Saturday, February 19, 2011

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Tahun 2011 merupakan tahun yang paling banyak menggunakan tenaga dan emosi dimana sejak 01 Januari belum pernah lagi merasa tidur sebelum pukul 11.30 malam.Ini semua angkara jadual harian yang sangat padat sehinggakan aku terlupa bila kali terakhir makan McDonalds. ^__^ Otak tangan kaki mulut mata digunakan sebaik mungkin untuk melaksanakan kerja hakiki, kerja rumah, kerja sekolah, kerja sampingan dan kerja membuang masa. Dahsyat!!!Memang dahsyat!!!Oleh kerana perkara yang sangat dahsyat ni lah kerja mengupdate blog boleh diumpamakan hidup segan mati tak mau.
Dalam keadaan diri yang tak berapa nak cergas sebab diri sendiri tiada inisiatif langsung nak beli vitamin dekat farmasi maka keadaan akal fikiran juga terjebak tidak cergas kerana adakalanya pikiran akan terganggu dengan masalah-masalah yang sebesar kutu rambut.Masalah-masalah kecik seperti ini selalunya akan disimpan dalam hati tapi bila lama-kelamaan ianya akan berbau hapak kerana terkempam lama di dalam hati.Maka,dengan ini wajarlah saya Nazirah Binti Ahmad meluahkan isi hati saya yang sudah bertahun hapaknya.Hamek ko!

'Ko bolehlah beli barang mahal,Faizal kan ada','Zirah senang..kerja dengan mak mentua takyah kerja penat-penat','You untung,boleh mintak je dengan Faizal apa mau,','Alah,ko boleh beli barang mahal,aku ni gaji kecik mana mampu nak beli barang mahal.'

Inilah sebenarnya antara masalah sebesar kutu rambut yang dialami oleh aku sejak beberapa tahun lepas.Ayat-ayat yang sentiasa menyakitkan hati aku.Mungkin orang lain rasa bangga kalau diperkatakan begitu tapi,bukan aku.Hati aku panas tau tak.Lagi-lagi dengan keadaan yang berpenat lelah kerja selama sebulan ditambah pulak dengan kuliah yang perlu dihadiri di pagi Ahad,apa salahnya aku dapat gaji reward diri sendiri beli barang mahal,holiday or makan dekat TGI Friday ke. Aku FADE UP dengan orang yang suka merendah diri tak tentu pasal lepastu memadah nak perli orang lain.Come on lah!Cuba bersyukur dengan rezeki yang ada.Jangan asyik iri hati dengan rezeki orang lain. Tuhan tu maha adil. DIA bagi rezeki dekat setiap manusia dengan berbagai cara. Mungkin rezeki dengan limpahan duit yang banyak, zuriat, di offer kerja dengan gaji lumayan. Itu semua namanya REZEKI.

Kenapa setiap kali aku pakai barang mahal mesti kaitkan dengan duit Faizal??? Lepastu cakap pulak 'Untunglah kau kerja dengan keluarga mentua duduk senang-lenang tengok je orang kerja.' HEAD-BRAIN-AWAK!Kau nampak aku pakai cantik-cantik dekat luar tapi pernah kau nampak  pakaian dan muka aku time kerja? Kau kerja macamana,environment kau macamana duduk bawah aircond kerja tak kena panas terik.Habis, pernah kau tengok aku punya kerja? Kerja bawah terik matahari, keliling bau busuk sampah berulat mengadap bangkai binatang mana kena marah rushing pulak kesana kemari. Kalau kau rela kerja dekat tempat aku sampai sebulan,aku ucapkan syabas! Kau tahu mengata cemburu iri hati, nampak aku beli barang baru mulalah but spekulasi yang bukan-bukan lepastu Faizal yang tak berkait pun terkena tempiasnya.


                                      

Glam ke kerja aku u'olll??Glam ke??Kau rasa dengan keadaan sekeliling macam ni ada aku pakai Von Furstenberg dress,Gucci handbag dengan Jimmy Choo???

Jimmy Choo tengok pun menangislah kalau heels dia bawak gi tempat sampah macam ni.Tapi,inilah hakikatnya.Realiti aku sebagai seorang pekerja.Setiap bulan akan mengadap sampah rumah korang untuk dikutip.Bukan duduk senang-lenang goyang kaki asah kuku ye puan-puan akhir bulan tinggal amek gaji buat beli baju-baju baru..So, janganlah dok mengata ikot sedap mulut kalau tak nampak macamana kerja aku.MALU??Langsung aku tak malu kerja dengan sampah dekat keliling sebab kalau dengan gaji ni dikumpul boleh buat downpayment rumah sebijik kau ingat aku peduli apa orang nak cakap?Tak kesahlah kalau dekat tempat kerja muka aku sememeh tak pakai lipstick dengan baju lusuh but as long kerja tu HALAL itu dah mencukupi.

Pada mereka yang tak habis-habis memerli aku,aku ucapkan SELAMAT DATANG KE DUNIA AKU YANG PENUH DENGAN KEMEWAHAN SAMPAH.Eh,kalau tengah kerja pun tukang kutip sampah jumpa handbag GUESS atau rantai emas.Mati tau pekerja bawak balik Indon handbag GUESS nak hadiahkan dekat isteri.Kau ada??!

2 comments:

ctpayong said...

assalamualaikum

cakap kat diaorg...yg nyibuknya apsal. suka suki hati mak & bapak mertua aku beri gaji besar kat aku. kalau aku susah ada kau kesah.

uik..ibu plak terlebih-lebih tension.

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

ibu: tu la ibu..kekadang benda mcm ni pun boleh stress klo orang 'terlalu amek berat' sgt kt kte.Smua benda nak tau.