Wednesday, May 19, 2010

ITU AKU,BUKAN ENGKAU.

Aku bukan tidak matang pemikiran.Aku bukan mengada-gada.Aku bukan mintak perhatian.Aku cuma rindu.Salah ke rindu hingga menangis??Ko tau aku memang dari dulu gembeng tidak boleh berjauhan dengan orang yang aku sayang.Keluarga,kawan-kawan dan juga dia yang bernama buah atie + chinte atie + jantung atie + atie atie.Mengapa payah sangat ko untuk memahami diri ini?Bukan aku suruh ko bina jambatan emas dari munsyi ke bandar baru uda.Tolong!!!Aku cuma merindui.Itu sahaja,tidak lebih tidak kurang.Mungkin cara kita berlainan untuk meluahkan kerinduan kerana ko lebih suka mendiamkan diri dari meluahkan tetapi itu bukan aku..Aku tidak begitu.Memang dari mengandungkan aku,emak kuat menangis makanya bila melahirkan dapat anak kuat menangis jugak.
Kenapa pelik?Sedangkan orang lain ada yang merindui hingga sanggup drive pepagi buta untuk berjumpa dengan tersayang.Ada jugak yang sanggup terbang dari United Kingdom ke Malaysia hanya untuk berjumpa selama 1 hari.
Jangan suruh aku berhenti menangis kerana aku tahu bila waktunya aku patut berhenti.Jangan suruh aku diam kerana aku tahu bila waktunya aku patut berdiam diri.Aku hanya bermohon agar ko mengerti perasaan ini.Hargai setiap detik yang ada kerana ia akan menjadi kenangan.Pilu.
Sebagai orang yang dirindui,ko seharusnya bersyukur kerana masih ada yang merindui diri ko.
Sekian,dari atie yang dilukai.Jangan dipujuk kerana aku tahu bila waktunya aku patut memujuk diri.Sekarang mau mengadap cermin menangis sendiri.

3 comments:

ctpayong said...

dia bukan xsyg tapi xtahu camner nak tunjuk yg dia syg...kan ke bahlol tu. dah xyah nak nangis...mmg dia syg ko ler badigol.

ctpayong said...

awk nampak comot bila nangis. jom pergi kebun wk end ni, durian ibu mungkin ade yg dah gugur. xmo nangis2!!!

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

ibu: weekend ni za ada kelas.
nxt week xde!!
hihihih