Mereka adalah GEDIQ aku.Mereka adalah RAKSASA aku.Mereka adalah PRINCESS aku.Mereka adalah VITAMIN A aku.Mereka adalah BESTFRIEND aku.Mereka adalah Zalikha,Nadiah,Aishah dan Hidayah.
Memang kalau dilihat dalam facebook aku pasti bosan setiap kali upload photo hangout bersama kengkawan pasti muka-muka tembam montel ini yang menemani aku.Pernah orang bertanya dengan aku 'Ko ni takde kawan lain ke?Balik-balik muka yang sama.Bosan siot hidop macam ni'.Aku tersenyum sendirian.Bodoh ke apa orang yang bertanya ini?
Bilang sama aku siapa sanggup datang naik skuter tengah-tengah malam meredah hujan hanya ingin memberi bantal bertulis GET WELL SOON semasa aku sakit?Siapa sanggup menemani aku di wad selama seminggu mengadap muka 24 jam tanpa rasa jemu dan tidak pernah sesekali berganjak dari sisi aku?Siapa sanggup datang dari jauh semata-mata ingin menemani aku keluar hanya selama 2 jam?Siapa sanggup?Tiada siapa yang sanggup melainkan hanya mereka yang sanggup kerana itu mereka adalah bestfriend aku.Banyak lagi yang mereka lakukan untuk aku tapi tak perlulah semuanya aku ingin mention di sini. Kang tetiba ramai pulak ingin menjadi bestfriend.
Biarlah orang mau berkata aku tidak pandai berkawan atau membosankan.Yang penting aku selesa hangout dengan mereka.Bukan tidak pernah hangout dengan rakan-rakan yang lain.Pernah tetapi bila dengan orang lain aku terpaksa menjaga percakapan takot ada yang terkecik hati atau membenci.Dengan bestfriend aku sahaja aku dapat memberi pendapat tanpa memikirkan hati dan perasaan kerana aku seorang yang bercakap terus-terang.Jika tidak suka katakan tidak suka.Jika tersilap diperbetulkan.Mereka sangat open minded,simple dan talkative.Tidak perlu makan hati cakap belakang merajuk diri.Itu bukan cara PRINCESS aku.
ZIRAH SAYANG KORANG
Ini adalah gambar-gambar terakhir sebelum Echa menjadi isteri orang.
1 comment:
seronoknyer dapat kawan rapat macam tur..betul kata Z..saya pun seorang yg berterus terang, kalau terasa minta maaf, tapi tak semua kawan begitu, di luahkan pendapat katanya cemburu..so susah sikit i ni nak ada kawan2 yg very the close..so, BLOG adalah medium terbaik untuk i luahkan isi hati..kekadang bila kita luahkan perasaan ianya dijadikan bahan umpatan pula pada sesetengah individu yg TOKSIK..so amatlah serik...but u are so lucky girl..you got ur bestfriends yg sekepala..org JB mmg best...i pun JB ma...hahahahhahaa...z kawin jemput ler..leh sekali i balik kampung..!!
Post a Comment