Friday, September 23, 2011

JANGAN KATAKAN PEROT JESSICA ALBA,PEHA VICTORIA BEKHAM PUN TAK NAMPAK BAYANG

Every raya memang tak lengkap sekiranya tak beraya dengan gediq-gediq I.Dah macam kewajipan we all akan spent time together untuk beraya ke rumah kengkawan yang lain.Berbeza dengan tahun-tahun yang lepas,we all hanya peruntukkan sehari untuk beraya ke rumah kengkawan tapi pada tahun ini semua menggediq nak beraya sakan hamekk ko 2 hari berturut-turut habis hilang kisah nak berdating di hari Ahad petang.

Terus terang menu hidangan pada tahun ini adalah sangat mencabar bagi diri I memandangkan selama sebulan berpuasa,I menjalani diet pemakanan menghindari segala menu berunsur kolestrol yang tinggi walaupun kadang-kadang tersungkur jugak tapi tetap dalam kuantiti sedikit bagi mendapatkan perot flat Jessica Alba di dalam filem HONEY.

Hari pertama,permulaan menu adalah hidangan nasi himpit dan kari ayam di Majlis Pertunangan Maisarah & Khairul.Selamat Bertunang u'oll semoga ikatan terjalin hingga ke jinjang pelamin.Amin.Seterusnya we all redah ke Majlis Perkahwinan Adik Ekin Mawi.Actually I tak kenal pun adik Ekin tu tapi memandangkan dia berkahwin dengan abang ex schoolmate so,datang jela minum air sirap dengan kuih lapis.Selepas berpikir banyak kali at last rumah Shukor sebagai next destination.Mee goreng pedas sebagai hidangan minum petang dimasak oleh girlfriendnya bersama air karbohidrat.Eh eh..salah pulak air karbornat la.Sedapppkan Senah?Hilang kesah diet ko.Tidak lupa jugak spaggeti di rumah Dayah.Walaupun perot dah kenyang,tetap digagahkan jugak menyumbat ke dalam mulut.Kesian pukul 10 pagi Dayah dah message bagitahu dia buat spaggeti jadi agak kurang sopan kalau tidak menjamah walaupun sesudu.Last destination sebagai penutup acara we all pekena Tutti Frutti sempena meraikan Birthday Girl,Cik Zalikha Othman yang ke-24 tahun.HAPPY BIRTHDAY MONSTER.Pukul 11 malam baru balik rumah.Sambung esok.

Sesi bergambar wajib ceria walaupun perot memasing sudah boncit penuh makanan dengan air.


Hari kedua,rumah pertama yang dituju adalah rumah Ika dengan hidangan stew daging dan garlic bread.Dugaan dugaan.Mula-mula I nak menjamah je.Malangnya,daya ketahanan sangat rapuh dengan godaan stew yang panas baru keluar dari periuk mengakibatkan bekas stew licin hanya tinggal kuah.Nafsu tak terkawal bak kata orang tua.Rumah kedua,kunjungan ke rumah bakal mak mentua I.Hidangan kali ini berunsur ala-ala easy simple gitu iaitu hidangan kuih-muih serta air anggur.Selepas 1/2 jam berpok pek,we all meneruskan pula kunjungan ke beberapa rumah kengkawan sekolah dengan menu kuih raya dan disudahi ke rumah Murni dengan menu penutup adalah Mee Rebus Hj Wahid.Gila melantak tanpa was-was.


Dekat mana-mana wajib bergambar tak kiralah tempat,memasing buat macam rumah sendiri tak perasan tuan rumah mengerling di tepi.

Penyudahnya,dalam masa 2 hari berat badan I naik 1.5 kg dan terhasillah extra perot yang comel bernama boncit.Dah!!Dah!!! I nak gi buat sit up dengan jogging ni.Insaf terus.Sape nak buat open house pastikan ada epal hijau sebakul.