Thursday, April 8, 2010

MEMORI TAHAP 4GB

Hari ini hari khamis.Esok hari Jumaat...lepastu??...lepastu???Korang sendiri tahu hari apa jangan menggediq tiba-tiba hilang ingatan.Bukan masanya sekarang.Korang mesti rasa sepi tanpa celoteh aku selama beberapa hari ni kan??..Ceh,taknak ngaku pulak tapi takpelah aku cuma nak bagitahu korang yang aku sebok fokus belajar.Ye ye lah Cik Z nie.Haritu nampak je awak pergi City Square.Hahaha..Isyyy,diamlah korang.


Final exam minggu hadapan benar-benar menguji tahap keupayaan kotak memori aku kerana sedang belajar subjek planning,recruitment and selection human resources dan-dan lah time tu rasa nak makan maggie,pergi City Square mau beli donut Jco,tetiba gatal tangan nak bergambar,teringatkan baju yang berlonggok di dalam baldi selama satu minggu minta di cuci.Ada lagi tu emak pula ajak keluar mau carik chandelier untuk bilik tido aku.Wah wah...dalam bilik siap berchandelier ada kenduri apa?


Apabila membaca topik job offer content tetiba hati berkata eh,dulu masa diambil kerja tak dapat pun contract form?. Masuk topik organization strategy tetiba sebok memikirkan strategi company yang aku sedang bekerja.Dah,jangan nyemak tahu lah bos ko nak buat apa.Tolak tambah semua commercial break memakan masa selama dua jam.Bila dua jam sudah berlalu dengan membazirnya mulalah aku sangap rindukan bantal malas mau menelaah buku.Ooo...berjoget-joget ko setan dekat mata aku suruh tido.Nyah ko dari sini!Tetapi,memang sangat potong stim apabila sedang lena tetiba termimpikan lecturer jerit suruh belajar.Masa tu ar tersentak kelam-kabut cari buku bawah bantal.Nasib nasib..


Mengulangkaji pelajaran lebih-lebih lagi subjek membaca memerlukan daya ingatan yang kuat dan daya fokus yang tinggi.Buang segala ingatan terhadap facebook atau niat untuk menonton wayang kerana nescaya korang akan terpesong.Mula-mula hanya mau melihat komen di facebook tapi tanpa disangka terlebih-lebih pula.Masa tu lah baru teringat belum upload lagi gambar wajah semasa bangun tido,menu makan tengahari,wajah selepas mandi..peh!!!semua ko nak upload baik ko buat website sendiri ngadap 24 jam muka sendiri.


Setan amat jahat.Setan suka memesongkan.Setan suka kacau anak-anak adam.Ooo..dah-dah.Bukan apa,aku cuma ingin mengingatkan korang if nak study berdoalah dulu supaya pelajaran mudah difahami,Setan tak kacau atau buang najis (elok bahasa aku) dekat buku korang tu.Memang lah ko rasa tak percaya aku cakap sebab ko tak nampak pun rupa Setan tu.Kang,kalau tuhan beri ko keistimewaan boleh nampak Setan menari zapin ko pulak yang terkencit.


Tidak dinafikan amalan last minute study adakalanya memang sangat luck bila ko mendapat hidayah senang untuk memahami sesuatu subjek.Lepastu boleh pulak ulangkaji sambil bermessage dengan yang tercinta siap gelak besar-besar macam bilik tu dia sorang yang punya.Tetapi,itu dia..bukan ko.Lain orang lain caranya.Jika sudah termaktub sejak azali ko memang dilahirkan dengan otak yang benak bin bebal adalah lebih baik ko study setiap hari dan setiap masa.Eh,yang ko nie Zirah bila nak study sebok update blog??




See,betol tak apa aku cakap???Tengah study masih sempat lagi beraksi manja depan cermin.Ini je dah makan masa 20 minit padahal topik yang nak dihafal ada lagi 12 chapter.Masak kepala macam ni.

No comments: