Tuesday, February 9, 2010

LELAKI JUGA HIPOKRIT TAPI SUSAH MAHU MENGAKU

Ye,aku memang meniru sebiji sebentuk sebulat tajuk entry Hatim kerna aku terlebih dahulu memberitahu dia untuk membalas hujahannya.Sekarang clean and clear.Hatim!!!Hatim!!!Hatim!!!Siapa dia??Kan aku dah kata dia seorang blogger.Ada lah tu nak membusukkan hati sendiri menjaja kononnya aku menduakan Faizal.Ooo..tidak...Hatim sendiri tidak pernah ku jumpa.Untuk menyulam cinta bersama insan yang jauh diperantauan bukanlah satu idea yang bijaksana bagi diri aku kerna aku memerlukan cinta jarak dekat.Ye,macam jarak 10km antara rumah aku dan rumah Faizal.Kan senang untuk mengintip dan makan bersama.Ewah.
Lelaki,mengapa ko tidak mahu mengaku yang kau juga hipokrit?

Oooo...ye,memanglah lelaki sangat memuja wanita kan (memerli).Lagu-lagu seperti Kasih Latifah,Norkia dan Rozanna tu seperti mahu muntah aku apabila mendengarnya.Jangan korang nak buat kontraversi disini.Ianya satu contoh.Bukan apa,sesetengah lelaki memancing dengan ayat-ayat manis umpama gula melaka apabila inginkan wanita.'Ko umpama bulan yang sentiasa menerangi hidupku' adalah salah satu ayat yang sentiasa lekat di telinga aku sejak menonton cerita P.Ramlee lagi.Tapi,ko tengok bila lelaki dah dapat wanita.Kalau ko tu kurus,salah sikit je dah lama ko kena rembatan David Beckham tau.Salah ke aku kata?Betul kan?Kalau tak betul tak kan banyak sangat cerita penderaan sang isteri oleh sang suami atau teman wanita dipukul oleh teman lelaki di dalam surat khabar.Okay,tu satu topik.
Sekarang topik hipokrit.Memang wanita inginkan lelaki kaya wahai lelaki.Tapi,kaya tak semestinya anak dato' atau ko mesti ada SLK 200 baru boleh ngurat.Kalau ko pakai kereta Viva sekalipun ko tetap boleh mengurat asalkan ko mampu menyara anak Lebai Leman tu.Ni kalau gi dating pun pakai duit mak bapak macamana?

Zaman kita bukan macam zaman mak bapak kita yang wanita terima je pilihan mak bapak buat jadi suami.Wanita sekarang harus memilih kriteria seperti kedudukan kewangan kerana duit sangat bernilai pada zaman sekarang bagi meneruskan kelangsungan hidup di bumi Allah s.w.t ini.Sanggup ko kahwin dengan lelaki yang tiada pekerjaan?Duit mengharapkan dari mak bapak?Apa,ko ingat mak bapak ko tu cop duit?Bila ajak tunang jual motor untuk menampung kos perbelanjaan hantaran.Habis,kalau time tunang dah jual motor,time kahwin ko nak jual apa pula?Dah jadi isteri ko nak bagi dia makan apa?Pasir?Tauge setiap hari?Bahkan,karipap sardin rm1 pun ko tak dapat beli.Kalau ada wanita yang sanggup makan pasir setiap hari.Ya,ko memang wanita yang sangat terpuji.

Wanita sahajakah yang memilih paras rupa?Bagaimana pula dengan lelaki.Jangan tipu.Lelaki juga utamakan paras rupa.Bila kita baca URTV dan majalah Mangga seumpamanya,artis-artis lelaki Malaysia segelintirnya bila diajukan pertanyaan mengenai kriteria wanita idaman mahukan yang cantik sahaja.Pendidikan dan agama?Ada tu siap highlight lagi inginkan mata yang bulat,bibir merah bak delima,dahi licin tanpa sebiji jerawat pun.Habis...dimana pula keadilan bagi wanita-wanita yang muka tak cantik tak lawa tapi sedikit manis???Mulalah ni aku nak mengungkit cerita salam perkenalan di sekolah menengah yang tidak di layan hanya kerna aku tak cantik dan pendek.Siot betol ko reject aku depan kengkawan heh.Malu.Ada lelaki nampak wanita berkulit hitam sikit mulalah panggil dayang senandung.Yang gemok dipanggil tong dram.Berselisih bahu siap tepuk-tepuk bahu takot kuman hitam merebak.Ceh.Muka tak ensem ada hati nak hina orang.

Harus di ingatkan bahawasanya menjadi lumrah manusia apabila nampak kereta mahal akan toleh 3,4 kali.Bukan niat dihati untuk meminggirkan kereta nasional seperti kancil tapi itu adalah satu semangat jiwa bangsa untuk berbangga apabila anak melayu pakai kereta buatan Jerman dan Itali.Nak beli duit tak cukup.Jadilah kalau setakat dibuat angan-angan.Lelaki pun sama berangan inginkan kereta mahal besar seat tujuh orang bonet muat peti sejuk.Betul tak?Betulkan??kan?

Tetapi,bukan semua wanita yang tergediq mencari lelaki kaya.Tengah duduk makan di Starbuck tiba-tiba datang pelayan layangkan kertas untuk meminta no telefon.Bila di tanya mengapa,dikatanya pelanggan lelaki di sana meminta.Cit.Wanita jugakah yang salah?Tidak diberi kata hidung tinggi sombong bongkak.Bila diberi kata gatal miang keladi.Habis kalau ko dah follow aku kesana kemari ko ingat aku tak rimas untuk menyelamatkan diri?

Memang adakalanya wanita tidak tahu pun teman lelakinya itu anak tan sri atau dato' sebab tidak dicerita masakan hendak menyelidik pula.Tapi,bila berdating bawa Porshe haruslah mind set kata 'Ko mesti anak orang kaya' walaupun hakikatnya lelaki itu hanya anak driver (tidak hina pekerjaan driver itu).Salah wanita jugakah sedangkan lelaki yang bajet kaya macam Pavillion tu mak bapak dia punya.Apa ruginya jika lelaki berterus-terang menerangkan kedudukan sebenar.

Kesimpulannya disini,carilah pasangan yang terbaik untuk diri sendiri supaya tidak berlaku ungkitan dimasa depan.Berdoa sangat penting.Harta benda hanya di dunia tetapi amalan kekal selamanya.

2 comments:

qasehlia said...

za harta benda x akan bawa KESANA....cuma amalan yg jadi bekalan kita disana nanti....mmg x dinafi kan duit 2 penting tp sekadar untuk memenuhi keperluan kita diSINI.....mmg akak x nafikan semua org nak kaya termasuk akak....x sanggup nak idup susah dgn duit yg tinggal beberapa ringgit dalam wallet.....tp apa pun kita harus bersyukur dengan apa yg telah dikurnia kan oleh Allah....

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

k.lia: seharusnya saya bersyukur kak..
hihihi..
ni za reply blk dr satu hujahan mengenai satu blog.
sesaje cz dier tulis WANITA HIPOKRIT TAPI TIDAK MAHU MENGAKU.So,that y za tulis psl lelaki lak.

Seperti kesimpulannya yg za bg tu..Carik yg terbaik.