Hari Jumaat dan Sabtu lepas merupakan HARI SURVEY SEDUNIA bagi diri aku kerana dua hari berturut-turut aku menggagahkan diri ulang-alik ke Singapura semata-mata nak survey segala wish list kepunyaan aku.Eh,ada jugak wish list bapak aku yang aku tolong survey.Mujur passport sentiasa di dalam handbag kalau tak,takde maknanya aku nak berpatah balik ke rumah amek passport dulu sebab jawabnya memang wassalam kalau dah nampak katil empuk aku.Wah,macam kau orang kaya sangat je survey barang pun nak pergi negara orang.Bukan apa puan-puan,dengan keadaan geografi dimana jarak Johor Bahru dengan Singapura hanya mengambil masa selama 30 minit untuk sampai berbanding 4-5 jam perlu ditempuhi dengan kesabaran yang jitu untuk ke Kuala Lumpur.
Wish list aku boleh dikatakan sudah bertahun jugak tersenarai di dalam benak sampai dah jadik semak memandangkan fulus sentiasa tak cukup dan aku bukanlah terlahir dari golongan bangsawan cakap je nak apa semua boleh dapat maka,memang wajibulghunnah google gambar setiap masa siap berangan bila dah kaya semua wish list aku beli dalam masa 1 hari.Gila.
Pemenang-pemenang yang tersenarai di dalam wish list aku tidak kira peringkat harga.Ada murah ada mahal.Ada jugak sememangnya diluar kemampuan tapi sengaja gatal nak jugak berangan untuk memiliki.Antaranya adalah,
BVLGARI 18K GOLD RING B ZERO 1-BAND
Cincin ni memang dah lama tersemat di dalam hati.Banyak actually B Zero punya edition termasuk yang berdiamond tapi aku memang berkenan yang ni je,mungkin sebab harga ia masih boleh dikatakan munasabah berbanding kalau yang ada diamond jejak 15k.Dah,tutup mata.Last time pergi KLCC survey harga rm2700.Lepastu pergi Singapura masa bulan December 2010 harga $800.Aku rasa murah compared dekat KL.Tapi,aku tetap tak beli sebab rasa tak berbaloi pun memandangkan cincin tunang pun dah cantik.Sekali tu,hari Jumaat lepas aku pergi dah naik harga jadik $1330.Kau rasa macam murahkan tapi cuba kau darabkan 1330 dengan 2.38.Hah,Hamek kau!!rm3165.40.Harga cincin Bvlgari memang akan sentiasa berubah mengikut harga emas so,sekiranya anda diluar sana teringin nak memakai cincin Bvlgari belilah semasa harga emas tengah rendah okay.
CHANEL 2.55 CLASSIC FLAP BAG
Handbag Chanel ni aku taktau lah zaman bila boleh dapat.Mungkin kalau dah ada cucu 10 pun belum tentu aku mampu beli.Handbag ni ada dua material samada kau nak caviar atau lambskin.Kalau aku,of course lah aku nak lambskin cuma bukan agak mahal lagi tapi memang mahal.Aku try depan mirror dah macam mirror tu aku yang punya.Salesman tersengih mungkin dalam hati berkata eh minah ni macam orang gila je terpusing-pusing gayakan beg.Nak kena histeria pun ada tapi Alhamdulillah diri masih waras supaya beristifar.Beg kemetot yang dalam gambar ni ada yang medium saiz.Harganya kalau di Singapura adalah $4700 for the Caviar.If prefer the lambskin,you will get it if you pay $5270.Baik pergi haji,ye tak?
CHANEL J12 WHITE CERAMIC LADIES WATCH H0968
Jam J12 ni lak tersenarai dalam wish list since aku tengok Lindsay Lohan pakai in Elle magazine.Model J12 Series H0968 boleh dikatakan antara yang termurahlah berbanding series yang lain.Hari tu pakai memang rasa jam ni dibuat khas untuk aku siap berangan terasa aura glamour bila memakai.Harga di tag $7200.So,nexttttttttttttt please.............
MONOLO BLAHNIK SOMETHING BLUE SATIN PUMP SHOES
Heels yang aku gilakan sejak tengok makcik aku,Sarah Jessica Parker letak dekat rak kasut dalam scene Sex & City Movie.Boleh diumpamakan cinta pandang pertama.Kalau lah kot-kot aku diberi pilihan samada Christian Louboutin stud heels dengan Monolo Blahnik heels.Semestinya aku rembat Monolo Blahnik something blue ni.Eh,lupa nak cakap.Hari tu aku pergi Marina Bay Sand butik Monolo Blahnik ada buat sale.Sepasang heels berwarna cream yang ada bubuh ribbon gedabak yang lusuh berharga $1200 sahaja .Boleh letak balik heels tu sekarang sebab emak aku kata dia boleh belikan ribbon yang lagi cantik dekat kedai pengantin lepastu gamkan dekat Charles&Keith pump shoes aku.Kelasss...
LEICA M8
Dulu brand kamera ni aku tak kenal pun.Langsung tak pernah dengar.Yang aku tahu Nikon,Sony,Olympus dengan Canon.Start minat kamera barulah aku tahu pasal Leica.Dulu kalau orang sebut Leica aku terpikir ice cream je.Leica ni aku taktau la yang latest rupabentuknya macamana sebab aku bekenan M8 je.Gambar memang cantik tak tipu.Harga kamera Leica paling murah tak silap around rm5k+.Tapi,kalau kamera mahal pun kalau kau tak pandai guna pun membazir jugak.So,better beli kamera murah kalau terjatuh tercampak terbaling takdelah menyesal sangat.
Aku bagi tips,kalau nak berkahwin dengan orang yang suka motor.Kita ni pun kena suka motor kalau tak boleh bergaduh dibuatnya.Kalau tak suka pun kena buat suka lama-lama jadik suka.Sejak minat pink label leather jacket virus telah merebak ke pink label full-finger gloves pulak.Walaupun aku tak geti bawak motor melainkan skuter Modenas yang membuatkan aku nyaris masuk bawah kereta jiran cina sebelah rumah tapi feel untuk menjadik rider tetap ada.Tu yang tetiba Marisa Miller menjadik idol.Kagum tengok perempuan cantik tunggang motor besar.Lagi cantik kalau tunggang Ducati.Tapi,kalau dengan keadaan fizikal yang dianugerahkan Tuhan ni tak cukup ketinggian dan kaki yang panjang lebih baik abaikan impian tersebut.By the way,wish list ini telah dimiliki apabila En.Tunang membuat surprise menghadiahkan sempena kempen 'i support you'.Sekarang,tengah berpikir bila masa pulak aku nak gayakan gloves ni.Time masak kari boleh?

MONOGRAM CANVAS NEVERFULL LOUIS VUITTON
Lain pulak cerita dengan wish list aku yang satu ni.Semuanya bermula dari akak aku sebab dialah punca aku mengidam Neverfull.Dia balik dari beli handbag lepastu letak buku LV depan aku tunjuk satu persatu handbag LV yang cantik.Kalau dah setiap hari aku membelek buku LV kau ingat aku boleh kata tidak.Sikit demi sikit Neverfull menjelma dalam mimpi aku.Igauanlah kononnya.Hahahaha.Korang mungkin cakap banyak lagi handbag LV yang cantik tapi aku tetap pikirkan Neverfull sebab tu je kot yang paling murah.Neverfull ada tiga saiz.Saiz paling kecik aku pergi tanya dekat KLCC rm2900.Stylo mak pergi masjid isi telekung dalam Neverfull.
PINK LABEL LEATHER JACKET HARLEY DAVIDSON
Sejak En.Tunang gila Harley aku pun terpaksa gilakan Harley.Kang aku tak gila sama-sama nanti dia kata aku tak support pulak.Jadik,bagi membuatkan aku jatuh cinta pada Harley,dalam masa 2 bulan aku terpaksa membelek homepage Harley Davidson bagi mencarik 'pemancing' untuk aku jatuh cinta sama Harley.At last,leather jacket ni yang jadik pemancing.Bukan apa,akukan peminat tegar pink colour.Jadik,bila ada pink label ni nampaklah sikit aku macam perempuan rempit berjiwa jambu.Nak dapatkan jacket ni taktau bila dan entah bila oleh kerana aku ride dengan En.Tunang pun baru sekali.Kalau setakat dekat JB nak makan dekat LC Catering takkanlah berjacket segala.Nak berfesyen pun tengok tempat kak.
PINK LABEL FULL-FINGER GLOVES HARLEY DAVIDSON
Aku bagi tips,kalau nak berkahwin dengan orang yang suka motor.Kita ni pun kena suka motor kalau tak boleh bergaduh dibuatnya.Kalau tak suka pun kena buat suka lama-lama jadik suka.Sejak minat pink label leather jacket virus telah merebak ke pink label full-finger gloves pulak.Walaupun aku tak geti bawak motor melainkan skuter Modenas yang membuatkan aku nyaris masuk bawah kereta jiran cina sebelah rumah tapi feel untuk menjadik rider tetap ada.Tu yang tetiba Marisa Miller menjadik idol.Kagum tengok perempuan cantik tunggang motor besar.Lagi cantik kalau tunggang Ducati.Tapi,kalau dengan keadaan fizikal yang dianugerahkan Tuhan ni tak cukup ketinggian dan kaki yang panjang lebih baik abaikan impian tersebut.By the way,wish list ini telah dimiliki apabila En.Tunang membuat surprise menghadiahkan sempena kempen 'i support you'.Sekarang,tengah berpikir bila masa pulak aku nak gayakan gloves ni.Time masak kari boleh?
RAY BAN RB2140 WAYFARER
Antara item paling murah yang tersenarai dalam wish list aku.Pantang nampak kedai cermin mata mesti carik wayfarer lepastu memadah testing padahal itu kali ke berapa ratus pun aku taktau.Sampai satu tahap Faizal kata beli jelah Zirah nak survey buat apa lagi.Bukan taknak beli,memang nak beli tapi tu lah kalau dah nama pun rambang mata sunglasses idaman pun boleh terpinggir.Akhirnya menyesal sebab bila lincah seorang diri nak pergi beli sunglasses tetiba hati boleh terpaut dengan....
GUCCI GG 3006 TBQ LF DARK VIOLET
Cantik memang cantik tapi sunglasses ini tak sesuai untuk long travel because it cannot support your eyes from sun light even ada UV protection.Trust me,langsung tak membantu.This sunglasses ada two tone so stylo nya bila kau jalan dekat Orchard Road sambil jinjing Gucci handbag dengan berkemeja polos berskinny jeans.I loike!
Kalau nak senaraikan wish list aku sampai esok pun belum tentu habis.Banyak sangat yang diinginkan,adatlah nama pun manusia.Setiap manusia ada keinginan memasing.Tak salah kita ada wish list sebab bagi aku ini salah satu cara untuk kita lebih bekerja keras dan fokus.Senang je caranya,kau amek pen dan kertas tulis apa wish list kau lepastu tampal dekat dinding bilik.Kalau setiap hari tengok mesti kau akan bersungguh-sungguh nak dapatkannya.Yang penting,usaha.Chayok!!Chayok!!!