Selepas 3 ekor anak kucing aku tu mati.Ayah aku letak kan bangkai mereka di atas surat khabar dan menyuruh abang aku tanam di belakang umah disebabkan ayah aku dah terlambat ke tempat keje.
Sedih aku melihat anak2 kucing aku kaku tanpa bunyi meow...meow..Sementara menunggu abang aku mencangkul tanah di belakang umah.Aku mengambil air bersih dan tisu untuk membersihkan jasad mereka. Emak aku hanya mampu menggelengkan kepala kerna aku merajuk padanya dan tidak sudi untuk berkata2.
Selepas habis operasi membersihkan jasad anak2 kucing tu tetiba aku rasa seperti tidak kena.Bukan disebabkan badannya yang kaku atau bulu dan mata tapi aku perhatikan kuku2 anak kucing sangat panjang dan hitam.Tanpa berlengah aku capai sepit kuku dan mula memotong satu persatu kuku2 anak kucing dengan atie yang tenang..
Abang aku yang baru selesai cangkul tanah terkejut 'Dik,kenapa potong kuku bangkai kucing tu?'
Jawab aku' Biarlah,nanti dekat syurga kucing tak cekau orang.'
Abang aku angguk tanda 'SETUJU' dengan jawapan adiknya.
No comments:
Post a Comment