Semalam merupakan hari men'curi tulang' kerana baru pukul 12 tengahari sudah balik untuk melantak dan seterusnya mengular di Kota Temasek.Siot je,orang lain berhempas pulas keje separuh mati ko sedap-sedap gi berjalan.Cit,kalau ada 10 orang pekerja berperangai seperti ini memang jawabnya syarikat boleh gulung tikar.Eh,tapi serius inilah kelebihan bila bekerje dibawah pentadbiran bakal ibu mentua.Pergi shopping pun dikatakan kerja.Hotak ko!Eh,betollah.Jadi supper yang berhemah untuk membawa bos pergi bershopping ke Orchard Road itu jugak dikira kerja.Boleh dikatakan setiap hari overtime termasuk dinner hingga pukul 10 malam.Wey,gigih tu boleh dijadikan role model tau.
After Zohor,bermulalah pengembaraan tiga beranak yang sumpah tak menyabar nak mengije dekat Singapore.Tapi,siang-siang aku feel syahdu dipagi raya sebab baru lepas imigresen Woodlands emak dan Puan Dibot dah surrender tinggalkan aku sendiri memandu kereta menuju ke destinasi dengan berpandukan memori di dalam kepala.Okay...jalan straight nampak Mandai Road jalan lagi lepas satelit besar gedabak amek kiri then straight sampai nampak simpang ke Steven Road pastu jumpe lah Orchard Road.Peh,lega siak sampai Orchard.Ye ar,kalau dah salah jalan celah mana pulak aku nak U-turn dah ar GPS kepala aku memang takat tau jalan ke Orchard Road dengan gi Changi Airport je.
Wah,masuk je parking mata memasing terus segar siap ada simbol $$$$$$$.Okay,tipu je.First destination masuk Coach sebab nak belikan Datin Kecik handbag.Biaselah dia,tak dapat ikot pun awal-awal dah pesan ole-ole.Coach okay.Budak sekarang memang advance tau handbag pun Coach dulu aku nak menyebut Coach pun macam tak sure.Ye ar,kang tersebut Kuach orang kata aku lahir zaman Firaun bila slag sangat orang kata tak sedar diri.Paling selamat dengar orang lain sebut dulu baru ko ikot.Paham?
Semua butik nak masuk bajet 'Aku orang kaya..Rompaklah aku' even dalam tangan ada $25.Cis,mau beli baju sepasang pun tak lepas.Hahaha.Actually niat sebenar dan benar sebenar benarnya pergi ke Singapura adalah mencari kasut kerja untuk abah manakala pembelian handbag untuk Datin Kecik itu merupakan salah satu pembaziran yang tidak dapat dielakkan kerana takot dia mogok taknak makan sampai gugur rambut dah satu keje lak nak gi tabur baja dekat kepala dia.Eh,apa aku melalut ni?Stop.
Cari kasut kerja sampai ke Singapura?Amboi,dekat JB dah habis ke semua kasut?Oii,dengar ni cerita aku,abah seorang yang humble.Dia hanya memakai kasut jenama POLO.Semua design kasut POLO di JB abah sudah ada.Sekarang merubah angin lah pulak.Ko belikanlah kasut brand Bonia dan Gucci sekalipun dia tetap kata POLO yang terbaik.Sepatutnya POLO harus memberi penghargaan kepada abah tau kerana design kasut sudah jauh ketinggalan tapi dia masih katakan design itu yang tercantik.Itu Abah Burn...abah Burn.
Air mineral harus menjadi bekalan kerana tiada masa untuk minum lepak-lepak baru berjalan mencari barang.Emak kata membuang masa.Aceh aceh,semangat tu.
Muka supper paling hot dekat JB.Haha..perasan.
Selepas semua barang dapat dibeli,tiba masanya kite berOLD CHANG KEE.Wii!!Sumpah dapat makan OLD CHANG KEE macam menang 500 ribu Jangan Lupa Lirik.Kalau boleh semua nak sumbat dalam mulut tapi masih waras memikirkan mulut bukanlah sebesar tong sampah jadi amalan berpada-pada itu harus dititikberatkan.
Before balik emak menilai hasil kerja supper serta fashion consultant yang telah melakukan great job makanya setiap sorang dapat membawa pulang hadiah berupa kasut by CROCS.Terima kaseh bos.
Crocband flat white colour.Ia bisa meruntun hati kecil Cik Z.Wala,i like!!
No comments:
Post a Comment