Tuesday, April 27, 2010

DIA DATANG DENGAN PEROT BULAT NYA.

Bak kata orang penantian itu satu penyeksaan.Tapi,lagi seksa bila baru booking motor sehari pepagi ko dah memekak tanya bila bank nak approve loan.Wey,gila ke apa Botak Chin sorang ni ingat ko anak raja sehari dah boleh dapat motor?Dey,tangge nadey cekedia!!Setiap hari makan tak lalu bila ingatkan motor,dating pun masuk bab motor.Cis,belum dapat motor sudah rindukan motor macamana kalau dah ada motor???Takpe-takpe.

Tanggal 24 April 2010 menjadik sejarah kerana officially aku mempunyai MADU.Bukan madu tiga ya tuan-tuan.Madu lebah pun bukan tapi ini madu baikkkkk punya!!!Madu aku bernama Harley Sportster xr1200 la wey.Sape nak menjawab tu??Peh,meriah gila madu gua siap berbaju orange.Saja lah tu nak pikat abang Faizal kita.Setiap hari Faizal pandangkan cik sportster je aku dekat tepi dah tak heran itu sudah penyakit namanya.Sanggup dia nak berjalan dengan cik sportster berhabis rm5+k padahal dengan aku takde pulak macam tu.Ni yang buat gua panas je ni.Dah,sekarang korang tengok lah sendiri betapa zalimnya cik sportster bila berjalan dengan Faizal.


Detik-detik terakhir sebelum aku ada madu.

Dengan Abang Jem pun dia nak jugak.Saja bagi aku panas.

Faizal siap bagi dia rantai nama tu.Sabar Zirah..Sabar...

Tengok tu,tinggalkan aku dekat belakang lepastu tergamak suruh aku ambil gambar dorang.Korang rasa zalim tak dorang wat aku macam ni?Ini tidak adil!!!

Aceh aceh..riak heh ko dapat Faizal..kerana engkau Faizal sanggup beli jaket sama warna.

Selamat tinggal.Aku dah tak mampu untuk menoleh lagi.Jalan dah...


kerana sekarang aku ingin membawa diri dengan yang ini...hanya yang ini bisa buat hati ku gembira...Hastalavista bebeh.





2 comments:

ctpayong said...

hurghhh...ko pinjam kete ayah..nape xpulangkan. nak tunggu sampai ibu soh misha omar dendangkan lagu tema pontianak tu ke? errrrr...seram pulak!

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

ibu: hahahahaha..tkot nak pinjam kete ayah.nnt g senibong nak parking kete kene kelepitkan side mirror nnt tak blh lalu..hihihi