Monday, August 17, 2009

KERANA TAYAR

Salam sejahtera semua.Hari ini hari Isnin.Esok Selasa.Lusa Rabu.Tulat Khamis.Hari ini hari malang buat aku.Aku hampir pengsan sebab aku kelaparan.Bagaimana boleh hampir pengsan??Tanya lah tayar kereta aku.Semua dier punya pasal.
Cerita ini bermula...Aku dengan Kak Ayu nak pergi lunch dekat Taman Cempaka even actually belum lunch hours.Harus menitik beratkan masa kerana aku pergi pada pukul 11.30am.Tengok betol2..11.30am.Jadi,boleh disimpulkan bahwanya aku dan Kak Ayu da lapar tahap dewa..
Tengah aku feeling2 dengar lagu dekat Fly fm sambil drive kereta comel biru aku tu (Kak Ayu hanya diam membisu kerna dier just layan lagu rock kapak) tetiba ada kereta asek hon aku.Eh apahal orang ni???Gila??Aku biarkan lagi.Pada pikiran aku yang positif ni,mungkin juga orang itu baru lepas putus cinta.Who care???Sekali lagi,kereta tu hon dan membuat isyarat tangan ke arah kanan.Ooo..perempuan rupanya..
Aku dan Kak Ayu tengok pintu masing2,mana tau tak tutup rapat sebab dekat kepala aku da nampak lauk yang akan penuhkan pinggan aku nanti..Tapi,pintu kereta di tutup dengan kuat.Tiada alasan untuk aku tejatuh semasa memandu.Sampai di traffic light perempuan tu toleh ke belakang sambil menjerit...'Tayar kereta awak pancit!!'Hah???mana2???'Kanan depan!!!'
Aku keluarkan kepala...Mak Aiii!!!rim je????Tayar da takde angin langsung...Aku tidak gelabah.Senyum sahaja sambil meneruskan perjalanan untuk sampaikan ke BHP.aku keluarkan tayar ganti dan alatannya.Aku baru nak tunjukkan kepakaran aku tukar tayar kereta tapi ada sorang pakcik ni sangat baik hati ingin tukarkan tayar kereta aku.Jadi,aku hanya jadi pemerhati bersama Kak Ayu.(Hakikatnya,aku memang xpernah tukar tayar kereta.)
Terima kasih pakcik!!!
Lunch macamana??Akhirnya,aku dan Kak Ayu makan pukul 1pm jugak..Tak guna keluar awal.Isy,moral of the story...Korang pahamkan sendiri la.Klo xpaham korang tanya aku..Klo xpaham gak,korang minum asid jela...
Cop!!!Macamana tayar kereta boleh pancit???Aku masih tiada jawapan.Aku masih menyiasat lagi kerana mekanik pun xdapat pasti puncanya.Tiada paku.Tiada besi..Bocor begitu saja..sangat misteri.
*sila abaikan waktu post ini ditulis kerana post ini aku telah biarkan kosong sehingga selepas kejadian

No comments: