Wednesday, November 10, 2010

BILA RAMBUT MAK SURTI MENJADI IGAUAN

Aku sayang dengan rambut panjang aku ni tapi bila memikirkan dengan rambut panjang wajib time makan selalunya tersuap rambut sekali 7 helai,bila mandi basah rambut memakan masa selama 3 jam untuk rambut kering tanpa menggunakan hair dryer dan paling tersentap bila aku tengah mop lantai umah,bapak aku cakap sekilas pandang rambut aku dah macam  Mak Surti dalam sinetron Cinta Kirana.Peh,tersentap siot sampai tengah-tengah malam boleh pulak termimpi Mak Surti tersengih.

Oleh itu,bagi mengelakkan diri aku mengalami depresi akibat gurauan bapak aku maka,seminggu selepas bertunang aku lincah gi gunting rambut tapi bila dah depan pintu kedai boleh pulak aku siap berpikir jangka masa untuk rambut panjang semula.Nak gunting ke taknak?Nak gunting ke taknak?Aiyoooo,banyak susah lepastu bila mamat hair stylist tu dah tercongok depan aku nak tak nak terpaksalah masuk jugak.

Tanpa rasa bersalah aku cakap 'I nak rambut pendek sebab rimas'.'Eh Amoi,U tak sayang ke ini rambut sudah banyak panjang?' 'Takpelah,gunting je macamana U suka.I taknak pikir banyak nanti tetiba I tak mau gunting.''Wooo,okay lor..U duduk diam baca ini majalah.I settlekan rambut U.'


Sejam.

2 jam.


jeng...

jeng...

jeng...

dup...

dup...

dup...

3 jam berlalu

tadaaaaaaaaaaaaaaaa...................



Tiada lagi igauan rambut Mak Surti.Pak Tejo??Ohhh Pak Tejo....????

No comments: