Saturday, January 30, 2010

REALITI

Hye!!Bertemu kembali kita di dalam rancangan Ewah Ewah bersama Cik Z.Ergghh...popular ke?Okay guys,sempena Valentine's Day yang bakal menjelma ni marilah kita mengupas topik mengenai perhubungan di dalam percintaan yang membuatkan sesorang wanita itu sangat fake.Ye,fake okay.Even tak semuanya fake apabila bercinta but,trust me memang ada wanita yang sangat fake bila di lamun cinta.


Pertama.Okay Tijah (bukan nama sebenar), aku tahulah ni first love ko tapi tak perlu lah ko pura-pura tak geti nak makan Big Mac tu time dengan Pian (bukan nama sebenar).Sebelum ni boleh je ko bedal burger sampai 4...Aku actually bukan lah nak mendownkan spesis wanita macam ni tapi aku telah temui spesis ini bersama emak serta kakak aku semasa makan di Mcd.Ko tak rasa geli ke tekak tetiba dengar alar yang,i tak pandai lah nak makan burger ni.Boleh tak u bukakan kertas dia then u suapkan i?Ko nampak disitu kegelian yang teramat?

Tidak dinafikan memang ada segelintir wanita-wanita yang comel tidak berapa mahir mengendalikan burger (ceh,cakap jela diri sendiri).Kalau makan burger tak melimpah sos dan mayonise tu bukan Cik Z lah namanya.Tapi takdelah pulak nak menggediq dan-dan lah time tu ko paralyse tak boleh guna tangan.Ko just perlu pegang burger tu siapkan tissue lepastu ngap!Kan easy-mudah tu.Ni kertas burger pun ko nak suruh si Pian bukakan.Gegadalah namanya tu.

Kedua.Tijah,ko tak perlu lah cakap dengan bf ko macam cakap dengan semut.Cakap jelah macam biasa.Terpekik terlolong menyanyi dekat rumah boleh pulak.Ni time dengan Pian ko tetiba jadik sangat sangat sangat sopan kenapa?Aku pun bukannya suruh ko ketepikan tata kesusilaan ko tu tapi ni nampak si Pian terus lidah kelu nak berkata ye?Si Pian dok lah suruh ko ulang banyak kali sebab tak dengar.Lepastu pandai pulak cakap si Pian pekak padahal ko tu hah yang cakap pun macam dah tenat sangat.Baik ko tulis je dari bercakap.Ye tak?

Ketiga.Aku tak jeles sebesar dinasour pun dekat ko Tijah kalau nak bermanja dengan Pian pujaan hati ko tu.Aku tahu tu bf ko memang tiada ruang untuk bermain mata tapi agak-agaklah.Ni tengah beratur nak beli pop corn dekat TGV cinema pun melekat macam kembar siam ko ingat orang lain nak sangat tengok drama tak berbayar ko tu?Lepastu ko tambah pulak scene merengek macam harimau betina gatal minta belikan Twisties perisa cheese.Cit.

Keempat.Ko takyah lah bergantung sangat dekat Pian.Ko ingat lelaki suka sangat ke perempuan yang terlalu bergantung ni?Oiii.......bukan maksud aku tempat gantung baju ko lah.Maksud aku ko tak boleh berdikari.Ada paham?Time sayang boleh la ko bersolek pun dia jadi tukang pegang cermin tapi cuba try test bila dah clash.Time tu lah keluar semua perangai ko yang sangat merimaskan dia.Dulu belum bercinta ko nak makan KFC boleh je pergi sendiri.Sekarang time ada Pian ko soh lak dia belikan padahal rumah dia dengan KFC 2km yang rumah ko tu just 500m je.Tak dapat KFC mulalah ko muncung 14.

Kelima.Ye Tijah aku tahu ko nak sentiasa cantik bila keluar dengan Pian tapi boleh tak ko jangan membodohkan diri ko bersolek tebal pakai baju liplap mengalahkan artis nak pergi Grammy Award.Paling jauh pun dia bawak ko pergi tengok wayang je.Ceh,dulu pakai jeans dengan shirt tu lah yang ko rasa paling stylo.Ada bf kacak macam Robert Pattinson sikit je terus shirt dikepikan dress menjadik idaman.Ko memang sangat fake!Sebab ko nak Pian selalu kata ko hot.Cik kak,kalau ko hodoh macamana pun kalau Pian dah sayang dia tetap kata ko cantik.


Kesimpulannya,BE YOURSELF.

4 comments:

qasehlia said...

za apa masalah ko ngan si tijah n pian nie.....? ko mcm mengentan je bila ckp pasal si tijah nie....? sapa tijah nie....? tp mmg ada ke pempuan yg mcm si tijah nie......? meluat nya aku.....burger pun x leh nak pegang sendiri......pegang handbag leh lak.....hish.....geram lak aku bca blog ko nie.....nak tgk gak muka si tijah bling....bling 2.....hihihihihi.....:)

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

k.lia: kak...jgn mrh..za pun xkenal die nie sape tp mmg ada spesis nie.Klo ada yang za knal pun mls ar nk ckp byk..Mmg ada kak org mcm tijah nie.Pnh jumpa sbb tu ckp.

fradz global resources said...

akhirnya ada gak perempuan yang mengaku camni..nasib baik bini aku ok ...

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

abg: mmg la ade pompuan mcm nie..