Friday, August 14, 2009

MASK RIDER

Al-kesah.13 Aug.Tiga beranak yang sangat riang telah membeli-belah di Jalan Masjid India sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.Walaupun Ramadhan belum memulakan tugas.Si anak,dengan bangganya telah menjawat jawatan super untuk ibu bapa tercinta.Hurmm..KO tau,aku tepaksa mintak cuti semata-mata nak bawa mak bapak aku bejalan satu hari.Jika tiada aku,Transnasional mungkin telah menambah untung 2 tiket pada hari ni.Erghh..tidak sampai hati aku.

Dengar sini.Tiada ganjaran diberi.Hanya sepinggan Nasi Beriyani Ayam Goreng Restoran Insaf penambat hati.Jadi lah,itukan nama rezeki.Si anak makan dengan cermat sekali.Tanpa menoleh depan dan tepi.

Di teruskan cerita..Super membawa kereta tanpa pengetahuan yang cukup.Hanya berpandukan pada CO-pilot yang berada di talian.Eeh,susah nak mati..Bepusing satu KL aku hari ni.Maaf.Tiada GPS yang canggih.Kerna kami masih sayangkan cara manual.Tapi harus difahami.Direction sentiasa di ulangi.

Alhamdulillah,berkat doa mak bapak aku yang memang tak sabar nak membeli.Akhirnya,sampai juga kami di destinasi.Ohh,ye..H1N1 masih aktif.Oleh itu,tiga beranak memakai topeng untuk melindung diri.Bukan sukarela sebenarnya,tapi si mak da bising dekat tepi.Tepaksa jugak si anak memakai dengan berat hati.

'Alamak!mata dah bewarna-warni,bedak di muka satu inci.Tak nampak la nanti kecantikan muka yang asli'.Ceh,si anak berkate sendiri.Kejap!!Jelingan manja mak membuatkan si anak tepaksa akur tanpa sepatah kata.Diam sebentar.Menarik nafas panjang.Mencari ruang di dalam kepayahan.

Kemudian.Muka di angkat.Pandang ke hadapan.Dengan langkah yang begaya tanpa menoleh kiri dan kanan,meneruskan perjalanan menuju ke syurga pakaian.Perjalanan yang pada mulanya sangat memalukan itu akhirnya menjadi keseronakan pabila ramai juga yang serupa.Ohhh...tidak lah malu aku.Adakala seperti jenaka pula melihat sesetengahnya.Dengan cermin mata gedabak mengalahkan Paris Hilton di tambah pula baju bewarna gelap seperti tar.Terpikir aku sejenak.He eh,dia macam MASK RIDER la.Tegelak si anak sendirian.

Maaf,memang aku keseorangan.Kerna mak bapak sudah hilang entah kemana??Laju mereka berjalan..Umpama kedai akan dirobohkan.Biarlah...bukan selalu mereka berbelanja sakan.Aku memegang kamera besar ku di tangan.Mencari suasana menarik untuk dirakamkan.Untuk simpanan dibuat kenangan.

Cuaca mula gelap.Hujan mula mencurah..semakin lama semakin lebat.Tiga beranak berehat sebentar.Menunggu hujan untuk berhenti.Kerna mak bapak tak puas hati.Hendak mencarik tiga pasang lagi.MASK RIDER di sana sini.Temasuk kami yang masih menanti.....

Hujan mula berhenti.Perjalanan di teruskan lagi.Kaki dah mula minta berhenti tapi mak bapak kata nanti...Nasib baik hari semakin senja.Si bapak mahu berhenti.Lenguh kaki katanya.Syukur alhamdulillah.Mak bapak pikir rumah kami di Selangor agaknya.Mereka lupa rumah kami 300km jauh gamaknya.Kaki si anak dah berkematu.Lenguh jangan di tanya.Nasib baik muka masih beseri,pakai MAC la katakan.Sengih si anak sendirian.

Dalam kereta,Mak bapak diam membisu.Bila di toleh..dua-dua selamat membuai mimpi.Di tambah bunyi letusan besilih ganti.Isyhh,ni yang malas ni...Membawa kereta seorang diri.Topeng???jangan risau..kami tetap MASK RIDER hingga ke JB.


No comments: