Sunday, November 14, 2010

GOLONGAN KEKURANGAN VITAMIN

MENGIKUT PERINTAH DAN KUAT MEMERINTAH adalah dua perkara yang berbeza.Mengikut perintah contohnya apabila emak suruh mandi sebelum waktu maghrib dan kau patuh kata emak manakala kuat memerintah bermaksud kau suka sangat perintah orang lain untuk melakukan sesuatu bagi pihak kau.

Sebagai seorang wanita yang berusia 23 tahun dan berfikiran waras semestinya aku melihat situasi 'memerintah' ini di sekeliling aku.Kalau bos kau perintah buat kerja tu memang wajib lah kau kena buat.Tapi maksud memerintah yang aku ingin sampaikan ini ialah apabila sesorang itu memerintah dengan keadaan yang tidak sepatutnya atau senang cerita 'kau duduk terkangkang depan tv tunggu orang lain hantar makanan depan mata'.Mungkin kerana aku adik-beradik telah di didik oleh kedua ibu bapa sejak kecik supaya menggunakan perkataan TOLONG apabila ingin meminta pertolongan dari orang lain itu membuatkan aku seakan terkedu melihat jika sesorang menyuruh orang lain membuat sesuatu untuknya hanya dengan ayat 'pergi ambil air', 'cuci gelas ni jap,kotorlah'.Apalah salahnya kau gunakan perkataan 'tolong ambilkan air','tolong cucikan gelas ni boleh?kotorlah'.Susah sangat ke gunakan ayat tolong?Aku bukanlah hakim untuk menghakimi diri orang seperti ini apa tetapi secara zahirnya kau sememangnya dikategorikan sebagai SESORANG YANG MEMERINTAH. 

Tidak cukup dengan itu,adakalanya barang yang dimahukan jaraknya sejengkal tetapi disuruhnya orang lain yang mengambil.Sekali-sekala tidak mengapa tetapi janganlah setiap masa.Kau bukannya puteri raja mahupun putera raja mintak ape je semuanya tersedia di depan mata.Guna otak tu sikit!Selagi orang lain boleh bertahan mungkin mereka tidak berkata tetapi bila sudah melampau mereka yang bersifat pendiam pun boleh meletus mengalahkan Gunung Merapi.

Hidup di dunia seharusnya bertolak-ansur dan tolong-menolong tetapi sekiranya asyik menggunakan frasa 'tolong' bagi menutupi frasa 'memerintah' tidakkah kau layak menggaji 50 orang pembantu rumah?Orang sebegini bila kita merungut mengata pandai pulak dikatanya kita tidak mengenang budi,berkira,mengumpat,pantang diminta tolong dan pemalas tapi kau tak pikir yang kau tu sepatutnya digelar pemalas tegar. Ini kekadang aku perhatikan ada segelintirnya tanpa rasa bersalah memerintah orang lain tanpa mengira waktu.Tak pikir orang lain penat ke tengah tidur ke main suruh je.Sepatutnya orang yang kuat memerintah ni kita hadiahkan Kacip Fatimah biar bertenaga sikit jadik takdelah macam sotong duduk melepek je lepastu bila suruh buat kerja ada saja alasannya.
Kacip Fatimah Orang Kampung antara keluaran yang mendapat sambutan di Malaysia.Sila dapatkan di pasaran.Tak pun korang beli air tongkat ali.

Semoga Allah S.W.T membuka hati pada mereka yang tidak sedar.

No comments: