat cermat di bulan Ramadhan.Emak I memang seorang yang rajin memasak dan pandai memasak (Bodek je ni).Oleh kerana emak I seorang wanita bekerjaya maka,selalunya menu berbuka puasa kami sekeluarga adalah sama selama 3 hari berturut-turut; contohnya,haritu emak I masak sambal udang satu periuk besar untuk 3 orang makan je sebab I kureeennng sikit seafood-seafood ni tapi kalau tak habis makan time berbuka simpan dalam freeze,esok panaskan semula...makan lagi.Tak habis lagi,simpan semula...sampai akhirnya I stress biarkan je sambal udang tu terdedah bagi lalat menjamah.Puas hati aku!Lagi satu,emak I memang expert bab mempelbagaikan juadah.Misalannya, hari ni emak beli seekor ayam maka juadah berbuka puasa adalah ayam goreng berempah,ayam masak kari dan kacang panjang goreng bersama ayam.Semua juadah ada ayam,lama-lama muka memasing dah macam ayam.~makan sambil tutup mata.Bagi mereka yang teringin nak berbuka di hotel tapi, bila tengok harga RM80 per person takpe jangan kecewa.U'oll amek je gelas berkaki,bancuh air sirap belah nipis lemon or orange selit dekat mulut cawan lepastu served ajelah dengan murtabak daging pakai garfu dengan pisau. See,dah siap murtabak chop with Island red syrup.Air sirap RM1 + Murtabak daging RM5.Hah,kan dah jimat RM74 dekat situ.Selamat mencuba. 

Papepun,di bulan puasa ni elakkanlah membazir.Mungkin RM20 bagi u'oll adalah nilai yang kecil tapi bagaimana mereka yang sangat daif?Tak salah sekiranya sesekali u'oll nak makan banyak tapi biarlah berpada.Macam juadah I ni...


Ni juadah berbuka puasa I haritu dekat Anjung Tokoh iaitu Laksa Johor, nasi berlauk ayam kari,ulam-ulam,semangkuk puding kastard dan segelas fresh orange.Nampak memang macam bela saka boleh ke habis tapi,Alhamdulillah berkat kesabaran yang jitu wassalam licin semua.Ni bukan makan ikot nafsu ye tapi mengelakkan pembaziran.Ko bayar RM18 makan secara buffet takkan setakat makan karipap je.Ye tak? ;p

Saturday, August 6, 2011

UMPAMA SUDAH JATUH DITIMPA LIFT TERGOLEK PULA DI ESCALATOR

I dari kecik memang hidup penuh dengan cita-cita.Dari cita-cita seorang konduktor bas,doktor,penyanyi...Eh,penyanyi tu bukan cita-cita I tapi cikgu yang memandai letak.Lepastu I pernah bercita-cita jadik fashion designer tapi,hajat tak kesampaian memandangkan cikgu kelas sekolah agama bila tahu I bercita-cita jadik fashion designer terus BOMMM!!!Hamek ko 45 minit satu kelas dengar tazkirah Jumaat pagi dek penangan kertas yang I draw baju kebaya terbelah kain terjatuh betol-betol depan kaki cikgu.So,I surrender terus sebab malas nak dengar soalan cikgu setiap kali masuk kelas 'Nazirah..awak dah pikir masa depan awak?'.Ya Allah..mimpi ngeri 10 tahun then study pulak takde berkaitan langsung dengan fashion so, I meneruskan jugaklah perjalanan hidup yang dah ditentukan Tuhan even masa terluang I memang suka gila babi hutan design baju,colour-colour,photography.Senang cerita I memang suka fashion dan art.

Fashion designer yang I minat dari dulu of courselah RIZALMAN IBRAHIM even berlambak fashion designer dekat Malaysia ni but,I tetap tertunggu-tunggu design from Rizalman.Sometime his design sangat simple but, inilah yang dikatakan Less is More.Betol...adakalanya kita tak perlu bersarat sangat dengan aksesori bagai.Just pakai plain shirt dengan diri yang konfiden pun boleh mengeluarkan Aura Glamour.Okay,coppp!!sebut pasal Rizalman actually sampai sekarang I masih stress.Kalau orang baca status fb I memang tahulah sebab apa but, I still want to share it with you guys.Last year I was invited by Rizalman to his fashion show.Ni kira luck jugak because I cuba-cuba contest at his blog for fashion show PUTEH.This year boleh dikatakan  AFTER-DUE DATE-SLOGAN.Actually,I ter miss his contest but,I never give up.I posted the slogan after 2 hari tarikh tutup.I posted on 12 July dan diernyer fashion show on 17 July at Menara Mustaffa Kamal.I berharap dapat pergi his fashion show untuk menyaksikan dengan dua bjik mata new Bridal Collection and Puteh.Mana tahu kot-kot dier terbaca kan.At last,Alhamdulillah I was invited for the second time personally by Rizalman but,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
I tak pegi!Tragis disitu.Yes my dear,I tak pegi pun his fashion show because I terperasan his invitation after 1 week!!Booooooo.....Time I bace message dier tu I taktau la nak menjerit ke nak nangis or just nak dok mengadap message dier hopefully hanya mimpi.Realitinya,terima jela memang takde rezeki nak pergi tengok.Mungkin next year dier jemput lagi siapa tau kan?

Tapi,betollah seperti apa yang mak kata, I ni umpama sudah jatuh ditimpa lift pulak tergolek di escalator.Amboii,panjang sungguh perumpamaan mak I.Mana taknyer,dah lah I belum habis lagi frust menonggeng memikirkan invitation from Rizalman then,keesokkan hari bila I berjumpa tailor untuk tempah baju nikah lain pulak hal yang terjadik.I semangat design baju nikah sampai 4 design siap ada picture untuk dijadikan reference but, you know what..kain lace yang I beli tak cukup.Damnnnn!!!! I beli ciffon 6 meters,creepe 3.5 meters and lace for border 1/2 meters.I dah agak dah 1/2 meters lace memang tak cukup tapi memandangkan I pergi beli dengan mak memang tak dapatlah I nak berjoli lebih sebab I terpaksa akur dengan perintah mak yang tak bagi membazir duit takot lepas kawin tak pakai lagi baju nikah jadik tempat pembiakan lipas je.Hakikatnya mak cakap  'Dah la dik,habis jugak duit aku ni kang beli kain baju nikah ko je sama dengan sebulan gaji ko.' '__'

Selepas tambah tolak bahagi darab lace yang ada confirm memang tak cukup so,nak taknak I terpaksa jugak pergi beli lace yang sama dekat Jakel JB untuk buat tambahan mana yang perlu.Triple stress bila dah sampai Jakel,lace yang I beli dekat Jakel Shah Alam takde pun dekat Jakel JB.Huwaaaaa!!!1 jam lebih I pusing carik lace yang baru.Alhamdulillah jumpa jugak yang berkenan di hati tu pun dah masuk waktu maghrib.Dekat kaunter pejam mata bayar jela harga lace.Huh.


Lace lama terkurung di dalam almari menunggu masa untuk digunting oleh I.Siap ko!
   

Thursday, July 28, 2011

TORA DATANG LAGI

Mak aiii...lama benar I tak publish new post.Hidup mengalahkan Lady Gaga kemain busy lagi dier.Last post I bulan April,ni skang dah nak masuk bulan Ogos means lebih kurang 2 bulan lebih ke arah 3 bulan I takde pok pek pok pek dekat blog.Kalau ikotkan banyak je I nak story morry dengan u'oll but,selalu niat murni ini akan tercemar dengan lambakan kerja so,memang tak dapatlah den nak menolong.Yang lagi loser bila I sign in blogger sepatah haramm icon publish new post takde appeared dekat dashboard I.Mengelabah telefon sana sini tanye apehal I nye blog tak bleh post pape?Jawapan yang I terima semua orang soh setting blogger semula even actually I menggunakan Blogger in draft ye tuan-tuan dan puan-puan.


Okaylah,after dipikirkan dan dipertimbangkan I sangat konfiden try click sana click sini macam software engineer lagaknyer sehinggalah........Hye!!!Im back!Gempak siot boleh setting sendiri tapi adatlah harus ada kecacatan because my blogger back to old version.Huwaaaaaaa T_T Orang lain dah maju dashboard semua version orange + gray tapi, I terpaksa gunakan version yang colour biru + hijau + coklat cair + putih.Cis!sakit mate tengok colour berselerak ni semua.


Its okay la as long I masih boleh pok pek dekat sini.Insyaallah jika di izinkan Allah S.W.T I akan bercerita dan terus bercerita sampai mulut korang bernanah nak membaca.Tapi,sebelum itu marilah kita bersama-sama menghayati gambar pemandangan di Kota Bandung yang sempat I snap pada pukul 5 pagi.








P/S: Di dalam hidup,jangan takut untuk mencuba kerana belum cuba belum tahu.Pesanan ini ditaja oleh Nazirah Ahmad.



Wednesday, April 27, 2011

TRUST ME,YOU WON'T BELIEVE IT

Zaman sekarang semua orang kaya-kaya belaka sampaikan anak baru berumur 2 tahun dah belajar ABC pakai Iphone je.Kalau mintak hadiah besday tak sah kalau tak dengar 'I want Iphone mummy','I want Blackberry Curve daddy'.Gosh!!!Zaman dah berubah ye tak mana dah ada nampak bebudak sekarang main batu seremban dengan telompat-lompat main tinting.Lainlah kita budak dolu-dolu kategori veteran.So,i memang dah tak heranlah bila si Qaseh yang baru setahun lima bulan dah pandai on Iphone siap amek gambar sendiri.Lepastu kalau duduk sesorang siap menyanyi 'i wan bi i wan bi...'Memula i dengar macam dia sebut ' i want vavi i want vavi' lelama baru i tahu dia nak sebut macam dalam game Barbie tu 'Barbie i can be..and think i wanna be..'.Ler,nasib baik,kalau tak mengucap panjang mak bapak dia.

Sejak dari itu,i mula terpikir betapa hebatnya pengaruh teknologi zaman sekarang berbanding zaman-zaman hingusan i dulu.Bertuah-bertuah.Okay,itu baru pasal Iphone dan Blackberry ye kengkawan,belum masuk bab notebook,laptop lak.Honestly,dengan lambakan laptop di pasaran dunia seperti Ipad,Ipad 2,nenek Ipad pulak ada Galaxy ni keluar pulak Playbook sikit pun tak dapat menandingi kehebatan teknologi Acer.Kenapa i cakap macam tu?U'oll sendiri boleh tentukan kehebatan Acer i berbanding jenama Apple,Blackberry dan Samsung.


Korang tengok macam biasa-biasa je kan laptop i ni.Kalau i nak jual rm50 pun korang kata tak menepati citarasa zaman sekarang but,you wrong my friend,you wrong..


Laptop i mempunyai keupayaan untuk berpusing 360' tapi,ni baru mukadimah.Kasi hint je sikit kang lebih-lebih u'oll kata i kerek.

 Peh,gempak sehh da lah boleh berpusing 360' lepastu siap boleh tengok skrin laptop dengan berbagai posisi.Tengok gambar si kemetot tu,dah macam fuji epal pun ye jugak.


 Ni posisi nak tengok skrin bila kita dalam keadaan mencangkung.At least dengan posisi begini boleh menguatkan otot-otot peha kita ye kengkawan.Lepastu kalaulah i rasa macam malas nak menaip guna jari tangan,i pun boleh gunakan jari kaki je.Dunia dihujung jarilah katakan.


Ni i dah malas nak cakaplah derr tapi,laptop i ni mempunyai kelebihan ditanggalkan antara skrin dan keyboard.Gempak kuasa dua!!Kot-kot u'oll nak suruh mak bapak check samada essay u'oll bagus ke tidak u'olll just bagi parents pegang skrin manakala keyboard u'oll boleh pegang bagi membuat pembetulan ejaan misalannya.BELIEVE IT OR NOT???

Hah,sekarang korang dah tengokkan kehebatan Acer i.Macamana?Apple dan Blackberry korang ada macam tu???

Tuesday, March 29, 2011

SI KEMETOT BANYAK RAGAM

Tak sampai seminit dibalingnya skarf sebab rimas.

Dah lama rasanya i takde bercerita pasal budak kemetot sorang ni.Umur dia skang dah nak masuk 2 tahun 7 bulan.Haiihhh,banyak betol mulut dia dah macam burung murai.Mana perangai dia yang kuat perasan lepastu asek berangan pulak.Ni dia dah nak dapat adik lagilah makin menjadik-jadik mentel dia.

Alhamdulillah sejak i kenalkan dia dengan Barbie kuranglah sikit ragam kejantanan dia kalau tak setiap masa nak main bola,kereta,robot.Qasehhh...Qasehh.Cuma,i dah tak larat nak melayan kerenah princess dia.Hari tu kan dia datang rumah i dengar bunyi ketak ketuk ketak ketuk dari luar rumah...dah sah,dia pakai heels okay.Tak boleh blah tengok muka dia tersengih macam kerang busuk berjalan catwalk dengan heels pink just untuk salam atok nenek dia.OMG!!!Anak sedara sape lah ni?Lagi parah bila pukul dua pagi ajak i dengan aunty tengok dvd Barbie & 12 Dancing Princess.Masak kepala tengok dia pun tiru Barbie menari ballet berpusing-pusing lompat melayang sampai pukul empat pagi.Menjawab ko pergi kerja muka sembab.

Sekarang ni pulak demand memadah nak pakai dress.Bila di tanya kenapa jawabnya 'nak jadik princess'.Perangai kedekut dia pun boleh tahan.Pantang nampak emak pegang barang ibu ayah dia.Terus rampas je lepastu marah 'tak boyeh,ni ibu punyee..' ngan mulut muncung wat sangkut hanger.Taktau la nape si Qaseh ni tak boleh ngam ngan nenek dia.Ade je nak digaduhkan merengek membaling barang.Kekadang i geram i besarkan mata barulah dia terpisat-pisat wat muka takot lepastu terus cakap 'ashuu,cium dulu..cium dulu'.Tapi,nasib baik jugak Qaseh dengar kata cuma kekadang biasalah datang hangen dia merah jugak muka ni menahan geram.

Sometime i pun tersengih sendiri sebab comel gila tengok dia punya ragam bila main sorang-sorang.Habis towel i dia rembat buatkan lampin untuk bear dia.Bila emak berbual dengan ambok dia tepuknya mulut emak suruh senyap sebab bear dia nak tido tapi emak bising.Hahaha...Hari tu dia siap kendong okay bear dia bawak masuk bilik i siap bersusah payah panjat katil on aircond sampai 16 kononnya bear dia nak tido dekat atas katil.Imaginasi bebudak kekadang memang kita tak boleh kawal.Apa kita buat semua dia nak tiru.  

Tapi,banyak perkara yang Qaseh buat,i noticed satu benda.Qaseh sangat cermat kalau pakai barang orang lain.Misalnya,dia nak pinjam hp i untuk main game.Lepas main dia takkan tinggalkan bersepah-sepah tapi dia akan tutup or kesat skrin hp baru dia pulang dekat i sambil cakap 'trima qacehh ashuuu'.So sweet.

SAYA SETIA DENGAN WARNA INI

Setelah bertahun-tahun i memerah otak dan memikirkan warna tema bagi perkahwinan impian i.Akhirnya, shade of Aqua Blue menjadik pilihan dari dulu hingga kini.Kiranya i ni setia jugaklahkan.Harap maklum,pemilihan warna ini ditetapkan sebelum Elyana memakainya sewaktu nikah pada tahun lepas maka,tiada istilah i inginkan warna ini atas sebab 'colour tengah in'.


This colour i terpikat sewaktu i membelek buku photography dengan membuang masa di HARRIS pada tahun 2006.Belek punya belek,i terpandang gambar air laut yang warnanya seakan-akan aqua blue.After that,i start google all the picture yang ada warna aqua blue sebagai rujukan termasuklah warna kotak tiffany jewellery.Paling lucky,dua tahun lepas Saiful Nang ada merakamkan perkahwinan pasangan melayu yang menjadikan baby blue sebagai tema tetapi certain gambar,warnanya seakan-akan aqua blue.Cantik sangat.Lagilah hati i jatuh cinta dengan warna ni.Tapi lain orang lain katanya sebab ada jugak i terdengar yang menyebut turqoise colour,tiffany colour dan tidak kurang yang menyebut biru hijau.Tak kesahlah ape pun tafsiran orang tapi bagi i lebih senang dengan menyebut aqua blue sebab itu perkataan pertama yang terlintas dekat kepala i semasa terpandang this colour.




Tenangkan jiwa bila tengok warna ni?I dari kecik memang suka warna-warna lembut.Bila aqua blue combine with sand colour lagilah hati i berpegah teguh pada warna ini even emak memberi pendapat untuk menukar warna tema pada 'purple lavender' for my wedding.Takpe la kalau tahun ni merupakan tahun 'aqua blue' kepada pasangan-pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan.Setiap orang ada citarasa memasing,tak salah kalau citarasa kita semua adalah sama.Yang pastinya, i mula serabut mencarik barang-barang yang bersesuaian dengan tema i sebab dekat Malaysia boleh dikatakan di dalam linkungan KEKURANGAN WARNA berbanding di negara barat.Apa-apa pun,good luck kepada mereka yang ingin menjadikan aqua blue sebagai tema.Semoga perkahwinan or pertunangan kalian menjadi kenangan yang terindah.Cewah.

Thursday, March 24, 2011

COKE NYA PAHITTT KAK

Pagi tadi seperti minggu-minggu sebelumnya bibik datang ke rumah mak nak membersihkan rumah dan menggosok baju dari pukul 8 pagi hingga 3 petang.Tapi,kedatangan bibik pada kali ini betol-betol membuatkan i dan mak tergelak besar sampai nak melantak makan pun terngiang-ngiangkan bibik.

Kesahnya bermula pabila tamat waktu kerja,bibik cepat-cepat keluar dari rumah sambil duduk teleku di tepi pintu menunggu kedatangan suaminya.Mak perhatikan je gelagat bibik lalu disapanya dia...  

Mak: Kenapa ni?Sakit ke?

Bibik: Yelah kak,kepala aku pusinggggg bangat.Gosok baju pun mau jatuh.Lepastu asyik mengantuk saja.Aku rasa jalan pun tak rasa lantai.

Mak: Macamana pulak boleh jadik macam tu?Kamu tadi tak makan ke?

Bibik: Sudah kak.Aku makan tadi tapi bila minum coke terus kepala aku pusing.Dah lah airnya pahitt..

Mak: Coke pahit?Mana pulak coke pahit.

Bibik: Ya kak.Semalam suami aku beli.Aku ambil satu bawak kemari mau minum kalau haus.(Bagitahu bibik sambil menunjukkan beg plastik yang berisi tin air)

Mak: Pelik.Meh sini saya tengok air coke kamu.

Bibik mencapai beg plastik tersebut lalu dihulurkannya kepada mak.

Mak: Heh!!!ni bukan coke lah.Ni CARLSBERG!!!Air mabuk!!Memang patutlah kalau kamu melayang.

Bibik: Hah!!Ye ke kak?!!!Suami aku lah ni beli.Selalunya dia beli dua tin coke.Aku tahu coke tinnya warna merah tapi semalam dia beli satu merah satu hijau.Aku sudah selalu minum coke tin merah jadik ingin coba coke tin hijau...

Mak: Banyak ke kamu minum??

Bibik: Tak sampai setengah tin pun kak.Bodohnya punya laki!Aku ingatkan air coke tapi air mabuk rupanya....nanti dia kalau sudah datang..Mati-mati aku ingatkan mau jatuh sakit!

Mak: Habislah kamu balik rumah nanti mesti tertonggeng.

Bibik: Hurmmmmmmmmmm....


Sesampainya suami bibik depan gate,bibik meluru dengan cepat menumbuk badan suaminya sambil berkata yang dia malu kerana tersalah minum 'coke'..Tersengih suaminya sambil berkata 'siapa suruh kau minum?'...

PENGAJARAN: BIAR TAK CANTIK JANGAN BUTA HURUF.

Saturday, March 19, 2011

SUMBER LEMAK TERHADAP BADAN

Last week i pergi KL dengan mak ngan ambok.Saja nak berjimba sebab rasa dah lama sangat tak berjalan dengan mak bapak lepastu mau celebrate birthday mak sekaligus.Syukur alhamdulillah bos besar bagi cuti 4 hari terus.Hip hip hoorayy..

Dah nama pun KL jadik memang wajibulghunnah tekak memasing ngidam nak makan memacam.Ambok dengan mak ngidam makanan Arab, aku pulak ngidam makan Western tapi,biasalah tekak anak muda selalu dipinggirkan sebab boleh pergi sendiri makan dengan En.Tunang.Aiihhh.Pikir punya pikir at last Ambok suggest WADI HADRAMAWT because last time dia tonton kat TV3 cakap makan dekat sini sedap nasi masak siap dekat bawah tanah selama 3 jam.Wah!wajib try.

So,bermulalah pencarian restaurant ini yang hanya terletak di jalan ampang area rumah kedutaan ye puan-puan.

 Seisi memilih menu.

 Driver merangkumi GPS sepanjang percutian kami.

 Birthday girl.Sweet 17th mak!!Hahahaha

 Si Tenang atau lebih dikenali sebagai Bank Negara sepanjang percutian ini.

 Ini???Of course lah si keding.


OUR MENU:

 Menu Ambok dan emak.Ini dia nasi yang dimasak selama tiga jam tu.Nama nasik ni terlupa mau take note.Order untuk dua orang makan tapi cukup 4 orang makan.Maaf keadaan pinggan sedikit huru-hara kerana belum sempat press tangan memasing dah macam piranha.4 bintang berkelip.



 My menu.CHICKEN GRILL air tangan Pak Arab.4 bintang berkelip!

Akak punya menu.KEBAB.3 bintang berkelip.

 Pencuci mulut Ambok dan emak,combination Banana + Grape + Mango + Green Apple.Rasa???Nak muntahhh!!

 Its mine!!ARISE.Combination Grape + Mango + Strawberry + Mango juice + Grape juice + syrup.Rasa???2 bintang berkelip.


Inilah antara menu semasa di WADI HADRAMAWT.Air Ambok,emak dan akak tak perlu diupload sebab orange juice dah biasa korang tengokkan.Lepastu akak pulak memang senang heret dia kemana-mana sebab order coke.See,bawak tempat makan mahal-mahal pun order coke je.Bakal suami dia memang boleh jimat lepas ni.


p/s: NO NO 'aku' after this sebab nak kahwin kena jaga pertuturan.Peace!

Thursday, March 10, 2011

THEME SONG

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Disetiap langkahku
Ku kan selalu memikirkan dirimu
Tak bisaku bayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diri ku
Oh sayangku
Engkau begitu
Sempurna...sempurna..

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata
Dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh...sayangku
Engkau begitu
Sempurna..sempurna..




Monday, March 7, 2011

COMING SOON

Assalammualaikum u'oll,insyaallah jika di izinkan Tuhan dan dipermudahkan segala urusan,post yang akan datang aku akan bercerita serba sedikit tentang persiapan perkahwinan aku yang akan kunjung tiba lama tak berapa lama lagi.Ianya akan merangkumi segala aspek termasuk pemilihan tema,warna,pelamin dan tidak terkecuali agenda membeli barang hantaran.Yang penting sekarang,kita study dulu kang ada essay question final exam tertulis honeymoon destination.Mati.



Monday, February 28, 2011

WISH LIST???SALAH KE??

 Hari Jumaat dan Sabtu lepas merupakan HARI SURVEY SEDUNIA bagi diri aku kerana dua hari berturut-turut aku menggagahkan diri ulang-alik ke Singapura semata-mata nak survey segala wish list kepunyaan aku.Eh,ada jugak wish list bapak aku yang aku tolong survey.Mujur passport sentiasa di dalam handbag kalau tak,takde maknanya aku nak berpatah balik ke rumah amek passport dulu sebab jawabnya memang wassalam kalau dah nampak katil empuk aku.Wah,macam kau orang kaya sangat je survey barang pun nak pergi negara orang.Bukan apa puan-puan,dengan keadaan geografi dimana jarak Johor Bahru dengan Singapura hanya mengambil masa selama 30 minit untuk sampai berbanding 4-5 jam perlu ditempuhi dengan kesabaran yang jitu untuk ke Kuala Lumpur.

Wish list aku boleh dikatakan sudah bertahun jugak tersenarai di dalam benak sampai dah jadik semak memandangkan fulus sentiasa tak cukup dan aku bukanlah terlahir dari golongan bangsawan cakap je nak apa semua boleh dapat maka,memang wajibulghunnah google gambar setiap masa siap berangan bila dah kaya semua wish list aku beli dalam masa 1 hari.Gila.

Pemenang-pemenang yang tersenarai di dalam wish list aku tidak kira peringkat harga.Ada murah ada mahal.Ada jugak sememangnya diluar kemampuan tapi sengaja gatal nak jugak berangan untuk memiliki.Antaranya adalah,


BVLGARI 18K GOLD RING B ZERO 1-BAND


Cincin ni memang dah lama tersemat di dalam hati.Banyak actually B Zero punya edition termasuk yang berdiamond tapi aku memang berkenan yang ni je,mungkin sebab harga ia masih boleh dikatakan munasabah berbanding kalau yang ada diamond jejak 15k.Dah,tutup mata.Last time pergi KLCC survey harga rm2700.Lepastu pergi Singapura masa bulan December 2010 harga $800.Aku rasa murah compared dekat KL.Tapi,aku tetap tak beli sebab rasa tak berbaloi pun memandangkan cincin tunang pun dah cantik.Sekali tu,hari Jumaat lepas aku pergi dah naik harga jadik $1330.Kau rasa macam murahkan tapi cuba kau darabkan 1330 dengan 2.38.Hah,Hamek kau!!rm3165.40.Harga cincin Bvlgari memang akan sentiasa berubah mengikut harga emas so,sekiranya anda diluar sana teringin nak memakai cincin Bvlgari belilah semasa harga emas tengah rendah okay. 


CHANEL 2.55 CLASSIC FLAP BAG

Handbag Chanel ni aku taktau lah zaman bila boleh dapat.Mungkin kalau dah ada cucu 10 pun belum tentu aku mampu beli.Handbag ni ada dua material samada kau nak caviar atau lambskin.Kalau aku,of course lah aku nak lambskin cuma bukan agak mahal lagi tapi memang mahal.Aku try depan mirror dah macam mirror tu aku yang punya.Salesman tersengih mungkin dalam hati berkata eh minah ni macam orang gila je terpusing-pusing gayakan beg.Nak kena histeria pun ada tapi Alhamdulillah diri masih waras supaya beristifar.Beg kemetot yang dalam gambar ni ada yang medium saiz.Harganya kalau di Singapura adalah $4700 for the Caviar.If prefer the lambskin,you will get it if you pay $5270.Baik pergi haji,ye tak?


CHANEL J12 WHITE CERAMIC LADIES WATCH H0968



Jam J12 ni lak tersenarai dalam wish list since aku tengok Lindsay Lohan pakai in Elle magazine.Model J12 Series H0968 boleh dikatakan antara yang termurahlah berbanding series yang lain.Hari tu pakai memang rasa jam ni dibuat khas untuk aku siap berangan terasa aura glamour bila memakai.Harga di tag $7200.So,nexttttttttttttt please.............   



MONOLO BLAHNIK SOMETHING BLUE SATIN PUMP SHOES


Heels yang aku gilakan sejak tengok makcik aku,Sarah Jessica Parker letak dekat rak kasut dalam scene Sex & City Movie.Boleh diumpamakan cinta pandang pertama.Kalau lah kot-kot aku diberi pilihan samada Christian Louboutin stud heels dengan Monolo Blahnik heels.Semestinya aku rembat Monolo Blahnik something blue ni.Eh,lupa nak cakap.Hari tu aku pergi Marina Bay Sand butik Monolo Blahnik ada buat sale.Sepasang heels berwarna cream yang ada bubuh ribbon gedabak yang lusuh berharga $1200 sahaja .Boleh letak balik heels tu sekarang sebab emak aku kata dia boleh belikan ribbon yang lagi cantik dekat kedai pengantin lepastu gamkan dekat Charles&Keith pump shoes aku.Kelasss...



LEICA M8


Dulu brand kamera ni aku tak kenal pun.Langsung tak pernah dengar.Yang aku tahu Nikon,Sony,Olympus dengan Canon.Start minat kamera barulah aku tahu pasal Leica.Dulu kalau orang sebut Leica aku terpikir ice cream  je.Leica ni aku taktau la yang latest rupabentuknya macamana sebab aku bekenan M8 je.Gambar memang cantik tak tipu.Harga kamera Leica paling murah tak silap around rm5k+.Tapi,kalau kamera mahal pun kalau kau tak pandai guna pun membazir jugak.So,better beli kamera murah kalau terjatuh tercampak terbaling takdelah menyesal sangat.



MONOGRAM CANVAS NEVERFULL LOUIS VUITTON

Lain pulak cerita dengan wish list aku yang satu ni.Semuanya bermula dari akak aku sebab dialah punca aku mengidam Neverfull.Dia balik dari beli handbag lepastu letak buku LV depan aku tunjuk satu persatu handbag LV yang cantik.Kalau dah setiap hari aku membelek buku LV kau ingat aku boleh kata tidak.Sikit demi sikit Neverfull menjelma dalam mimpi aku.Igauanlah kononnya.Hahahaha.Korang mungkin cakap banyak lagi handbag LV yang cantik tapi aku tetap pikirkan Neverfull sebab tu je kot yang paling murah.Neverfull ada tiga saiz.Saiz paling kecik aku pergi tanya dekat KLCC rm2900.Stylo mak pergi masjid isi telekung dalam Neverfull.



PINK LABEL LEATHER JACKET HARLEY DAVIDSON


Sejak En.Tunang gila Harley aku pun terpaksa gilakan Harley.Kang aku tak gila sama-sama nanti dia kata aku tak support pulak.Jadik,bagi membuatkan aku jatuh cinta pada Harley,dalam masa 2 bulan aku terpaksa membelek homepage Harley Davidson bagi mencarik 'pemancing' untuk aku jatuh cinta sama Harley.At last,leather jacket ni yang jadik pemancing.Bukan apa,akukan peminat tegar pink colour.Jadik,bila ada pink label ni nampaklah sikit aku macam perempuan rempit berjiwa jambu.Nak dapatkan jacket ni taktau bila dan entah bila oleh kerana aku ride dengan En.Tunang pun baru sekali.Kalau setakat dekat JB nak makan dekat LC Catering takkanlah berjacket segala.Nak berfesyen pun tengok tempat kak.



PINK LABEL FULL-FINGER GLOVES HARLEY DAVIDSON


Aku bagi tips,kalau nak berkahwin dengan orang yang suka motor.Kita ni pun kena suka motor kalau tak boleh bergaduh dibuatnya.Kalau tak suka pun kena buat suka lama-lama jadik suka.Sejak minat pink label leather jacket virus telah merebak ke pink label full-finger gloves pulak.Walaupun aku tak geti bawak motor melainkan skuter Modenas yang membuatkan aku nyaris masuk bawah kereta jiran cina sebelah rumah tapi feel untuk menjadik rider tetap ada.Tu yang tetiba Marisa Miller menjadik idol.Kagum tengok perempuan cantik tunggang motor besar.Lagi cantik kalau tunggang Ducati.Tapi,kalau dengan keadaan fizikal yang dianugerahkan Tuhan ni tak cukup ketinggian dan kaki yang panjang lebih baik abaikan impian tersebut.By the way,wish list ini telah dimiliki apabila En.Tunang membuat surprise menghadiahkan sempena kempen 'i support you'.Sekarang,tengah berpikir bila masa pulak aku nak gayakan gloves ni.Time masak kari boleh?


RAY BAN RB2140 WAYFARER


Antara item paling murah yang tersenarai dalam wish list aku.Pantang nampak kedai cermin mata mesti carik wayfarer lepastu memadah testing padahal itu kali ke berapa ratus pun aku taktau.Sampai satu tahap Faizal kata beli jelah Zirah nak survey buat apa lagi.Bukan taknak beli,memang nak beli tapi tu lah kalau dah nama pun rambang mata sunglasses idaman pun boleh terpinggir.Akhirnya menyesal sebab bila lincah seorang diri nak pergi beli sunglasses tetiba hati boleh terpaut dengan....




GUCCI GG 3006 TBQ LF DARK VIOLET


Cantik memang cantik tapi sunglasses ini tak sesuai untuk long travel because it cannot support your eyes from sun light even ada UV protection.Trust me,langsung tak membantu.This sunglasses ada two tone so stylo nya bila kau jalan dekat Orchard Road sambil jinjing Gucci handbag dengan berkemeja polos berskinny jeans.I loike!


Kalau nak senaraikan wish list aku sampai esok pun belum tentu habis.Banyak sangat yang diinginkan,adatlah nama pun manusia.Setiap manusia ada keinginan memasing.Tak salah kita ada wish list sebab bagi aku ini salah satu cara untuk kita lebih bekerja keras dan fokus.Senang je caranya,kau amek pen dan kertas tulis apa wish list kau lepastu tampal dekat dinding bilik.Kalau setiap hari tengok mesti kau akan bersungguh-sungguh nak dapatkannya.Yang penting,usaha.Chayok!!Chayok!!!