Monday, February 8, 2010

A WEEK

Aduh..rindu bangat sama belog ku.Sudah 6 hari tidak menaip dek kerna penangan kucing-ku-mati-lagi menyebabkan aku tiada mood untuk meng'pos' kemasukan terbaru.Ewah.Sebenarnya kesedihan yang melanda apabila kucing mati itu hanya bertahan selama 2 hari je.Hari yang selebihnya tu aku busy dengan kerja di pejabat untuk mengisi buku tender yang ada 6 buah banyaknya,menghadiri lawatan tapak yang sangat membosankan aku kerna dikelilingi kontraktor tua ditambah pula dengan adegan aku mengintip pekerja yang curi tulang (ko beli nombor ekor ye??kantoi..) dan pada hari Ahad memenuhi kelas dari pukul 1000-1830.Ye,aku tahu memang sangat penat.Itu belum campur lagi aktiviti bersama keluarga dan berdating bersama insan tersayang sambil menonton wayang walaupun hakikatnya mata ku sudah letih.Bodoh kau Legion!!Membazir rm18 untuk tiket wayang.


Oooo..sepanjang minggu ini aku telah membuat jadual waktu bagi memudahkan perjalanan hidup yang sangat berliku-liku nie.Ceh,poyo.Biasalah...aku kan superwoman.Kalau tiada jadual waktu bagaimana mau membahagikan masa.Elelelehh,yela tu.



JADUAL WAKTU CIK Z

ISNIN: Aku hanya ingin lepak di rumah sambil mengulangkaji pelajaran.Jangan ko ganggu aku.Bahasa bugisnya DONT DISTURB ME.Ada faham?

SELASA: Agenda seperti hari Isnin cuma tambahannya adalah pergi ke Landmark Plaza untuk membeli ink printer.

RABU: Selepas balik kerja aku mahu berjalan bersama emak pergi ke SSF sambil mencuci mata dan mencari ilham membuat barang hantaran.(Sesiapa yang ingin menempah barang hantaran boleh la beritahu aku)

KHAMIS: Adalah hari berdating.Aku nak main bowling atau memanah di Danga City Mall.Tak pun ajak Faizal tengok movie dan makan McDonalds.

JUMAAT: Hari membuat assignment.

SABTU: Menghadiri majlis perkahwinan rakan sekolah bersama rakan-rakan Ribena.Wah,tak sabar mau bergosip.

AHAD: Jogging dan membuat aktiviti luar.



Okay,sekarang korang nampak disitu kesibukan aku sepanjang minggu ini umpama mau menyambut raya cina.Lalala..Sesiapa yang ada hati mau keluar bersama aku sila cek dulu jadual waktu aku okay.Sekarang diam ko aku tengah menjana minda mencari idea untuk entry terbaru.Adios.

2 comments:

qasehlia said...

za hari2 yg lain 2 aktiviti ko mmg akak caya la ko wat tp tang ari ahad 2 ko g jogging........? cam x caya je.......jogging dlm mimpi or atas katil......hahahahahhaha.....

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

k.lia: Jogging tu azam tahun baru yang lupa utk dibagitahu.Tapi tu lah kan...semangat jogging mmg ada cuma bila tgk sport shoes yang da brkulat tu yg wat semangat hilang tue.Ceh,Poyo nak sport shoes baru sebenarnye.Klo tak pakai sport shoes meh la bagi orang yg sangat memerlukan nie.Boleh dipakai setiap ari ahad.