Thursday, May 20, 2010

YANG KORANG TIDAK TAHU

Wah!Macam tak percaya sih setelah sekian lama berceloteh di ruangan maya ini finally celoteh ku udah sampai ke-100.Teruja banggat ni.Teruja dapat bunga setahun sekali dari cowok pun ngak seteruja begini.Waduh,banyak sih yang aku ceritai dari tentang gelagat manusia,aktiviti harian hingga ke menu makanan semua mahu dikongsi tapi ngak pasti sama lu suka atau ngak.Ah,persetan sama itu.Dasar wanita mulut murai!!Kalau boleh,cerita menyental lantai bilik air jugak mau di post tapi memikirkan pakaian sewaktu memberus lantai menjolok mata dan bisa membuatkan emak bapak pengsan melihatnya maka hajat itu terpaksa dibatalkan.Peh,tetiba berdialog Indonesia kenapa pulak ni?Cis,ini semua gara-gara sinetron Tasbih Cinta lah ni.

Memang hari ini dalam sejarah lah wa cakap lu..sebab tu entry kali ini tidak akan melibatkan langsung perihal Tijah,Joyah atau Timah.Entry kali ini hanya perihal aku.Ya,hanya aku kerana masih ramai yang tidak mengenali diri aku yang sebenar-benarnya.Kalau korang yang sudah lama kenal aku tapi masih tidak tahu atau pura-pura tidak tahu tidak mengapa.Aku tetap mahu memberitahu kerana korang pun tahu kan aku nak cakap ape?..Belog aku,suka atie aku lah nak cerita apa.Hahaha..Sakit atie lah tu.Meh terjah rahsia aku.


PANTANG MEMOTONG KUKU IBU JARI TANGAN KIRI

Serius,aku tak boleh potong kuku ibu jari tangan kiri kerana bila aku potong pasti kulit disekitar kuku mengelupas hingga berdarah.Kalau mau potong jugak harus potong sedikit sahaja.Isnin lepas degil potong jugak kuku itu kerana geli kuku panjang tapi akhirnya hingga ke hari ini kulit mengelupas dan berdarah tanpa belas kasihan.


ALLERGIC SEAFOOD

Dulu sumpah tak sentuh langsung ketam,udang dan segala minatang yang ada dekat laut tu kecuali ikan tapi memandangkan nafsu mencuba tu mengalahkan nafsu bertahan makanya setiap kali makan udang pasti sejam kemudian mulut macam kena sengat dengan lebah.Bila makan ketam pulak,badan akan kena gegata.Satu hari belum tentu baik.Gegata kalau sikit-sikit takpe ni dah macam kena tepek dengan mask.Nak senyum pun susah.


Tapi,korang jangan ar bayangkan mulut aku jadi macam nenek tua si Jocelyn ni.Melampau tau.


TIDAK BOLEH SALAH PAKAI GEBAR

Selimut,blanket atau gebar orang Muar kata tidak semuanya boleh menyelimuti badan aku kerana jika salah selimut akibatnya bangun pagi terus batuk anjing.Eh,batuk anjing ke?Hah yela nama batuk tu batuk anjing.Gebar paling sesuai dengan aku adalah jenis cotton 100%.Jadi,kepada sesiapa yang ingin menghadiahkan aku gebar untuk birthday next year sila pastikan selimut itu dari cotton ye dan dari jenama AKEMI.Brand tu je yang aku pakai.Demand.

ADDICT MENGEMAS ALMARI BAJU

Entah kenapa dari dulu aku addict sangat mengemas almari baju.Setiap kali membeli baju baru pasti aku keluarkan semua baju-baju yang sedia ada di dalam almari untuk di susun semula.Hanger harus sama warna.Lipatan harus sama besar.Susunan baju harus mengikut turutan warna di dalam kotak pensil LUNA.Kalau baju memerlukan hanger untuk digantung,rupa bentuk baju harus dititikberatkan kerana jika berlengan pendek di hadapan jika berlengan panjang ditengah jika dress harus dibelakang dan jika ia baju kurung harus dimasukkan di dalam plastik.Cerewet.

BERKAWAN BAIK DENGAN GUNTING,KERTAS WARNA DAN KRAYON
Masa terluang pasti aku akan menggunting kertas membuat kad atau mewarna.Selalunya Faizal lah orang yang beruntung (sila berbangga ye Faizal) kerana nak cakap i miss you pun aku siap buat kad yang melibatkan kos bahan rm10 tau.Tu belum campur tenaga aku.Tak balik modal langsung.

Ni ar hasil kerja aku masa tingkatan 4.Eh,ni bukan kad tapi alas meja kelas aku.Meja yang ada purse Adidas tu ar meja aku.Kerana meja tu lah aku belajar hingga ke universiti.Huhuhu.


TIDAK GETI BEZAKAN BUAH-BUAHAN

Dari kecik duduk di bandar memang mempunyai kelemahannya kerana benda yang simple tak payah belajar dekat sekolah pun aku taktau.Malu siot bila dengan kofidennya..manisnya nangka ni.Ooiii!!itu cempedaklah.Ooo..ye ke.Untuk pengetahuan korang baru last month aku tau rupanya pelam dengan mangga itu berbeza.Issy,jakun sungguh.Lepastu aku suka suruh bapak aku bawak balik langsat dari kebun tapi nanti dah dapat pasti moody kerana langsat yang aku tengok dekat rumah Faizal tak sama dengan yang bapak aku bawak balik.Yang itu duku lah!!!Adoiiii.Pernah emak suruh aku beli pisang nipah dekat pasar tapi bila sampai rumah emak kata kenapalah tak tanya orang tu dulu??Ni pisang mas dik.Lagi sekali adoiii.Maka,jika korang suruh aku pergi pasar malam belikan buah sila drawkan sekali rupa buah itu ye.


SUKA DRIVE MACAM LEWIS HAMILTON

Mak selalu istifar dan mengucap panjang bila naik kereta dengan aku.Kalau aku break kaki dia pun sama break.Bukan apa,dulu masa kecik aku selalu berangan nak bawak kete sebab dari dalam perot selalu naik bas je tu cita-cita pertama mahu jadik konduktor bas sebab terkenan.Hah,dah melalut pulak dah.Eh,betollah aku cakap.Bila dah besa ni lah baru dapat bawak keta tu rase nak bawak F1 pulak.Tapi,tahu impian mustahil untuk dikecapi kerana baru seminggu dapat lesen sudah langgar orang.


ANTISEMUT

Disebabkan dari kecik dah diberitahu jangan minum air yang mengandungi semut kerana boleh mengakibatkan pelupa maka,sejak detik itu aku telah melancarkan peperangan terhadap semut.Jumpa je semut mesti aku penyek-penyek pakai jari dengan rasa yang taksub siap letak atas tisu senang nak kira berapa ekor aku dah bunuh.Ya Allah ya tuhan ku,ampunilah dosa-dosa hambamu ini.Aku tahu aku sangat berdosa kerana membunuh dengan senjaga.Tapi,sekarang aku dah ada penolong dah.Tu si kemetot Qaseh Boncit tu.Amboi,bukan main lagi dia meniarap dekat lantai lepastu siap..Heeemmm!!ati pun ye..(mati pun dia) ngan muka yang puas.Memang anak sedara kesayangan ni.


TIDAK PERNAH SIKAT RAMBUT SELEPAS MANDI

Sejak umur 14 tahun aku telah terpedaya dengan amalan petua akak yang tidak akan sama sekali menyikat rambut selepas mandi.Bak kata dia,nanti rambut mudah gugur tapi,hingga sekarang aku tak pernah jumpa kesahihan petua tersebut kerana setiap kali bangun pagi pasti ada segumpal rambut yang gugur.Cis,menipu betol akak ni.Walaupun begitu,amalan tetap diteruskan kerana guna jari pun bolehhh.

Dah,cukup-cukuplah korang tau pasal aku.Next time jela aku bercerita lagi sebab kalau semua nak diberitahu mungkin sampai entry yang ke -105 pun belum abis.Chaloh.

3 comments:

ctpayong said...

e'ek...ade satu bende besar punye rahsia ko xmo cakap heh...nak tahu ko kena tipon ibu. kalau tak nak ibu tulis kat sini ko kena belanja ibu..hahaha.

Anonymous said...

Kau mengaku jelah dik..ada benda kau sembunyikan lagi..hahahah..ke nak aku tulis dalam comment nih hehehe

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

ibu: cis,ini semua mengugut ni.xbaik ibu..dosa tau.hahahaha

akak or abg: ni lagi sorang..takpe..cukup2.
nxt time boleh tulis.