Monday, June 14, 2010
KISAH SI BUDAK BOOLAT
Memperkenalkan wanita bersunglasses gedabak yang berposing berlatar-belakangkan omputeh kafir berjemur ini merupakan kakak kesayangan aku,FIDZLUN NISHAK AHMAD.Yeah!!!tepuk tangan sekarang.Ini kerana masih ramai diluar sana tersalah sangka ingatkan si Dayang Nurfaizah itu pun kakak aku.Cewah.Untuk kesejuta kalinya aku ingin memberitahu bahawa aku hanya mempunyai seorang kakak,tiada dua atau tiga maka sila nangis sekarang siapa yang berangan mau jadik kakak aku tu.
Kakak aku bukan superstar malah,dengan hanya berketinggian 153cm tidak mungkin kakak aku adalah pramugari.Apatah lagi dengan keadaan berat badan yang tidak memberangsangkan untuk menjadik model LaSenza adalah umpama menyapu sampah menggunakan sebatang lidi.Mustahil.
Kakak aku jarang menonton televisyen dan membaca surat khabar.Oleh itu,tahap kesabaran yang tinggi amat diperlukan apabila berbual dengannya tentang isu semasa atau gosip terhangat kerana ia boleh di umpama berbual dengan aliens.Satu haramm taktau!Masanya lebih banyak tertumpu kepada kerja sehinggakan makan pun adakalanya terlupa tetapi aku tetap musykil kerana berat badan tidak pernah menyusut.Tragis sungguh.Drama Nur Kasih sudah masuk tiga kali diulang tayang tapi baru sekarang dia addict mau menonton hingga ke 4 pagi.Lebih haru apabila Bung Mokhtar kahwin dengan Zizie pun dia tak tau.Wey,aku pulak yang stress. Tapi,nasib baik kakak aku ambil tahu tentang dunia fesyen.Kalau bercerita tentang Gucci,LV,Coach dan Marc Jacob pun masih teruja untuk berkongsi cerita.Dia tahu apa yang cantik dipakai olehnya yang tergolong di dalam kategori 'rendang'.Jika memakai baju kurung pun masih waras untuk memadankan dengan high heels.Belum pernah aku melihat kakak aku pakai baju kurung dengan sport shoes POWER.Tiba-tiba*.Wey,jangan berani ko kutuk POWER sebab time agas-agas dulu aku pakai POWER pergi dating dekat Restoran Hani & Husin makan nasi ayam tau.Cit.Tapi memang sekarang tak boleh blah tengok Qaseh baru setahun lebih dah pakai Adidas.Kalau dulu menjamahlah ko nak pakai branded item ni. Kakak aku sangat pelik kerana apabila pulang bercuti ke JB pasti mengalami sindrom homesick.Entah kenapa setiap kali bangun tidur akan menangis kekejangan di urat leher dan mengakibatkan TELENG KEPALA selama beberapa hari.Penyudahnya,tiada aktiviti untuk bersosial bersama adik tercinta melainkan aku kena kemas rumah ko duduk depan TV cover knowledge tentang isu semasa.Alasan ko memang terbaekklah kak!
Kakak aku tidak perfect.Ada saja cacat celanya tapi,dia tetap kakak aku.Maka,sekiranya ko ada hati nak mengutuk,menfitnah serta berperasaan hasad dengki terhadap kakak aku ingatlah bahawa dia masih ada adik yang boleh SMASH mulut ko yang macam longkang tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
i tetap sayang i punya gemok nini
huhuhu..rase terharu bile ade c kerimping ni nak bercerite pasal i di beloggggggg die..hehehe..tq tq tq..sesungguhnye sgt la betol tu dik oitttt!!!
Post a Comment