Sunday, May 9, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY

HAPPY MOTHER'S DAY!!!!



PUAN SITI MARYAM ABD HAMID,saya ingin memberitahu anda bahawasanya saya amat bersyukur mempunyai emak seperti anda kerana kalau tidak kerana kasih sayang,semangat serta nasihat anda tidak mungkin saya sesehat dan sekuat sekarang untuk menempuhi segala dugaan hidop dengan berat badan yang sudah mencecah 47kg itu sudah dikira saya kembali normal dan bernafsu untuk makan.Saya sayang diri anda walaupun saya selalu berbahas dengan anda tentang perkara yang remeh temeh seperti anda membebel kerana saya tidak kemas rumah dan saya akan membalas semula dengan berkata 'Minggu lepas Zirah dah kemas rumah lah mak.' atau anda membebel kerana saya selalu terperap didalam bilik dan saya akan membalas semula dengan berkata 'Alah,duduk depan pun bukan ada siapa.' atau anda membebel kerana saya malas memasak dan sanggup tak makan kalau tinggal sorang di rumah dan saya akan membalas dengan berkata 'Alah...maggie kan ada.Malaslah nak masak nanti tak sedap.'

Emak,anda adalah seorang muslimah yang sejati,anda adalah seorang wanita yang berhati kental,anda adalah seorang isteri yang taat,anda adalah seorang anak yang bertanggungjawab,anda adalah seorang kakak yang penyayang,anda adalah seorang jururawat yang berwibawa,anda adalah seorang pemandu yang berhemah,anda adalah seorang pengubah bunga yang hebat,anda adalah seorang pengubah barang hantaran yang kreatif,anda adalah seorang pekebun yang berjaya,anda adalah seorang tukang masak yang terbaik dan anda..........ye anda....anda adalah seorang EMAK YANG TERUNGGUL.


Zirah sayang sangat dekat emak.Ewah,muka bakal besan dan bakal menantu pun ada nyelit jugak lah.Petanda baik ni.


........................................................


PUAN SITI ZAWIYAH SAHAT,saya sangat bersyukur mengenali diri anda.Terima kasih kerana menerima diri saya seadanya serta menyayangi diri saya seperti anak sendiri.Yelah,klo tak buat macam anak sendiri takan mak nak belikan Zirah baju raya setiap tahun.Ye tak?Saya amat mengagumi diri anda yang berjiwa kental dan tabah menghadapi segala dugaan hidup.Banyak perkara baru yang saya pelajari dari anda termasuk cara menangani segala dugaan yang tidak melibatkan air mata.Cayalah mak!!Insyaallah kalau saya ada jodoh dengan Faizal,saya akan cuba untuk menjadi menantu yang baik kerana nak balas segala jasa baik anda memang adakalanya diluar kemampuan.

Rupa je nampak sombong tapi hati baik.Kalau tak percaya cubalah berkenalan dulu tapi kalau niat ko nak kenal dengan anak bujang dia yang nombor dua tu bak sini aku cop dulu muka ko dengan
heels aku.

..........................................................
PUAN HASSANAH ARSHAD,saya ingin memberitahu anda bahawa saya sayang ibu.Andalah ibu paling pentol yang saya pernah jumpa didalam dunia ni.Belum pernah saya dengar seorang ibu menggunakan ayat brutal seperti 'peh..masak kepala gua macam ni' atau 'woi!!ko ni masuk air ke pe?' atau 'beb,gua lagu-lagu jiwengs ni tak mainlah'.Adoi!!!memang kalau dengan ibu tak kering gusi dibuatnya.Terima kasih ibu kerana tak pernah jemu memberi nasihat serta pandangan kepada anak mu ini.Ewah,dramatic sungguh.


Nampak tu dua beranak pentol siap berpeace pulak.Mulut jangan cakap ar memang besar ngalahkan Ning Baizura.Bu,tak rasa ke kita bedua ni ada potensi menjadi penyanyi soprano?

...........................................................

Kepada semua ibu di dalam dunia ini termasuk yang berada di Afganistan,saya mengucapkan SELAMAT HARI EMAK SEDUNIA.Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.Tidak lupa kepada bekas mentua yang tak berapa nak menjadi tu,semoga sehat sentiasa hendaknya dan semoga anda bakal mendapat menantu yang seperti anda inginkan.Siapalah saya nak menjadi menantu anda kan dah lah tak kaya bukan kerabat diraja pulak tu.Adios.

p/s: Muka ex-mentua tidak dapat dipaparkan kerana masalah teknikal.Hahaha..senang cakap gambar muka ko memang aku tak simpanlah wey takot-takot difitnah main bomoh pulak.Wink*

4 comments:

ctpayong said...
This comment has been removed by the author.
ctpayong said...

u're the 1st person that wish hari ibu to me year 2010. thank u zira.

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

ibu: u r welcome.hope u like this entry.

ctpayong said...

u've teach me how to walk away from those that really hurt me. thanks again zira. JOM NGETEH eeeehaaaa.