Saturday, April 17, 2010

IDEA BERNAS LAGI BIJAKSANA

Sukacitanya dimaklumkan bahawa final exam aku dah selesai tengahari semalam.Syoknya!!Hilang segala azab pecah kepala yang menyebabkan mood untuk bergurau senda bersama keluarga serta rakan-rakan seangkatan mati serta merta.Hem hem..sekejap.Ada benda yang tak syok sebenarnya kerana target untuk mendapt DL pada semester ini amat tipis sekali kerana paper recruitment.Oleh itu,bagi memulihkan semula semangat untuk meneruskan kelangsungan hidup ini 'ewah..ewah..ayat telenovela sungguh', aku membuat keputusan untuk menikmati beberapa jenis makanan bagi melupakan segala rasa tekanan terhadap paper recruitment yang amat menyeksakan hidup aku tu.Peh,ni kalau tak DL ni jawabnya aku kena makan ikan satu tong la baru semua chapter aku ingat.Pegi makan sekarang.

Lepas makan.
Bila tertekan,kita selalu feel nak bunuh diri lah menangis lah ..Betol tak?Sometime kita feel nak tinggalkan semua orang bajet emak bapak nak masuk dalam tv la merayu pulang.Bongok!!Tu kalau emak bapak aku dah lama kena sembelih kalau buat perangai macam tu tau tak.Tapi,tekanan yang aku alami ni takdelah maha dahsyat sangat sampai nak lari rumah.Paling koman pun berkurung dalam bilik sesorang stress tak dapat jawab exam lepastu kalau failed pun terpaksa ar repeat paper..Emak bapak dekat luar dok la risau mengenangkan si anak yang tak lalu makan padahal dalam handbag aku belambak keropok ikan siap buat stok untuk 3 hari.hahaha..tipah tertipu!!!
Disini aku ingin memberi cadangan jika berhadapan dengan tekanan.Cadangan tersebut adalah.......jeng jeng jeng apa kata ko pergi melantak.Maksud yang lagi molek ialah pegi makan.Setuju?Jadi,istilah untuk membunuh diri dengan sengaja boleh diubah menjadi membunuh diri tanpa sengaja kerana obesity.Kenapa aku cakap macam ni?Sebab makan adalah kewajipan manusia,dari ko menangis terlolong macam orang gila lebih baik ko isi perot ko dengan makanan yang lazat sambil perhatikan gelagat manusia.Time tu serius ko lupa segala masalah ko.Gi try test sekarang.
Okay,ni ada beberapa makanan yang memang aku addict gila dulu kini dan selamanya.Disebabkan aku baik hati meh la aku berkongsi sikit menu makanan yang selalu aku bedal lagi-lagi bila tertekan dengan masalah politik negara serius nafsu makan memuncak mengalahkan nafsu bershopping Topshop.Aceh,perlu ke mention?Dah-dah check it out bebeh!!!Mana tahu lepas tengok makanan ni korang boleh berpikir dengan waras.Tapi,kalau nak pegi makan ajak ar aku.Aku suka je orang belanja makan ni.



OLD CHANG KEE

Heaven okay curry puff dia.Maaf,selalu aku makan dekat Singapore sebab dekat OU punya tak sedap so kepada mereka yang dok di Kuala Lumpur boleh la tambah bajet untuk duit flight pergi Singapore.FYI,ayah aku yang memperkenalkan OLD CHANG KEE ni dekat aku.Sweet gila muka ayah aku time t-up serius sedap tak rugi beli.

Gambar ni bukan aku soh korang tatap muka aku macam curry puff ke ape after makan OLD CHANG KEE tapi mau memberitahu ada lagi sorang makhluk tuhan dimuka bumi ini yang addict dengan OLD CHANG KEE.Siapa??Siapa??Tu...yang nga catwalk dekat belakang aku tu.Nampak tak??OLD CHANG KEE promote beli curry puff free handbag red colour.Hahaha..



SEOUL GARDEN

SEOUL GARDEN nie actually my ex-schoolmate yang kata sedap then soh aku try.Thank you Ediph.Memang berbaloi-baloi bayar rm32 makan sepuas-puasnya.Pose pegang chopstick sangat wajib bagi menunjukkan 'eh..aku pun pandailah makan pakai chopstick okay.'

Walaupun anda tidak pandai memasak tapi di SEOUL GARDEN mimpi akan menjadi kenyataan kerana hanya di SEOULD GARDEN anda berpeluang memasak sendiri dan bertanggungjawab bagi memastikan makanan anda tidak hangus.Sekian.



OLD TOWN WHITE COFFEE

Aku selalu pegi sini sesorang time habis kelas takpun pegi dengan Faizal.Aku suka gila suasana dekat sini sebab teringat zaman kecik-kecik walaupun hakikatnya design OLDTOWN takde sebesar zarah pun kena mengena dengan zaman kecik aku.

My favourite,hot honey lemon dengan mee kari.Mula-mula makan dekat sini asyik makan nasi lemak rendang je but now hati hanya maukan mee kari.Esok lusa taktau teringinkan apa pulak.Mungkin babi salai..tertttt.Eh,cawan porselin tu sebijik siot macam arwah nenek aku punya.Patut ar kurang dekat almari tu.

MCDONALS


Ni bukan aksi comel tapi aksi nak muntah kedarah makan MCDONALS sampai 3 jam.Aku tau pekeje dekat situ dah bosan sebab balik-balik muka kiteorang je.Kalau dok makan diam-diam takpe tapi ni siap wat bising macam MCD tu bapak kiteorang punya.MCD selalunya memang menjadi tempat wajib aku bagi menghilangkan tekanan.Bila hati tengah panas automatic maskot MCD aku nampak muka orang yang aku tengah marah.Hahaha..

Im lovin' it.Oooo...ayam!!!!Tak boleh hidup tanpa ayam.Mak,jom kita bela ayam.



BASKIN ROBBINS

Nyum nyum.Mint chocolate chip is one of my favourite.

Gambar menunjukkan aksi mau makan ice cream itu sunnah untuk di ambil.Tolong fokus dimuka aku sahaja.Ni muka control comel je.

Dia ni ko jangan pedulilah.Tertekan or tak tertekan pun nafsu makan dia memang high level.Tengok rupa dia,macam tak percayakan wanita suci bernafsu buas.Hahaha.

FAMOUS AMOS

Bilang sama aku cookies apa yang paling sedap kalau bukan FAMOUS AMOS.Aku memang big fan of FOMOUS AMOS.Makan sorok-sorok dalam bilik dengan niat tak mau berkongsi itu memang lumrah.Jadi,kalau korang nampak dalam handbag aku ada FAMOUS AMOS jangan berangan aku nak bagi sikit.Ceh,berkira.


Macamana?Ko suka tak cadangan aku gi melantak bila tertekan ni?Sukakan?Cakap suka sekarang!!!SUKA!!!So,apa ko tunggu lagi.Gi lah melahap sampai kenyang.Sapi,go!!!

No comments: