Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

SALAM LEBARAN & MERDEKA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI and HAPPY MERDEKA DAY to everyone.Dah masuk hari raya kedua baru nak wish,maaf terlambat.Dikesempatan ini,I nak say sorry kepada mereka yang mengenali diri I dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki.Halalkan segala makan minum & duit if I terguna.Sifat manusia tak boleh lari dari melakukan kesilapan.Oleh itu,diharapkan raya kali ini dapat mengeratkan tali silaturrahim disamping bersyukur kerana diberi peluang merasai kemerdekaan yang ke-54 tahun.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!



Seriously,persiapan raya tahun ni tak sehavoc seperti tahun-tahun lepas cuma sehari sebelum raya thats mean esoknyer raya lah kan..pukul 7 pagi tepat I dah bukak mata luas-luas sebab mak dah menjerit sebelum subuh lagi soh bangun kemas rumah.Ewah Mak Yam ni,mentang-mentanglah this year tahun terakhir before I bertukar status memang kaw kaw punye mak bagi arahan keje.Mula-mula dia soh lap tingkap lepastu panjat grill berus kasik bersih sambung lap sliding door bagi kilat nampak gigi disudahi berus lantai depan rumah.Ni kalau mak mentua tengok kagum setahun tak habis pujian sebab menantu da serupa Spiderman.Kecut badan kena air setengah hari.Ingatkan penderitaan berakhir disitu tapi,jangkaan meleset sama sekali kerana mak soh kemas bilik dia dengan bilik tetamu.Adoii,tak kan lah orang datang beraye siap nak menjengah master bedroom plak.Pitam sekejap.

Sambungan di malam raya selepas orang datang bertakbir,langsir bilik masih tak terpasang sebab kain langsir lama benangnya tertetas habis tempat cucuk pin langsir terburai.Masuk semula langsir dalam almari sebab ada orang tu bajet artis takot jari terluka kalau menjahit tercucuk jarum.Oucchhh.

Di pendekkan cerita raya tahun ni sangat ala kadar,

LANGSIR = Pakai yang sedia ada
SARUNG KUISYEN= Last year punya
CARPET= Satu family tak suka carpet jadi tukar dengan alas buluh
BAJU RAYA = Seorang sepasang je
KASUT RAYA = Tak beli,pakai je yang da berlambak atas almari
KUIH RAYA = Beli dekat IKEA,beli dekat kawan & buat sendiri
BARANG KEMAS = Tak minat barang kemas,pakai rantai emas turun-temurun

Walaupun raya ini takde apa pun yang barang baru melainkan baju kurung tapi I tetap happy sebab dapat berkumpul dengan sanak saudara.Maklumlah semua orang duduk jauh-jauh jadi bila hari raya ni la peluang semua orang berkumpul untuk bercerita.Kepada u'oll semua.SELAMAT HARI RAYA SEKALI LAGI.Kalau memandu,berhati-hati dan ingat orang yang tersayang.


Ni baru sikit saudara mara.Muka I memang takde dalam gambar ni sebab terpaksa jadik cameraman.Sedih.


Friday, June 4, 2010

MY FRIDAY

Tiada yang menarik di hari Jumaat melainkan seperti biasa bangun pagi solat Subuh mandi pakai baju start enjin pergi jengah pekerja seterusnya bertapa di ofis mengadap facebook.Setiap hari rutin sebegitu memang tidak diperlukan membuat catatan di dalam diari kerana membazirkan dakwat pen.
Semalam adalah hari Khamis yang double bermakna kerana keempat-empat ekor anak kucing aku mati kekejangan kesejukkan diluar rumah tanpa perlindungan yang maksimum.Aku sudah tidak mampu meratapi kematian kucing-kucing aku kerana membazirkan air mata sahaja,baru bulan ni mati dua bulan depan dapat anak kucing yang baru.Gila rakus kucing aku ni memadah nak bunting.Gagah kuat bertenaga tak perlu tongkat ali kacip fatimah.Korang tak perlu nak memfitnah mengata aku cat killer.Dah ajal dia aku nak wat macamana?Boleh aku kata Eh stop!Kucing ni baru je hidop janganlah tarik nyawa dia dulu?
Sekarang cerita yang lagi best aku nak bagitau semalam aku makan dekat TGI FRIDAY's.Ye,memang sangat teruja sebab aku bukan macam korang TGI dinner setiap hari.Disebabkan aku tak macam korang lah aku nak memberitahu seumur hidop aku baru 3 kali je menjejakkan kaki ke TGI tu.Pergi pun sebab celebrated anniversary kalau tak,menjamah jela nasi lemak ayam goreng dekat Osman.Tapi,aku takdelah jakun sangat sampai orang bercerita tentang TGI aku sebok tanya tu brand baju apa.Itu bukan aku.
Terima kasih kepada Encik Faizal yang sudi membawa budak kuat makan ni menjamu selera di TGI.Saya sangat suka sebab tu saya siap bawak camera gedabak saya bersama bagi merakamkan detik terindah.Ewah,menggatallah pulak ayat dia macam ar selama ni tak penah bawak pergi makan.Itu lain,ni setahun sekali je ala-ala candle light dinner tapi haram candle light apenya sebelah meja memekak bercerita tentang World Cup.Siot betol langsung mood i nak sweet-sweet telah tercemar.Papepun saya tetap happy.Happy dapat makan.Happy berceloteh.Happy jumpa Faizal.Unhappy tak dapat present.Cit.Sengaja ar tu tangguh present kita.

Aku sikit punyalah gigih cuba ambil gambar dia dengan konsep ala-ala candid.

Tapi,dia ambil gambar aku macam ni je??Langsung takda style.

Gambar ke-empat barulah cantik sikit.Tu pun muka aku menahan geram sakit hati.

Our menu.


Thursday, June 3, 2010

SI KEDING DAN SI BULAT.

Aku NAZIRAH.Dia FAIZAL.
Aku bongsu.Dia angah.
Aku kurus.Dia tembam bulat.
Aku manja.Dia romantik.
Aku hati batu.Dia hati tisu.

Aku fans ARSENAL.Dia fans MANCHESTER UNITED.
Aku talkative.Dia talk less.
Aku dengar FLY FM.Dia dengar SINAR FM.
Aku suka TWILIGHT.Dia suka YOUNG & DANGEROUS.
Aku pakai DOROTHY PERKINS.Dia pakai QUICKSILVER.
Aku makan SUSHI KING.Dia makan OLDTOWN.

Aku marah.Dia diam.
Aku membebel.Dia diam.
Aku merajuk.Dia diam.
Aku menangis.Dia diam.

PERANGAI KAMI berbeza.
CITARASA KAMI berbeza.

Tetapi,KAMI tetap bersama.

HAPPY ANNIVERSARY

Monday, May 17, 2010

CIKGU,TERIMA KASIH YE

Masa sekolah rendah dulu kan,bila nak dekat Hari Guru mesti aku lah orang paling excited dan kelam-kabut soh emak belikan hadiah untuk cikgu.Ye ar,budak kecik mana ada duit sampai rm20 nak beli hadiah.Ketuk emak sudah.Bukan satu hadiah tau aku soh emak belikan tapi setiap guru mata pelajaran aku akan bagi hadiah.Ko boleh bayangkan tak berapa banyak duit emak aku kuar sempena Hari Guru ni?Okay,tak boleh bayangkan.So,aku lah pelajar yang serupa Santa Claus pepagi hari angkut beg plastik besar pergi sekolah.Time tu muka kerek gila macam emak bapak kaya sangat siap mintak tolong kawan sama-sama angkat beg plastik tapi taktau emak dekat rumah dah pokai.Kesian emak.


Masuk sekolah menengah setiap kali Hari Guru masa tu lah hari nak memonteng duduk dekat rumah.Penat emak kejut tapi tetap pekakkan telinga.Time tu lah segala hujahan dikeluarkan cakap nanti dekat sekolah bukannya belajar,balik-balik dengar budak nyanyi blah blah blah.Hadiah??Wooo,masa ni lah waktu untuk menyimpan duit maka bajet untuk hadiah akan disekat dan hanya cikgu-cikgu best yang mana baik dengan aku je dapat hadiah termasuk cikgu kelas.Memilih siot.


Habis sekolah langsung tak ingat bila Hari Guru.Masa drive pagi tadi nak gi office baru terdengar si JJ berceloteh pasal Hari Guru.La,hari ni HARI GURU ke?Bertanya sendiri sambil menepuk dahi.Ewah,ayat penulisan gitu.Rindunya zaman sekolah tapi tak rindu zaman kena buli.Benci.


Kepada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar Nazirah Binti Ahmad di Tadika Kemas,Sekolah Rendah Kebangsaan Yahya Awal,Sekolah Rendah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2 dan Sekolah Menenah Kebangsaan Bandar Baru UDA.Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU.Mungkin tiada hadiah dari saya kerana kalau dikira-kira nak bagi hadiah kepada semua cikgu dari tadika hingga sekolah menengah mau kena wat part time cuci lantai McDonald's selama sebulan.


Walaupun tanpa hadiah kain batik dan tuala tetapi saya tetap mendoakan kesejahteraan cikgu-cikgu sekalian.Eh,saya pernah hadiahkan kotak tisu ke??Terima kasih kerana mengajar saya tanpa mengenal erti penat dan lelah.Kalau tak kerana cikgu,mana mungkin saya belajar sehingga di tiga institut pengajian tinggi.Perdana Menteri pun kalah.=)

Thursday, March 25, 2010

BLEEDING LOVE


Ooo...tetiba aritu aku teringatkan sepasang kekasih merpati dua sejoli bagai pinang dibelah dua sewaktu menuntut di UiTM,Segamat dulu.Entah kenapa hati meronta-ronta nak tahu perkembangan mereka berdua kerana bukanlah satu perkara yang pelik apabila satu UiTM tahu mereka adalah pasangan yang sangat secocok dua cocok di mata pelajar lain tapi bukanlah dimata lecturer.Ye,lecturer tengah mengajar dekat depan ko sebok bermentel-mentel tarik-tarik tali bra girlfriend ko.Ko desprate ke ape ntah aku pun tak tahu?


Aku pun adakala terjebak untuk melahirkan rasa jeles terhadap pasangan ini apabila di cafe untuk makan tengahari juga masih sempat untuk membuat adat suap menyuap seperti di majlis perkahwinan korang.Tetapi,apakan daya aku hanya mampu tersenyum.Kalau melihat aksi mereka ye...pasti cinta mereka adalah cinta yang tulus romeo dan juliet sanggup minum racun ingin mati bersama.Sanggup merenangi lautan api apatah lagi gunung everest untuk di daki.Ewah,suka korang heh.


Belajar bersama-sama di library untuk mendapat keputusan yang cemerlang amatlah dikagumi.Setiap hari berjalan kaki untuk menuju ke destinasi.Oooo..so sweet belajar juga mudah untuk difahami kerna si dia sentiasa di sisi.Lalala..aku ni bersajak ke apa tolong korang abaikan sebab memang kepala aku tengah penuh dengan ayat-ayat sajak cuma aku tak tau nak tulis yang mana dulu.


2 tahun berlalu tanpa khabar berita sememangnya sumpah aku percaya mereka masih bersama maupun sudah punya anak dua.Tapi,apakan daya tak semesti panas berpanjangan sebab malam dah menyusul.Apa aku merepek ni?Hah!!!!Tetibe baru aku tau bahawa dorang sudah clash??Why?Why??bak kata Rain di dalam soundtrack Fullhouse.Si laki pukul pompuan sebab jeles...What???Laki tu pukul girlfriend dia?WTF.


"Laki tu memang panas baran la cuma si pompuan ni je sayang sangat dekat laki tu sampai taknak tinggalkan.Tu bila dah kena pukul sampai lunyai baru ar minta clash-cerai."My lord!Ganas gila laki tu.Seee,ni cinta yang korang puja sangat last-last kena bantai pukul.Ni baru betol-betol bleeding love.

Adakah setakat redah hujan bersama-sama untuk ke Time Square itu sudah dikatakan cinta?Adakah setakat boyfriend ko tunggu ko habiskan kelas memasak itu dikatakan cinta abadi?Adakah setakat membeli baju raya sepasang itu sudah dikira cinta mati??Adakah setakat makan goreng pisang bersama di bus stop sambil tunggu hujan berenti itu sudah dikira cinta sejati??Pikir-pikirkanlah..ADIOS~

Thursday, March 11, 2010

NO ONE ELSE

Cheonbeoneego dasi tae-eonamdaedo geureom saram ddo eobseultaejyo
Seulpeum nae salmeul ddadeushagye haejoon cham goma-oon saramibnida
Qeureon geudael weehaeseo naee somjanggjeumeeya eolmadeun apado joheundae

Sarang-eeran geu maleun moshaedo meon gosaeseo eereogye baraman bo-ado
Molrae gamchuedoon ohren gee-eoksokae danhanaee sarangibniada
Geureon geudael weehaeseo apeun noonmoljeumeeya eolmadeun apado joheundae

Sarang-eeran geu maleun moshaedo meon gosaeseo eereogye baraman bo-ado
Modeungeoljol soo isseoseo
Saranghal soo isseoseo nan seulpeodo haengbokhabnida

Amoogeosdo baraji anhado geudae oseojoondamyeon nan haengbokhaltendae
Sarangeun jooneungeoniga geujeo geoniga
Nan seulpeodo haengbokhabnida


SOUNDTRACK: MORE THAN BLUE by Lee Seung Chul

Thursday, February 12, 2009

SURPRISE


'HAPPY BIRTHDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO YOU NAZIRAH...HAPPY BIRTHDAY TO YOU...'
I can't forget how amazing my birthday last month when i've been surprised by Faizal,Nana,Fadh,Terica,Arep,Ejatt,Arull,Acap & Cha'i.OMG!!!Its the only words came out from my mouth.Faizal bought an ice cream cake for me with 22 pink roses.So romantic!!!Then we ate Fish & Chips,took a photo and go-cart.The funny part is when i drove a go-cart with my long dress.Hahaha...But,i don't care what people want to say about me because i don't want to spoilt my BIG DAY.
Anyway,my birthday surprise was really wonderful!!I'm so glad (Nana,Fadh,Terica,Arep,Ejatt,Arull,Acap & Cha'i) could share it.To my FAIZAL,thanks for the surprised,ice cream cake,roses,card & Coach(i wished that end of this year i want to buy a coach handbag-madison's edition but,you already gave me...=))Love you so much and i really appreciate what you have done for me..

Tuesday, October 14, 2008

EXCITED


nightsafarisingapore...Finally,jejak gak kaki aku ker night safari.Da lamer nak pegi but,asek
tetunda je.Tadi pun act,nyaris x jadik pegi tapi aku tuntut gak HAK aku.hihi..yela tue..

6pm baru aku gerak masuk singapore ngan Fezal bedua naik kete..ingat kan jln jem cz ari ahad
Tp,mmg nasib kteorg baik la cz traffic bejln dgn lancar..=p.Sampai nightsafari kol 7.30pm,ramai gak makhluk2 yg dtg cz skang nga sebok celebrate halloween.Then,kteorg bli
ticket..smua skali $64 include tram's ticket & s'pore tax 7%.

Ok,after dpt map kteorang trus naik tram=mini train that covering 3.2km & take 45minute
to complete.Each tram ticket is limited to 1 round within park..Opss..lupe lak.Tram's ticket
$10 for adult,$5 for child.

BEST!!!Tu ar words yg tekuar dr mulut aku..Serious best cz aku lalu btol2 sblh haiwan yg leh mkn aku ngan Fezal skali...hihihi.Time nak gi tmpt buaye..Aku da cuak cz tram tu tenggelam
skit msk dlm air so,klo buaya lalu kt kaki korang pn kne wat bodoh je la..
Ok,ble smpai halfway..Korag leh decide samada nak trus naik tram or jln kaki.But,Fezal
decide nak trus naik tram cz dier penat..lgpun,this is a 1st time so,kteorg tkot la tesesat
cz mmg mcm dlm hutan la nightsafari tue..

9.30pm aku ngan Fezal gi tgk animal show but,9pm kteorg da beratur cz tkot xdpt dok plg dpn..Hehehe semangat gler..Bler da dpt tmpt dok kteorg mulekn la pesediaan mata,telinga
utk tgk ape yg best sgt animal show yg ada musang,cheetah,ular & byk lg la..Ok,tetbe dorang
wat gimik lak..Aku relax je ar cz dorang kte 1 benda ilang..Dorang crk punye crk tetbe
dorang stop kt tmpt dok aku..Ciss..ape plak la nie?Rupe nye kt bwh kaki aku ade ular sawa..
Bangang gler..Da la besa..Bleh sgt dier mkn lengan aku..Erghhh..geli.Kol 10pm show abis..
Aku bg 2/5 cz xbpe best sgt la..

After animal show aku ngan Fezal gi shop yg ada kt situ..Fezal bli topeng halloween yang aku
lak juz bli magnet utk freeze jer.haha..Ingat nak la bli necklace or bag but,Fezal kte mcm
mmbazir...Em,yang pasti picture2 kt sne byk ok cz aku mmg suke begmbr tp,Fezal je yg mls
nak begambar..Ntah pe ntah dier tu...Kteorg minum & mkn ice cream kt sne..Kol 10.30pm
kteorang blk...erm,smpai jb aku trus mkn.Thanq Fezal cz bwk za bejln...