Dari kecik aku memang sukakan kucing.Masa tu umur aku baru 5 tahun dan masih menetap di umah yang usang di atas tanah orang.Selepas kucing abang aku yang bernama CICAK berketurunan kampung tu telah membuntingkan kucing parsi jiran aku (kucing pun pandai memilih tau).Makanya,lahirlah 3 ekor anak kucing yang comel lagi lebat bulunya.Makin hari makin sayang aku pada anak2 kucing tu hinggakan berlakulah tragedi yang sangat memilukan.
Aku kesian sangat tengok anak2 kucing tu.Dorang semua takde umah,tido hanya berlantaikan simen sedangkan anak2 patung aku semuanya tersimpan rapi dalam kotak.Time tu la aku da mule berpikir alangkah seronoknye anak2 kucing itu klo dapat tido atas tilam yang empuk macam kucing dalam cter CINDERELLA.
Hurmm,malam tu mulalah aku merengek mintak emak watkan umah kotak siap tingkap tilam segala untuk anak2 kucing aku.Ko ingat emak aku nak layan kehendak 'PRINCESS WANABE' aku tu.Akhirnya aku mengambil keputusan drastik untuk wat sendri umah kucing.Ceh,time tu aku siap cakap 'Takpe la mak taknak tolong,Za leh wat umah kucing Za sendri la' ngan nada geram + kecewa versi kanak2.
Mula2 aku perlukan kotak tapi disebabkan kotak takde jadinya,aku amek je tong motor ayah aku yang tertera YAMAHA kat tepi pintu (ayah aku kekadang pas blk keje bwk masuk tong motor takot orang curik).Seterusnye,aku amek sarung bantal mak aku wat alas untuk anak2 kucing.Aku tambahkan lagi hiasan tong motor tu dengan letak sikat dan cermin BARBIE.Mane tau kot2 kucing aku nak sikat bulu badan dorang.
p/s: harus diingatkan bahawa aku baru berusia 5 tahun semasa kejadian.
Kebetulan malam tu hujan lebat.Kesian lak aku tengok anak2 kucing kesejukan.Mak dier entah kemane??Dengan rasa kasih sayang yang amat menebal di dalam diri kerna takot dorang mati kesejukan jadi,aku tutup la tong motor tu siap berkunci berbagai.Mana tau kucing2 aku lari membawa dri di dalam hujan untuk mencarik mak dorang.
Esok paginya time ayah aku nak gi keja,macam petir dier jerit tekejut sebab 3 ekor anak kucing kesayangan aku tu mati katak dalam tong motor disebabkan tiada oksigen.Aku dengan muka tanpa rasa bersalah dengan selamba jawab 'Za kesian tengok anak kucing sejuk semalam sebab tu Za tutup tong biar dorang tak sejuk sangat..Emmm,dorang mati heh??Pasni Za tau..Za kena tambah tong oksigen la dalam tu..'
Ayah aku ngan muke nak marah terpakse akur dan menerima kenyataan bahawa anak bongsu dier teramat sayang pada kucing dan sangat 'BIJAK'.
Ni lah contoh rupa tong motor yang digunakan tetapi motor itu bukan milik ayah ku.
No comments:
Post a Comment