Monday, January 14, 2013

DUNIA BARU KATENYER

Opocot!!Melatah katenyer...Last post tahun 2011?Seriously?Wow!Kagum dengan diri sendiri boleh berhenti berceloteh selama setahun lebih.Ni kalau tinggalkan rumah bukan setakat bersawang,frame pintu pun dah selamat dimakan dek anai-anai.I ni actually bukannya merajuk,takde masa u know.Banyak benda berlaku sepanjang setahun lebih I mendiamkan diri...ecehhh ecehh ayat artis sangat.

I dah jadik isteri orang uolls!Ok,lupe plak semua dah tahu but,ni mesti korang excited!!Jeng jeng....I dah jadik mak orang.Taraaaaaa!!!!Ok,loser.Heh,bukan senang tau jaga baby thats why la I kekurangan masa nak mengadap blog.Kalau rajin membebel,confirm duit I banyak masuk macam Si Hanis Zalikha tu.Serious,I memang takde masa.Kalau ada masa pun I buatkan takde masa sebab 3 bulan after gave birth I letih teramat.Every night berjaga sampai ke pukul 4-6 pagi because my baby jenis yang berjaga malam.So,tune waktu tido I pun dah kelaut biler pagi terpaksa qada' waktu tido.Now,my baby dah nak masuk 5 month Alhamdulillah waktu tido pun dah cantik je.

Ape lagi ek I nak cerita?Kalau ikotkan nak cerita banyak je tapi,kita ni kalau dah namanyer excited sangat,cerita yang tak berfaedah pun nak diceritakan jugak.Jadik,apa kata tunggu jela my next post ape yang terlahir kat otak.Adios.


Friday, September 23, 2011

JANGAN KATAKAN PEROT JESSICA ALBA,PEHA VICTORIA BEKHAM PUN TAK NAMPAK BAYANG

Every raya memang tak lengkap sekiranya tak beraya dengan gediq-gediq I.Dah macam kewajipan we all akan spent time together untuk beraya ke rumah kengkawan yang lain.Berbeza dengan tahun-tahun yang lepas,we all hanya peruntukkan sehari untuk beraya ke rumah kengkawan tapi pada tahun ini semua menggediq nak beraya sakan hamekk ko 2 hari berturut-turut habis hilang kisah nak berdating di hari Ahad petang.

Terus terang menu hidangan pada tahun ini adalah sangat mencabar bagi diri I memandangkan selama sebulan berpuasa,I menjalani diet pemakanan menghindari segala menu berunsur kolestrol yang tinggi walaupun kadang-kadang tersungkur jugak tapi tetap dalam kuantiti sedikit bagi mendapatkan perot flat Jessica Alba di dalam filem HONEY.

Hari pertama,permulaan menu adalah hidangan nasi himpit dan kari ayam di Majlis Pertunangan Maisarah & Khairul.Selamat Bertunang u'oll semoga ikatan terjalin hingga ke jinjang pelamin.Amin.Seterusnya we all redah ke Majlis Perkahwinan Adik Ekin Mawi.Actually I tak kenal pun adik Ekin tu tapi memandangkan dia berkahwin dengan abang ex schoolmate so,datang jela minum air sirap dengan kuih lapis.Selepas berpikir banyak kali at last rumah Shukor sebagai next destination.Mee goreng pedas sebagai hidangan minum petang dimasak oleh girlfriendnya bersama air karbohidrat.Eh eh..salah pulak air karbornat la.Sedapppkan Senah?Hilang kesah diet ko.Tidak lupa jugak spaggeti di rumah Dayah.Walaupun perot dah kenyang,tetap digagahkan jugak menyumbat ke dalam mulut.Kesian pukul 10 pagi Dayah dah message bagitahu dia buat spaggeti jadi agak kurang sopan kalau tidak menjamah walaupun sesudu.Last destination sebagai penutup acara we all pekena Tutti Frutti sempena meraikan Birthday Girl,Cik Zalikha Othman yang ke-24 tahun.HAPPY BIRTHDAY MONSTER.Pukul 11 malam baru balik rumah.Sambung esok.

Sesi bergambar wajib ceria walaupun perot memasing sudah boncit penuh makanan dengan air.


Hari kedua,rumah pertama yang dituju adalah rumah Ika dengan hidangan stew daging dan garlic bread.Dugaan dugaan.Mula-mula I nak menjamah je.Malangnya,daya ketahanan sangat rapuh dengan godaan stew yang panas baru keluar dari periuk mengakibatkan bekas stew licin hanya tinggal kuah.Nafsu tak terkawal bak kata orang tua.Rumah kedua,kunjungan ke rumah bakal mak mentua I.Hidangan kali ini berunsur ala-ala easy simple gitu iaitu hidangan kuih-muih serta air anggur.Selepas 1/2 jam berpok pek,we all meneruskan pula kunjungan ke beberapa rumah kengkawan sekolah dengan menu kuih raya dan disudahi ke rumah Murni dengan menu penutup adalah Mee Rebus Hj Wahid.Gila melantak tanpa was-was.


Dekat mana-mana wajib bergambar tak kiralah tempat,memasing buat macam rumah sendiri tak perasan tuan rumah mengerling di tepi.

Penyudahnya,dalam masa 2 hari berat badan I naik 1.5 kg dan terhasillah extra perot yang comel bernama boncit.Dah!!Dah!!! I nak gi buat sit up dengan jogging ni.Insaf terus.Sape nak buat open house pastikan ada epal hijau sebakul.


Wednesday, August 31, 2011

SALAM LEBARAN & MERDEKA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI and HAPPY MERDEKA DAY to everyone.Dah masuk hari raya kedua baru nak wish,maaf terlambat.Dikesempatan ini,I nak say sorry kepada mereka yang mengenali diri I dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki.Halalkan segala makan minum & duit if I terguna.Sifat manusia tak boleh lari dari melakukan kesilapan.Oleh itu,diharapkan raya kali ini dapat mengeratkan tali silaturrahim disamping bersyukur kerana diberi peluang merasai kemerdekaan yang ke-54 tahun.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!



Seriously,persiapan raya tahun ni tak sehavoc seperti tahun-tahun lepas cuma sehari sebelum raya thats mean esoknyer raya lah kan..pukul 7 pagi tepat I dah bukak mata luas-luas sebab mak dah menjerit sebelum subuh lagi soh bangun kemas rumah.Ewah Mak Yam ni,mentang-mentanglah this year tahun terakhir before I bertukar status memang kaw kaw punye mak bagi arahan keje.Mula-mula dia soh lap tingkap lepastu panjat grill berus kasik bersih sambung lap sliding door bagi kilat nampak gigi disudahi berus lantai depan rumah.Ni kalau mak mentua tengok kagum setahun tak habis pujian sebab menantu da serupa Spiderman.Kecut badan kena air setengah hari.Ingatkan penderitaan berakhir disitu tapi,jangkaan meleset sama sekali kerana mak soh kemas bilik dia dengan bilik tetamu.Adoii,tak kan lah orang datang beraye siap nak menjengah master bedroom plak.Pitam sekejap.

Sambungan di malam raya selepas orang datang bertakbir,langsir bilik masih tak terpasang sebab kain langsir lama benangnya tertetas habis tempat cucuk pin langsir terburai.Masuk semula langsir dalam almari sebab ada orang tu bajet artis takot jari terluka kalau menjahit tercucuk jarum.Oucchhh.

Di pendekkan cerita raya tahun ni sangat ala kadar,

LANGSIR = Pakai yang sedia ada
SARUNG KUISYEN= Last year punya
CARPET= Satu family tak suka carpet jadi tukar dengan alas buluh
BAJU RAYA = Seorang sepasang je
KASUT RAYA = Tak beli,pakai je yang da berlambak atas almari
KUIH RAYA = Beli dekat IKEA,beli dekat kawan & buat sendiri
BARANG KEMAS = Tak minat barang kemas,pakai rantai emas turun-temurun

Walaupun raya ini takde apa pun yang barang baru melainkan baju kurung tapi I tetap happy sebab dapat berkumpul dengan sanak saudara.Maklumlah semua orang duduk jauh-jauh jadi bila hari raya ni la peluang semua orang berkumpul untuk bercerita.Kepada u'oll semua.SELAMAT HARI RAYA SEKALI LAGI.Kalau memandu,berhati-hati dan ingat orang yang tersayang.


Ni baru sikit saudara mara.Muka I memang takde dalam gambar ni sebab terpaksa jadik cameraman.Sedih.


Saturday, August 13, 2011

DAH NAMA PUN BULAN PUASA...SENDIRI MAU INGATLAH

I tau sekarang sudah terlambat 12 hari tapi,takpelah.Bak kata orang at least ingat dari melupai.Oleh itu,dengan ini saya Nazirah Bt.Ahmad ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam yang berada di dunia ini tidak kira samada kita berbeza bangsa,warna kulit,warna mata.Yang penting Islam.Tapi,kot-kot ada segelintir manusia yang beragama lain sama-sama berpuasa.I doakan suatu hari nanti u'oll akan diberi hidayah.Aminnnnn.

Alhamdulillah,hingga ke hari ini I belum ada buang puasa.Kesihatan badan ditahap normal cuma biasalah kadang-kala letih sampai pitam memandangkan cuaca di Johor yang tak menentu.Tengah-tengah panas kang tetiba hujan.Hujan kalau 1-2 jam takpe,ni kekadang tak sempat feel sejuk dekat oversea tup tup eh,hujan dah berenti?Tapi,bagus jugak hujan sekejap-sekejap je takpun pukul 3 pagi baru hujan.Kang kalau setengah hari hujan semua orang layu je nak bekerja.Cuma,sekarang ni I taktaulah samada orang JB perasan ke tidak or I sorang je yang perasan,I rasa tahun ni sangat bersepah bazar Ramadhan.Dimana-mana ada bazar sampai dalam fb siap ada orang list pulak harini nak gi bazar Taman Dahlia,esok BBU,tulat dekat Kampung Melayu seterusnya blah blah.Honestly,I dah 4 kali pergi itu pun sebab nak berjalan buat cuci mata takpun teman kakak I beli kulit ayam.But, seriously kesana kemari I lalu semua bazar.I know lah bazar Ramadhan ni dapat menambah pendapatan sesorang disamping ia jugak dapat mengeratkan silaturrahim.Tapi,actually yang paling penting ia sangat membantu kaum isteri atau wanita dari bersusah payah berperang didapur untuk memasak juadah berbuka.Kaum wanita,anda dipersilakan gantung periuk sekarang.

Berdasarkan dari perhatian I sebanyak 4 kali ke bazar sepanjang bulan Ramadhan ni boleh dikatakan orang Melayu sangat suka membazir.Mana taknyer,selagi nampak makanan semua nak beli.Laksa Johor,roti jala,nasi padang...kang teringat pulak suami suka kuih so,beli kuih sampai tiga jenis.Tu tak masuk bab air.Nampak air kathira Abu Bakar nak beli,nampak air bandung macam sedap pun beli jugak padahal tawar nauzubillah.Yang tak boleh tahan,air sirap limau pun nak beli.Apalah salahnyer amek je limau dalam freeze belah dua,amek pewarna merah,lepastu amek gula pasir tuang air masak.Hamek ko step by step I ajar.Time buka kalau makan sampai habis takpe,ni baru 4 suap dah surrender kenyang.Lepastu baki makanan buang dalam tong sampah.Kakak I lah salah seorang contohnyer,beli kulit ayam dan tongkeng ayam sampai RM4 last-last kucing jugak yang habiskan.Not good,not good..

Tapi,I puji lah emak I sebab tak suka membazir.Ni kira I bagi tips lah untuk u'oll berjimat cermat di bulan Ramadhan.Emak I memang seorang yang rajin memasak dan pandai memasak (Bodek je ni).Oleh kerana emak I seorang wanita bekerjaya maka,selalunya menu berbuka puasa kami sekeluarga adalah sama selama 3 hari berturut-turut; contohnya,haritu emak I masak sambal udang satu periuk besar untuk 3 orang makan je sebab I kureeennng sikit seafood-seafood ni tapi kalau tak habis makan time berbuka simpan dalam freeze,esok panaskan semula...makan lagi.Tak habis lagi,simpan semula...sampai akhirnya I stress biarkan je sambal udang tu terdedah bagi lalat menjamah.Puas hati aku!Lagi satu,emak I memang expert bab mempelbagaikan juadah.Misalannya, hari ni emak beli seekor ayam maka juadah berbuka puasa adalah ayam goreng berempah,ayam masak kari dan kacang panjang goreng bersama ayam.Semua juadah ada ayam,lama-lama muka memasing dah macam ayam.~makan sambil tutup mata.Bagi mereka yang teringin nak berbuka di hotel tapi, bila tengok harga RM80 per person takpe jangan kecewa.U'oll amek je gelas berkaki,bancuh air sirap belah nipis lemon or orange selit dekat mulut cawan lepastu served ajelah dengan murtabak daging pakai garfu dengan pisau. See,dah siap murtabak chop with Island red syrup.Air sirap RM1 + Murtabak daging RM5.Hah,kan dah jimat RM74 dekat situ.Selamat mencuba. 

Papepun,di bulan puasa ni elakkanlah membazir.Mungkin RM20 bagi u'oll adalah nilai yang kecil tapi bagaimana mereka yang sangat daif?Tak salah sekiranya sesekali u'oll nak makan banyak tapi biarlah berpada.Macam juadah I ni...


Ni juadah berbuka puasa I haritu dekat Anjung Tokoh iaitu Laksa Johor, nasi berlauk ayam kari,ulam-ulam,semangkuk puding kastard dan segelas fresh orange.Nampak memang macam bela saka boleh ke habis tapi,Alhamdulillah berkat kesabaran yang jitu wassalam licin semua.Ni bukan makan ikot nafsu ye tapi mengelakkan pembaziran.Ko bayar RM18 makan secara buffet takkan setakat makan karipap je.Ye tak? ;p

Saturday, August 6, 2011

UMPAMA SUDAH JATUH DITIMPA LIFT TERGOLEK PULA DI ESCALATOR

I dari kecik memang hidup penuh dengan cita-cita.Dari cita-cita seorang konduktor bas,doktor,penyanyi...Eh,penyanyi tu bukan cita-cita I tapi cikgu yang memandai letak.Lepastu I pernah bercita-cita jadik fashion designer tapi,hajat tak kesampaian memandangkan cikgu kelas sekolah agama bila tahu I bercita-cita jadik fashion designer terus BOMMM!!!Hamek ko 45 minit satu kelas dengar tazkirah Jumaat pagi dek penangan kertas yang I draw baju kebaya terbelah kain terjatuh betol-betol depan kaki cikgu.So,I surrender terus sebab malas nak dengar soalan cikgu setiap kali masuk kelas 'Nazirah..awak dah pikir masa depan awak?'.Ya Allah..mimpi ngeri 10 tahun then study pulak takde berkaitan langsung dengan fashion so, I meneruskan jugaklah perjalanan hidup yang dah ditentukan Tuhan even masa terluang I memang suka gila babi hutan design baju,colour-colour,photography.Senang cerita I memang suka fashion dan art.

Fashion designer yang I minat dari dulu of courselah RIZALMAN IBRAHIM even berlambak fashion designer dekat Malaysia ni but,I tetap tertunggu-tunggu design from Rizalman.Sometime his design sangat simple but, inilah yang dikatakan Less is More.Betol...adakalanya kita tak perlu bersarat sangat dengan aksesori bagai.Just pakai plain shirt dengan diri yang konfiden pun boleh mengeluarkan Aura Glamour.Okay,coppp!!sebut pasal Rizalman actually sampai sekarang I masih stress.Kalau orang baca status fb I memang tahulah sebab apa but, I still want to share it with you guys.Last year I was invited by Rizalman to his fashion show.Ni kira luck jugak because I cuba-cuba contest at his blog for fashion show PUTEH.This year boleh dikatakan  AFTER-DUE DATE-SLOGAN.Actually,I ter miss his contest but,I never give up.I posted the slogan after 2 hari tarikh tutup.I posted on 12 July dan diernyer fashion show on 17 July at Menara Mustaffa Kamal.I berharap dapat pergi his fashion show untuk menyaksikan dengan dua bjik mata new Bridal Collection and Puteh.Mana tahu kot-kot dier terbaca kan.At last,Alhamdulillah I was invited for the second time personally by Rizalman but,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
I tak pegi!Tragis disitu.Yes my dear,I tak pegi pun his fashion show because I terperasan his invitation after 1 week!!Booooooo.....Time I bace message dier tu I taktau la nak menjerit ke nak nangis or just nak dok mengadap message dier hopefully hanya mimpi.Realitinya,terima jela memang takde rezeki nak pergi tengok.Mungkin next year dier jemput lagi siapa tau kan?

Tapi,betollah seperti apa yang mak kata, I ni umpama sudah jatuh ditimpa lift pulak tergolek di escalator.Amboii,panjang sungguh perumpamaan mak I.Mana taknyer,dah lah I belum habis lagi frust menonggeng memikirkan invitation from Rizalman then,keesokkan hari bila I berjumpa tailor untuk tempah baju nikah lain pulak hal yang terjadik.I semangat design baju nikah sampai 4 design siap ada picture untuk dijadikan reference but, you know what..kain lace yang I beli tak cukup.Damnnnn!!!! I beli ciffon 6 meters,creepe 3.5 meters and lace for border 1/2 meters.I dah agak dah 1/2 meters lace memang tak cukup tapi memandangkan I pergi beli dengan mak memang tak dapatlah I nak berjoli lebih sebab I terpaksa akur dengan perintah mak yang tak bagi membazir duit takot lepas kawin tak pakai lagi baju nikah jadik tempat pembiakan lipas je.Hakikatnya mak cakap  'Dah la dik,habis jugak duit aku ni kang beli kain baju nikah ko je sama dengan sebulan gaji ko.' '__'

Selepas tambah tolak bahagi darab lace yang ada confirm memang tak cukup so,nak taknak I terpaksa jugak pergi beli lace yang sama dekat Jakel JB untuk buat tambahan mana yang perlu.Triple stress bila dah sampai Jakel,lace yang I beli dekat Jakel Shah Alam takde pun dekat Jakel JB.Huwaaaaa!!!1 jam lebih I pusing carik lace yang baru.Alhamdulillah jumpa jugak yang berkenan di hati tu pun dah masuk waktu maghrib.Dekat kaunter pejam mata bayar jela harga lace.Huh.


Lace lama terkurung di dalam almari menunggu masa untuk digunting oleh I.Siap ko!
   

Thursday, July 28, 2011

TORA DATANG LAGI

Mak aiii...lama benar I tak publish new post.Hidup mengalahkan Lady Gaga kemain busy lagi dier.Last post I bulan April,ni skang dah nak masuk bulan Ogos means lebih kurang 2 bulan lebih ke arah 3 bulan I takde pok pek pok pek dekat blog.Kalau ikotkan banyak je I nak story morry dengan u'oll but,selalu niat murni ini akan tercemar dengan lambakan kerja so,memang tak dapatlah den nak menolong.Yang lagi loser bila I sign in blogger sepatah haramm icon publish new post takde appeared dekat dashboard I.Mengelabah telefon sana sini tanye apehal I nye blog tak bleh post pape?Jawapan yang I terima semua orang soh setting blogger semula even actually I menggunakan Blogger in draft ye tuan-tuan dan puan-puan.


Okaylah,after dipikirkan dan dipertimbangkan I sangat konfiden try click sana click sini macam software engineer lagaknyer sehinggalah........Hye!!!Im back!Gempak siot boleh setting sendiri tapi adatlah harus ada kecacatan because my blogger back to old version.Huwaaaaaaa T_T Orang lain dah maju dashboard semua version orange + gray tapi, I terpaksa gunakan version yang colour biru + hijau + coklat cair + putih.Cis!sakit mate tengok colour berselerak ni semua.


Its okay la as long I masih boleh pok pek dekat sini.Insyaallah jika di izinkan Allah S.W.T I akan bercerita dan terus bercerita sampai mulut korang bernanah nak membaca.Tapi,sebelum itu marilah kita bersama-sama menghayati gambar pemandangan di Kota Bandung yang sempat I snap pada pukul 5 pagi.








P/S: Di dalam hidup,jangan takut untuk mencuba kerana belum cuba belum tahu.Pesanan ini ditaja oleh Nazirah Ahmad.