Saturday, April 3, 2010

ON SATURDAY

Hari ini hari Sabtu.Saya berjalan-jalan dengan kawan baik saya iaitu Hidayah dan Aishah.Maaf,Zalikha dan Nadiah tidak dapat bersama kerana dua-duanya mau fokus pada final exam.Hari ini saya memakai dress berwarna-warni.Entah kenapa mau bajet kononnya jika memakai baju berwarna-warni hati kita juga riang berwarna-warni.Ya,memang hati saya sedang berbunga riang.Eh,kenapa ayat aku macam ayat budak sekolah tadika?Memang failed SPM jika karangan umpama begini serupa ko tak payah sekolah.
Dayah ambil aku dekat rumah menuju ke Holiday Plaza untuk mencari dress yang bertemakan Hawaii.Yeah,best gila tak perlu memandu untuk menempuh hujan lebat kerna mata akan spesis seperti bola golf untuk melihat jalan.Dah,tak perlu ko memandu.Okay,aku dengan Echa officially menjadi personal stylish to make sure Dayah tak ter'over' meriah dengan bunga-bunga.
Kiteorang sampai Holiday Plaza langsung tak pergi tempat lain melainkan masuk butik baju tapi memang aku macam nak meletup bila katakan mau cari baju berbunga orang cina itu bagi kiteorang wedding dress.Hahaha..Sangat kelakar muka Dayah bila stress tak jumpa dress yang di hajati.Bila semuanya buntu Echa beri idea untuk ke tempat lain.
Next destination kiteorang menghala ke Jusco Terbau City.Finally,yeah!!!Dayah got her new dress yang dipilih oleh aku sendiri but sangat tekejut bila Dayah hadiahkan dress itu kepada aku as a birthday present.OMG!!!tekejutnya aku.FYI,aku terus pakai new dress tu hari tu gak sebab Dayah kata dia just nak pinjam dress yang aku pakai time keluar ari tu.Kan senang cakap awal-awal.
After penat menjalankan operasi mencari dress kiteorang semua pergi melantak dekat Nando's.Ye,melantak bukan makan sebab semua makanan habis kiteorang makan tanpa meninggalkan sisa.Fuhh...lapar tahap dewa la kiteorang nie.


Pura-pura malu seperti tak mau makan tapi ko jugak lah yang tolong habiskan chicken wing tu.




Gila memasing promote Nando's.Kepada sesiapa yang bekerja dengan Nando's bolehlah memanggil kami sebagai duta.Wey,comel pe promote dengan aksi begini.Sumpah dalam Nando's kedengaran gelak tawa kiteorang je tanpa menghiraukan orang sekeliling yang mau tercekik dengar ketawa Dayah.

Ooo...okay..ini dia Ratu Makan.Sila lihat dengan teliti semuanya habis dimakan.Memang berbaloi-baloi korang bawa budak sorang nie pergi makan sebab usus dia sangat panjang.Muka di dalam gambar perlu diambil dengan wajah comel agar keadaan plate yang serupa gempa bumi itu dapat diabaikan.

Motif gambar ini adalah ingin menunjukkan 'my new dress' kepada semua walaupun actually ko tak nampak pun sangat design dress tu.Eh,secocok gitu hair clip dengan dress seperti sudah tahu akan dapat dress baru.BTW,thanks Dayah for the present.

No comments: