Wednesday, May 5, 2010

PROGRAM: SEMANIS MADU.

2010 merupakan tahun dimana rakan-rakan sekolah aku berkahwin.Serius gila banyak aku nak kena attend untuk memeriahkan majlis.Aceh aceh...macamlah klo aku tak datang majlis tak meriah.Besties aku,Aishah Abdullah atau lebih dikenali dengan Echa jugak akan melangsungkan perkahwinannya pada 22 May ini.Peh,ni yang kena siap tuala good morning ni dalam handbag.Sedihnya.


Ada orang bertanya pada aku bila mau berkahwin.Tak jeles ke kengkawan yang lain semua dah nak kahwin.Aku jawab tahun depan.Tahun berikutnya klo tanya lagi aku jawab tahun depan..Isy,asyik tahun depan je.Bukan apa kengkawan, aku pun actually tak tau bila aku akan berkahwin?Segalanya berserah pada jodoh.Memang niat tu ada,perasaan tu pun ada tapi sabar lah ye.Pada kengkawan yang jauh di perantauan terutamanya Hatim sila tunggu kad jemputan kahwin i ye.Akan i post ke Dublin but if takde duit tambang sila jual buah pinggang sebelah bagi menampung perjalanan pulang ke Malaysia.Trimas.
...................................................................
Bagi aku,setiap lelaki mahupun wanita yang mempunyai niat untuk mendirikan rumahtanggabumbungtingkap dengan pasangan memasing haruslah sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.Duit??Ye,duit pun kena bersedia jugak atau senang cerita mampu untuk ko menanggung orang rumah (bagi lelaki) jadi takdelah dah kahwin ko bagi makan pasir berulam batu.Tapi,klo ko baru pandai tulis surat cinta KITA SUKA AWAK letak bawah meja dah kahwin tu bukan bersedia tapi gatal miang namanya.Makanya,ibubapa sekalian menjadi tanggungjawab anda memastikan anak-anak anda tidak mengalami KEGATALAN di bawah umur.
Persediaan mental dan fizikal tak semestinya ko tertumpu kepada pasangan sahaja.Ko harus bersedia menerima keluarga pasangan,rakan-rakan pasangan dan kehidupan pasangan.Ko jugak kena pandai membawa diri apabila berhadapan dengan keluarga pasangan didalam sesuatu majlis.Maksud aku ko tahu bagaimana cara untuk berbual,topik yang boleh dibualkan,topik yang sensitif dan senyum.Ini tak,dahlah datang majlis orang lepastu tegak macam kayu.Orang senyum dekat dia pun muka tegang macam baru lepas inject botox.Orang macam ni sumpah aku taknak jadikan ipar.
Korang perasan tak atau buat-buat tak perasan yang zaman emak bapak kita kahwin yang tak kenal satu sama lain malah tiada ruang untuk bercinta terlebih dahulu jarang berlaku penceraian?Kenapa?Kenapa?Ini kerana mereka tahu apa yang mereka mahukan di dalam perhubungan.Bertolak ansur,berbincang,kasih sayang itu semua di adun dengan sebati bagi mengelakkan pergaduhan atau penceraian.Tapi,orang sekarang nampak pasangan warga tua berpimpin tangan dikatakan buang tabiat.Itulah dinamakan cinta sayang.Sayang pasangan bukan lepas kahwin ko pukul bantai.Sepatutnya rasa sayang kita kepada pasangan sentiasa berkekalan macam zaman bercinta dulu.Eleh,dulu time bercinta boleh je bagi bunga selori bila dah kahwin mendatar je.Nak dapat bunga setahun sekali pun susah.Bila diminta kata mengada-gada dah tua nak feeling anak dara.Laki macam ni bagi dia minum racun je senang.
Korang tengoklah zaman sekarang.Tak payah tengok jauh,tengok artis-artis kita je berapa ramai yang kahwin cerai.Dah macam trend pulak kahwin setahun dua lepastu cerai.Bila di tanya tiada persefahaman dan tiada jodoh.Hello hello!!!Tuhan jadikan setiap manusia itu berpasangan cuma kita perlu cari dan jaga.Sometime kita tak sangka pun kawan dari kecik tulah jodoh kita.Tapi,bila dah dapat ko ambil mudah-gaduh-cerai.Siapa yang buat tak sefahaman tu kalau bukan diri kita sendiri.Betol tak?Kalau bergaduh bawak berbincang.Pikir dengan waras menggunakan otak bukan pikir dengan kepala lutut.Ni klo dua-dua dah terpekik terlolong sapa nak dengar cakap sapa?Aku dengar?Setan suka ar berjoget-joget depan ko menghasut.
Lepastukan kengkawan,hidup berumahtangga ni ko kena pikir masa depan ko sekeluarga.Maybe time bujang ko kuat bersosial tapi bila dah ada keluarga aktiviti itu perlu dikurangkan.Ni umur dah sebaya nenek aku ada hati pergi clubbing lagi.Ko ingat malaikat pun berclubbing ke apa?
Akhir kata dua kata,yang paling paling paling penting adalah setiap hubungan haruslah minta restu dari kedua ibubapa dan berdoa semoga diberkati oleh Allah S.W.T.Memang kita ni tidak mampu untuk menghalang ketentuan Illahi tapi kita boleh sentiasa berdoa dan meminta agar perhubungan kekal hingga akhir hayat.Tak gitu En.Faizal?So,klo Za kata 'tak sangkakan relation kita kekal sampai sekarang' maksudnya aku soh ko masuk meminanglah.
Aku ni dah macam bagi ceramah dekat program Semanis Kurma pulak.Produser,lepas ni klo Ustazah Siti Norbaiyah taknak sambung kontrak boleh ambil saya ye.

Muka saya yang depan ni.Budak terencat yang dekat belakang tu tolong abaikan.Yang muka paling belakang tu PA saya.Wink*

1 comment:

ctpayong said...

ermmm...pompan karachi terakhir huahuahua...anyway you're sweet.