Friday, June 4, 2010

MY FRIDAY

Tiada yang menarik di hari Jumaat melainkan seperti biasa bangun pagi solat Subuh mandi pakai baju start enjin pergi jengah pekerja seterusnya bertapa di ofis mengadap facebook.Setiap hari rutin sebegitu memang tidak diperlukan membuat catatan di dalam diari kerana membazirkan dakwat pen.
Semalam adalah hari Khamis yang double bermakna kerana keempat-empat ekor anak kucing aku mati kekejangan kesejukkan diluar rumah tanpa perlindungan yang maksimum.Aku sudah tidak mampu meratapi kematian kucing-kucing aku kerana membazirkan air mata sahaja,baru bulan ni mati dua bulan depan dapat anak kucing yang baru.Gila rakus kucing aku ni memadah nak bunting.Gagah kuat bertenaga tak perlu tongkat ali kacip fatimah.Korang tak perlu nak memfitnah mengata aku cat killer.Dah ajal dia aku nak wat macamana?Boleh aku kata Eh stop!Kucing ni baru je hidop janganlah tarik nyawa dia dulu?
Sekarang cerita yang lagi best aku nak bagitau semalam aku makan dekat TGI FRIDAY's.Ye,memang sangat teruja sebab aku bukan macam korang TGI dinner setiap hari.Disebabkan aku tak macam korang lah aku nak memberitahu seumur hidop aku baru 3 kali je menjejakkan kaki ke TGI tu.Pergi pun sebab celebrated anniversary kalau tak,menjamah jela nasi lemak ayam goreng dekat Osman.Tapi,aku takdelah jakun sangat sampai orang bercerita tentang TGI aku sebok tanya tu brand baju apa.Itu bukan aku.
Terima kasih kepada Encik Faizal yang sudi membawa budak kuat makan ni menjamu selera di TGI.Saya sangat suka sebab tu saya siap bawak camera gedabak saya bersama bagi merakamkan detik terindah.Ewah,menggatallah pulak ayat dia macam ar selama ni tak penah bawak pergi makan.Itu lain,ni setahun sekali je ala-ala candle light dinner tapi haram candle light apenya sebelah meja memekak bercerita tentang World Cup.Siot betol langsung mood i nak sweet-sweet telah tercemar.Papepun saya tetap happy.Happy dapat makan.Happy berceloteh.Happy jumpa Faizal.Unhappy tak dapat present.Cit.Sengaja ar tu tangguh present kita.

Aku sikit punyalah gigih cuba ambil gambar dia dengan konsep ala-ala candid.

Tapi,dia ambil gambar aku macam ni je??Langsung takda style.

Gambar ke-empat barulah cantik sikit.Tu pun muka aku menahan geram sakit hati.

Our menu.


1 comment:

ctpayong said...

uh...makan xajak pun. xpe.tapi ibu tetap ajak zira mkn durian...jom durian bnyk kat umah.