Monday, February 1, 2010

MY ARANG

Entry kali ini bukan untuk berceloteh macam Makcik Kepoh tetapi entry kali ini adalah entry belaian jiwa kerana aku masih dalam mood kesedihan mengenangkan satu-satunya anak kucing jantan berwarna hitam milik aku iaitu Arang atau Black Rose telah menemui ajal pagi tadi semasa bersenggayut di enjin kereta aku.Sedih.Kecuaian aku kerana tidak pastikan dahulu tiada Arang dibawah kereta.
Semasa dalam perjalanan ke pejabat hati aku tidak sedap memikirkan Arang...dan secara automatiknya aku terpandang cermin belakang dan dapati dia baru sahaja terjatuh dari kereta dan masih hidup.Mimpikah aku?Berhalusinasikah aku?Tidak!!!Itu memang Arang.GOSH!!!!!Aku menjerit di dalam kereta tetapi aku tidak sempat untuk berhentikan kereta kerana jalan sangat sesak.Cepat-cepat aku telefon emak untuk kepastian samada Arang ada di rumah atau tidak.Apabila emak mengatakan Arang tiada terus aku meraung kesedihan.Cepat-cepat aku u-turn untuk selamatkan Arang dari kena langgar.Tetapi sangat malang kerana Arang telah mati ditengah jalan.Aku tidak dapat berfikir semasa itu.Aku hanya mampu lari ditengah jalan untuk mendapatkan Arang tanpa mempedulikan orang lain melihat aku meraung seperti orang hilang anak.Aku tetap gagahkan diri untuk mengutip Arang.Pedihnya hati.
Mungkin bagi orang lain adalah lumrah dengan kematian kucing tetapi tidak bagi aku kerana selagi kucing itu bersama aku.Aku akan sayang seperti anak walaupun tidak dinafikan adakalanya aku marahkan Arang dan tidak mempedulikannya apabila inginkan perhatian.
Maafkan aku Arang tidak sempat menyelamatkan engkau tadi......Beremosi sekali aku hari ini.


p/s: Sesiapa yang baik hati ingin berikan aku hadiah kucing jantan silalah add aku di facebook.Mungkin ada dikalangan korang yang mempunyai banyak kucing.Aku sangat mengharapkan..please...

No comments: